Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Balik Kampung

Imej
Huhh..hari ni hari yang sangat memenatkan..pergi cari tiket tuk balik kampung semperna hari raya ni kat stesen Putra..tanya tiket keretapi tuk ke Pantai Timur semua dah habis..tinggal yang 8hb je yang ada lagi.. So, buat keputusan tawakkal pergi stesen Putra,walau ramai yang kata tiket bas dah habis..tapi tepat nak pergi jugak.."saper yang tak nak balik raya weii.menangis airmata darah la raya kat Serdang ni.." (Hambek aku,sapa suruh main-main ambik tiket balik raya,lagak macam driver bas tu bapak aku pulak lewat-lewat ambik tiket)..huhhu Sampai je Stesen Putra..terus je serbu kaunter bas Perdana, nasib baik ada lagi tiket,tu pun tiket orang tolak tak jadi ambik..tapi takper,janji dapat balik..seronoknya.. Ye..Balik Kampung..~~~Ho..ho..hooo..kalik kampung..ho..ho..balik kampung..hati girang..~~~

Lewat

Imej
Aku sambung tidur lepas bangun subuh yang terlepas sahur tadi..memang pengsan terusla jawabnya.. Kawan aku telefon,rupanya aku dah lewat tuk ke kelas kul10.. Apa lagi..aku ekspress la cepat tuk ke kelas tu, jalan sensorang,naik bas sensorang..masuk kelas sensorang.. Wooww..hebat nie..hehe Tapi..sampai je kat kelas..kenalah aku..Dr. Samsinar tanya.."Haaa..yang ni nih golongan mana pulak ni"..aku sipu-sipu maluu.. Macam tahu-tahu je Dr. yang aku terbabas tidur..huhu

Buang!

Imej
Macam biasalah tiap petang aku beli nasi untuk buka puasa merangkap sahur sekali. 1 polistrin tu aku bahagi 2, separuh sahur,separuh tuk sahur..huhu,nak jimatla katakan.. Tapi pagi tadi syok buat asigment panji sampai la kul4.45 pagi..pastu lending kejap atas katil.. Beginilah aku yang kononya nak betullkan urat kejap je,tapi badan aku ni paling pantang bila bertemu tilam..:-) Apa lagi..???Sedar-sedar dah kul 6.24 a.m..uhmm..apa lagi,aku ambik nasi sahur aku terus bunag..sayang betul..membazir je aku ni. Kenapalah aku tak sahur je terus kul 4.45 tu,saja je kan..??kononnya nak melewati sahurlaa,tapi last-last aku pulak yang dilewati oleh sahur...huhuhu

Sahur..

Imej
Sedar-sedar tangok jam dah pukul 5.30 pagi. Pandang atas meja study ada bekal sahur aku, Alamak!!!!tinggal 10 minit je lagi nak masuk imsak..huhuhu..nasi aku.. Cepat-cepat aku bangun basuh muka dan terus makan nasi.. Sampai tercekik..sebelah tangan makan nasi,sebelah pegang air..takut tak sempat minum air.. Apapun,hari ni sahur aku memang ikut sunnah Nabi(melewati sahur) :-) Nasib baik aku sedar...law tak membazir je nasi aku tu.. Anyway berbaloi la tercekik pun:-)

Cakap

Imej
Habis kelas tengahari tadi,aku ke surau tuk solat zuhur sementara nak tunggu kawan aku jumpa penyelia projek dia. Aku masuk nak solat zohor kat dalam surau tu tengok dua orang forener Arab tersasai baring sambil cakap-cakap dengan kuat.. Aku tengok kat dua orang forener tu sebab bising sangat,orang lain masuk nak solat,dahla surau tu sempit..boleh pulak dia terlunjur kat saf depan..Hiiii..sakit hati betul..aku nak solat pun tak kusyuk(macam la sebelum ni khusyuk sangat)..hehe Kesalahan nyata yang forener tu buat!! 1. Duduk telunjur kat saf depan satu hal. 2. Cakap kuat giler..macam duk kat gerai makan.. Geram betul aku nak cakap,"saper nak cakap kuat tu sila keluar!!!!"Tapi kalau aku cakap BM pun bukan diorang paham..buat penat aku je puasa-puasa ni..

Dahaga..

Imej
Penat betul hari ni,dari DKAP jalan kaki ke Fakulti(dah lama tak jalan jauh dalam bulan puasa ni)..bahu pulak dah senget dan sakit sangat sebab pikul laktop..penat sangat.. Tak sabar sangat aku tunggu waktu berbuka hari ni,sebab tekak aku rasa haus sesangat,tak dapat nak ungkap ngan kata-kata..masuk je waktu,terus dua gelas air aku minum..Dahaga!!!

Asignment..

Imej
Kenapalah liat sangat nak buat asignment ni erk..asignment banyak bertimbun,exam lagi..tapi tuan punya diri ni malas..apa nak jadilah.. Tapi bila cakap bab asignment ni memang banyak sangat kenangan,kenangan pahit dan manis..yang pahitnya mestilah kisah asignment tak sempat nak save dan laktop mati,terus kena buat balik..letihnya Tuhan saja yang tahu..huhhu Yang manisnya..Ermm.."ada ke?"maybe takda kut..

Gelak!!!

Imej
Aku gelak sampai nak pecah perut kat kawan aku nama zue ni,dia kena main ngan kak Na kat facebook...(boleh tengok status aku kat facebook-Sakuraflower flower).. Bengang giler si Zue kat kak Na..aku yang bagi idea kat Kak Na suh kenakan Zue..sebab dia selalu je kenakan aku kat dalam facebook,so masa ni lah aku gunakan kesempatan yang ada.. Zue memang terkena..marah dia sampai tahap dewa..hehe.. aku pun kata kat Zue.."banyakkan bersabar Zue,ni kan bulan ramadhan,tak baik marah-marah"..pandai je aku ngayat..

Pandai Pulak

Imej
Aku keluar bilik kul2,00 a.m..aku rasa lain je malam ni,sedikit suspens dan pelik bangat.. Patutlaa..semua bilik kat blok aku dah gelap, "Awalnya semua orang tidur malam ni",,getus hati aku ooo..patut ler..Esok kan puasa...law tak kul3.00 pagi pun tak gheti-gheti nak tidur lagi.. "Aii pandai pulak tidur awal diorang ni yea,ingat malam-malam tahu jadi burung hantu je.."omel aku lagi Hampeh betul..buat aku suspens je nak keluar bilik bila dah sunyi macamni.. Moralnya,aku yang takut atau diorang yang buang tebiat tidur awal..???confius aku!!! Aku sendiri pun tak pasti,yang pasti aku undur balik masuk pintu bilik aku.. Tak jadi aku nak ke toilet,so tahan je lahhh..

Kesedihan Melampau..

Imej
Sedih yang tak dapat nak di ungkap dengan kata-kata..Semalan terjawab segala penantianku selama tujuh tahun.. Ya Allah.."Hambamu ini memohon engkau kuatkan dan tabahkanlah hatiku ini,Kurniakanlah aku kekuatan untuk menghadapinya"..Amin..

Luahan Rasaku Kat Kelas BBK3308

Imej
Hari mula-mula aku dah kecut perut masuk kelas Dr. ni..serius semacam je..tapi tu hari pertama, bila hari terakhir kat kelas Dr. ..lain pulak rasanya..rasa sedih sangat..sayu segala perasaan... Bagi aku kursus sastera dalam multimedia ni semua lengkap, bermula dengan pensyarahnya hinggalah kepada pelajaran yang terkandung dalamnya. Tapi sedikit terkilan dengan tutorial je yang mengeluarkan kata-kata yang tak sedap didengar oleh telinga dan tak dapat diterima oleh hati. Tapi masa kat kelas kedua ngan tutorial hari tu, nampaknya diaorang dah baik sikit, dah takda sangat buat perkara yang menyakitkan hati. Melalui kursus ni aku mula rasa tahap teknologi aku masih rendah. Tapi semua yang diajarkan dalam kursus ini memang berbaloi-baloi, rasa teruja dan seronok sangat sebab banyak perkara baru aku belajar. Dari aku tak reti tulis blog jadi reti, dari aku orang yang paling susah nak cari ayat bina pantun sekarang dalam seminit je aku boleh bina pantun, dari aku tak rapat sangat dengan budak ...

Bahagianya...

Imej
Aku buka mesej..aku baca...aku tersenyum bersama hatiku..dan...Aku bertanya... Hari ini adakah aku benar-benar menjumpai kebahagiaan yang selama ini aku cari..Tapi aku masih tidak mahu mengharap..tapi aku benar-benar berdoa jika benar kebahagiaan ini benar-banar telah datang, aku berharap ia akan kekal walaupun hanya sekadar satu persinggahan.... Masa layan jiwa!!!!!

Tak Puas...

Imej
Semalan ngan hari ni saja dah berapa kali aku tengok video klip kita orang..tak puas la pulak tengok..sebelum ni rasa malu nak tengok...tapi bila dah tengok berulang kali ni,..aku jadi tesenyum sorang-sorang.."Aik,Naper ya?" Bila aku dah tesenyum macam kerang yang tak busuk ni, dah memang sahla tu, ada benda tak kena bila orang yang tak pernah menari tiba-tiba menari.. Cute je kan orang first time menari ni kan...hehe Saja je ni nak puji diri sendiri.. Jangan Marah...

Video Klip..

Imej
Penat rupanya jadi artis ni..nak hasil video klip satu pun sampai tak tidur dua malam..Memang syoklaa.. Kenangan buat video klip ni takkan aku lupa sampai bebila..kenangan yang terindah sangat dalam hidupku.. Bila tengok rupa sendiri menyanyi dan terlompat-lompat dalam video klip destinasi cinta tu, rasa macam bukan tengok diri sendiri..macam tak percaya je..kalau bapak aku tengok ni lagilah aku rasa terkejut besar dia... First time aku tengok video klip tu aku kata "bukan aku tu" dua kali tengok.."Sah la aku tu..." Memang betul la aku tu.. You don't believe, Believe it..

Betul-betul...

Imej
Betul-betul kisah ini terjadi... Dah hampir 18 jam kami cuba upload video group kami kat youtube..asyik fails..semangat semua orang dah mulai meruntum..tengok kat facebook semua group dah boleh uploadkan video klip mereka kat youtube, tinggal group kami je..cuaknya rasa Tuhan saja yang tahu.... Jam tunjukkan kul 6.30 dah mampir ke pukul 7..aku ngan zura cuba lagi guna laktop aku, kak na pulak berusaha upload kat laktop lain... Aku gosok laktop aku dan mintak kat Tuhan biar jadi kali ni..zura terus upload... Buka balik cari kat youtube...tengok-tengok tertera "Gurlz Group Destinasi Cinta" dah wujud ke-cuba buka..aku dan Zura saling berpandangan... Satu teriakan kaut menggegar blok tepat jam 6.32 menjadi saksi kegembiraan kami.... Aminn..Syukurrrr.....

Mengantuk

Imej
Tak ada kata yang lain lepas dua malam aku tak tidur...mata yang terlekap kat muka aku ni dah tak tahu dah mata apa.. Yang paling aku rasa sekarang, aku "mengantuk, mengantuk, mengantuk, mengantuk, mengantuk dan aku nak tidur.. Balik je kelas dah tak ada kata lain, aku nak tidur.. zzzzzzzz...

Kenapa?

Imej

Hari ni..

Imej
Hari ni rasa sedih bila nak keluar dari kelas Dr. Normaliza tengahari tadi..selepas salam ngan Dr.. rasa macam mak aku pulak nak pergi luar negara..(tiba-tiba je over dari anak Dr. pulak aku ni)hehe.. rasa macam lama dah lama belajar ngan Dr walaupun hanya 4 minggu kenal Dr... Hari ni juga rasa macam dah lama belajar nagn Dr. walaupun hanya 4 minggu kenal Dr..tapi cepat betul masa berlalu dan Dr. pun dah nak pergi.. Hari ni memang kelas terakhir tapi kerja tetap kena jalan... Hari ni juga aku betul-betul ikhlas nak sampaikan dari kata hati aku ni, Dr. memang lecturer terbaik yang aku pernah kenali.. Gud Luck To You Always Dr...