Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Banyak Hoo..

Imej
Entri ni umum untuk siapa jua..termasuklah diri sendirik yang menulis nie ya.. Manyak hoo jenis manusia yang macamni ya..jenis yang macam mana???nie..jenis yang "suka mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih"..hhihi..tapi jangan fikir yang bukan-bukan pulak..entri tak bertujuan nak tujukan buat sesiapa..tapi kalau yang "makan cili, dialah yang terasa pedas"..*_* janganla hidup kita ni sentiasa jer suka mencari aib dan kesalahan diri manusia yang lain..jika kita rasa insan yang kita sentiasa cari aib dan salah dia tu banyak sangat kelemahan dan kekurangan berbanding ngan diri kita yang serba serbi bagus..ape kater kita try bimbing orang tu atau tegur perbuatan orang yang kita rasa dia buat banyak salah dan silap tu secara slow talk..jangan pandai cakap dibelakang..benda tu tak selesaikan masalah..sebab depan cakap bukan men bagus, belakang cakap lain..sampai bila-bila tak selesai masalah..umumnya benda nie untuk semua yang bergelar ummat manusi...

Penumpang Sementara..

Imej
Kadang-kadang bila kita duduk merenung diri dan masa depan buat kita sedar bahawa kita semua hanya penumpang sementara di bumi Allah..buat mereka yang telah pergi..al-fatihah ku kirimkan..moga mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa di sisi Allah (swt)..aminnn..buat mereka yang telah pergi juga..mereka telah ada penghujung hidup dan hayatnya..bagi kita yang masih hidup..belum pasti lagi bagaimana pengakhiran kita..moga kita akan pergi menghadap-Nya dalam husnul-khatimah.. Al-fatihah buat jiran terdekatku yang telah pergi mengadap ilahi pada hari ahad baru-baru nie..serta arwah juniorku yang juga telah pulang ke rahmatullah..moga mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan bertaqwa.. #Matiitupastia,akhiratiturealti.. #Kitahidupbukansematauntukduniawi.. #TapiuntukDIAyangHakiki.. #YaAllahYaTuhankuAmpunilahdosaku

Erti Al-Fatihah

Imej
Meh sumer kita belajar cara senang nak ingat erti al-Fatihah..wajib tahu dan ingat erti al-Fatihah ni sebab 5 kali sehari kita wajib baca al-Fatihah ni kat dalam solat kita..jangan ingat ertinya sampai ayat pertama jer iaitu "dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"..lepas tu dah tak ingat dah..hihhi..sebab kita dulu pom cam gituh..susah sangat nak ingat erti ayat dalam al-Fatihah yang lain..tapi hari ini..kita ada cara mudah dan senang nak ingat maksud atau erti al-Fatihah nie yang kita nak share dengan korang..dengar dan ulang jer vc kat bawah nie..alconfirm-confirm lepas nie terus ingat..yang dah ingat dah tu baguihh ya..pada yang tak ingat dan tahu lagi makna al-Fatihah secara sepenuhnya tuh..sila-silakan lah dengar vc kat bawah nie..sonang nak ingat bila dengar kanak-kanak tuh nyanyi..#macamcomeljer..hihihi Arti Al-Fatihah.. #sampaikanlahwalaudengansatuayat.. #mogaberolehmanfaatdunia&akhirat

Congrate My Dear Bestfriend Laila..

Imej
Tahniah buat sahabat baik kita yang telah pom selamat diijab dan qabulkan dengan pasangan tepat jam 2:34 p.m pada 1 Februari 2014 kat Masjid sementara Felda Kemahang Dua dengan dua kali lafaz dan Laila telah sah menjadi isteri dan kekasih yang halal buat pasangannya Nazri..cewah!!ayat macam wartawan tv3..hihihi..moga sahabat baik aku yang semenjak dari sekolah rendah nieyh akan dapat menjadi isteri yang baik, solehah, mithali dan taat kepada encik suaminya..aminnn..*-* lepasni dah tak boleh nak berhua-hua lagi dah..tinggalah aku jadi insan yang kesepian..hihihih.. Macam tak caya jer cik laila kita nie berubah title..sekejap jer masa..rasa macam baru jer kami-kami nie tamat tingkatan 5..huhh..banyak sangat kenangan manis, kalau nak diceritakan..mahunye 7 hari 7 malam tak tentu habis..ihihhi.. Pepun..Cik Laila kiter nie memang hot dan cun sangat masa hari wedding dia..tak sabar pulak kita yang melihat nie nak kawin jugak..(ihihikk..gataiii lagihh!!) si empunya diri yang bernam...

Thanks To DBP Brunei

Imej
Terima kasih kat DBP Brunei sebab terima penulisan jurnal kita.. Even dah setahun..ingat dah tak dipertimbangkan..heee Paling penting kat surat tuh..nama kita ditulis :Yang Mulia, Puan Norhidayati Ismail..(dapat Yang Mulia kutt) ikikikiii.. Indah betul penggunaan bahasa orang Brunei nie ya..lepas nie kena try duk Brunei lah..^_^ Moga lepas nie..dapat news yang lebih baik..buat kita jadi lebih semangat tuk terus menulis jurnal..hee *-* Specila tahnks tuk supervisor aku yang memang selalu sangat tolong edit jurnal kita dan tolong hantarkan..harapkan kita..kita tilis-tulis..terus kita save kat dalam laktop sampai berkurun..heee *-* (tenkiu sesangat ya Dr..weehiiii.. taraa..tu dia..!!!Yang Mulia Puan Norhidayati Ismail.. #nikmatAllahmanakahlagihendakkamudustakan Terima kasih Ya Allah di atas rezeki dan kurniaan-Mu Hanya pada-Mu aku panjatkan kesyukuran..Syukran Jazilan Ya Allah..

Beralih Title..

Imej
Macam havoc tak tajuk??hehe.. Bukan berubah title..tapi beralih title.. sebab-sebab beralih adalah kerana:          - ditawarkan jadi guru.. sebab tu aku resign jadi guru tadika..sekurang-kurangnya aku dah punyai banyak pengalaman..hihhi Dari jadi tutor..aku jadi guru tadika, dan sekarang aku beralih pulak kepada guru sekolah rendah..heee.. dan aku mula kena kembali ke sekolah balik.. dan aku mula teringat kenangan waktu sekolah..especially kat cikgu-cikgu sekolah rendah aku.. wahh!!sungguh indah..waktu suci yang mana belum kita kenal lagi sandiwara dan pesona dunia..huhuh dan sekarang aku juga mula buat kerja yang dah lama aku tak buat.. sampai aku sanggup berjaga malam tuk siapkan benda nie..demi budak-budak..demi kelas diorang (macam poyo jer ayat kan??macam besar sangat pengorbanan yang dia ni buat..hihihi) dan sampai aku tak leh nak tido lena malam asyik pikirkan cara macamana nak hias kelas diorang..hihhi.. tapi akhirnya..siapl...

Arghhh Rindu..

Imej
Okey..entri rindu nie takder kaitan dengan entri sebelumnya ya..heee tapi memang rindu.. rindu dengan kanaks kat tadika yang pernah aku sempat mengajar walaupun cuma seminggu.. rindu dengan kanaks tu, kanak ni.. rindu ngan diorang yang pabila diumpan dengan gula-gula terus je senyap, terus jer behave, terus je jadi insan yang pandai membodek..hihhi..seriusly rindu.. yang datang pagi menangis, balik petang tersengih-sengih..hihih rindu jugak dengan diorang yang suka salam dan cium tangan waktu sampai dan balik school..hee..(tetiba aku rasa macam dah jadi mak budak!!)heheh argghh sebab tu aku rindu.. rindu akan kecomelan mereka..(siyesly macam aku jer masa kecik!!hahah) tapi pabila terpaksa membuat pilihan dan keputusan.. aku pilih untuk bersara lebih awal..(ceittt!!bersara lah konon..hihih) moga kanak yang aku pernah didik walaupun hanya seminggu dan juga kanaks yang aku rindu akan membesar menjadi insan yang soleh dan solehah.. paling tak leh tahan..pabila ...

Sejam Di Sini..

Imej
Entri nie merupakan hari yang sama pergi kenduri kawin Intan&Fariz di Negeri Sembilan..jadi dengan tak terplan dan terancag pon nak pergi pantai Port Dickson..oleh kerana jugak, budaknya Hanna Farhana tuh kempunan nak makan laksa pineng di PD yang katernya sedap..jadi kami tetap singgah jugak dengan bebajukan baju pergi kenduri tuh ke PD..jadi memang peliklah miker-miker yang kat pantai tuh pandang kami..jadi #adakamikisahkah!!..muahaha.. Dah lama tak ke PD..rindu pulap masa pergi men-men air kat pantai duluw-duluw..masa tuh, Intan, Zue, Zatie dan Zura semua masa tuh belum kawin lagi..cepat tak cepat masa berlalu..sekarang hanya tinggal me dan hanna farhana jer lagi yang masih menunggu bulan jatuh ke riba..weehiiii..tapi tak per..kami tak isau..yang penting k.na kater kena ader target..hahh!!masaklah dengan target tuhh!!insyaAllah dengan adanya target..ante-ante semua akan berjaya..muahaha...*-* tapi enggak apa-apa lah..mungkin jodoh kami belum sampai waktunya..tapi dengaq...

Happy Wedding Day Zue&Hafiz

Imej
Ampun maaf to say buat Pn. Zuriana Zainun dan En. Hafiz nye ya kerana terlambat buat entry khusus semperna hari bahagia awop berdua..hihi..Zue..akhirnya dah berubah title dah diri awop yea..maapkan diri amba kerana tidak dapat meghadirkan diri ya Zue..plan dah kemain dah cantik nak pergi kenal rumah kat Perak..tapi last-last..apa pom tak boleh..dua-dua hampeh tak pergi..hihihi..tapi walaupun kita tak menghadirkan diri..doa tuk majlis tuh berjalan dengan lancar sentiasa mengiringi Zue dan Hafiz..dan Alhamdulillah..kedua-dua majlis dah selamat dan berjalan dengan lancar kan Zue..hihih.. Apapun..congrate dear..hopefully..you can be a good wife and also be a beloved mother for your son in future..hihih..tuk Hafiz jugak..jagaklah Zue leklok..tak jaga leklok hantar Zue balik upm..(haih??upm??ok..silap-silap..antar zue balik Perak)hihih..tu bukan doa ya..itu hanya bercanda gurau..muahaha..sebolehnya elakkan dari bergaduh..jangan tiru macam saya..muahaha..kalau bole..takmo gaduh-gaduh...

Ya Allah!!Tersentuh..

Imej
Tahniah buat PU Hafiz sebagai juara kepada rancangan realiti tv Astro Oasis "Pencetus Ummah"..walaupun pada dasarnya kita minat dan sokong PU Yeop tuk menang dan jadi juara PU..'nyongeng-nyongeng jugak..moh kter beramal.."hihhi..lepasnie kalau PU Yeop bagi tazkirah atau ceramah..mesti confirm-confirm teman nengok..hihi.. Tapi bukan pasal PU Yoep mahupun PU Hafiz yang kita nak citerkan kat entri nie..tetapi mengenai tazkirah yang disampaikan oleh Dr. Mohd Redhuan Tee Abdullah ketika malam final pencetus ummah pada 9/1/14 haritu.. Ya Allah!!tersentuh hati dan memang mengalir air mata dengar tazkirah yang lebih kurang 7 minit tuh..betapa dia sangat mengharapkan dapat sama-sama membawa ibunya memeluk Islam sehingga ke akhir nafas ibunya pun dia tidak putus-putus mendoakan ibunya agar meninggal dalam memeluk agama Islam..namun, perancangan Allah adalah lebih baik caturannya daripada segala perancangan makhluk yang lain..hamba manusia hanya mampu merancang..ha...