Sajak Nukilan Aku...
KERANA NAFSUMU
Kerana nafsumu
Mengatasi batas keimanan
Tanpa rasa jijik seganmalu
Pada Tuhanmu
Zina yang haram kau bolosi.
Kerana nafsumu
Akhirnya mencerna benih haram.
Kerana tiada yang mahu
Menanggungjawabnya
Engkau tegar membunuh
Zuriat dari rahimmu sendiri
Dengan masih bersisa darah dari badanmu
Bebas engkau mencampakkannya
Asalkan tiada mata yang melihat
Perbuatan kutukmu itu
Sememang engkau terlupa akan diri-Nya
Maha Mengetahui akan segalanya.
Kerana nafsumu
Langsung kau biarkan ia
Dimamah rakus binatang buas
Dikerumuni sesemut dan lelalat
Bagaikan sampah busuk
Bagaikan bangkai tiada bernyawa.
Tanpa kau ketahui bahawa
Di kemudian hari nanti
Dirinya datang menuntut nyawamu.
BUNGA SUNTI
Katanya…
Aku ibarat
Bunga sunti
Yang masih mencari arah matahari
Yang mahu disirami kasih sayang
Yang mahu dibajai ilmu berguna
Untukku
Tumbuh subur membesar
Harum kembang mewangi.
Katanya…
Aku ibarat
Bunga sunti
Yang masih tidak tahu
Melindungi diri
Walaupun aku penuh berduri
Mestilah aku berhati-hati
Kerana aku
Menjadi perhatian dimata
Si kumbang hitam
Yang penuh tipu muslihatnya
Katanya lagi..
Hidup bunga sunti
Masih jauh dalam perjalanan
Masih penuh jalan berliku
Tidak akan sentiasanya senang
Tidak akan selalunya payah
Janganlah tewas kepada keadaan
Pilihlah baja yang sesuai
Andai dirimu tidak mahu
Menjadi bunga sunti
Yang terbuang layu
Dicemuh masyarakat.
Ulasan
Catat Ulasan