Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.
Mula-mula diberi tugasan untuk
menemuramah tokoh nie rasa berdebar jugak, ada jugak niat yang tak berapa baik
nak search je kat tenet dan copy..tapi apa guna kan law apa yang kita hantar
dan buat tu bukan dengan hasil usaha dan titik peluh kita sendiri..kata orang
sesuatu benda nie kalau tak dicuba takkan tahu..setuju tu..
Alkisahnya, dalam tugasan yang
diberikan dalam kelas Analisis Struktur Puisi Melayu oleh Prof. Madya Dr.
Samsina Abd Rahman (Anismas AR) ni sebenarnya mengkehendaki setiap pelajar
menemuramah seorang tokoh sasterwan tanah air yang tidak sepopular sasterawan
Negara, tetapi bergiat aktif dalam bidang penulisan..jadi untuk tugasan nie,
tuan hamba amat tertarik untuk menemuramah tokoh sasterawan Negara Leo A.W.S..
Haa..dengar namanya pun mesti
orang yang kurang meminati karya-karya puisi tanahair pasti tertanya-tanya
siapa dia Leo A.W.S. nie, ada sampaikan kawan-kawan tuan hamba sendiri
bertanya..”Yah, Kamu nak temuramah penulis Cina ke?”J hehe, a’haa..namanya yang
unik membuatkan salah satu sebab tuan hamba tertarik untuk menemuramah beliau, selain untuk mengenali dengan lebih
dekat siapa sebenarnya Leo A.W.S. ini..orangnya cukup baik dan berbakat
sekali..memang dia tidak sepopular dengan sasterwan-sasterawan Negara yang
lain, tapi bagi tuan hamba..beliau cukup setanding untuk berada sebaris dengan pengarang
atau penulis-penulis puisi tanahair khususnya.
Leo A.W.S.
Nama sebenar
Leo A.W.S. ialah Abdul Waled @ Suhaimi Bin Semail. Nama Leo A.W.S. sebenarnya
diambil berdasarkan akronim daripada nama beliau sendiri dan juga menggunakan
zodiak bulan ogos iaitu berbintang Leo dan nama Leo A.W.S telah dugunakan
sebagai nama pena dalam setiap hasil karya yang telah diciptakan. Abdul Waled @ Suhaimi bin Semail
atau nama penanya Leo A.W.S. merupakan anak kelahiran Kampung Pasir Mas Salor,
Kota Bharu, Kelantan. Beliau telah dilahirkan pada 1 Ogos 1954. Mendapat
pendidikan awal di sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Seberang Pasir Mas,
Kota Bharu iaitu pada tahun (1961-1966), seterusnya mendapat pendidikan
menengah pula di Sekolah Menengah (Lelaki) Lemal, Pasir Mas atau nama sekolah
ini sekarangnya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja iaitu
pada tahun (1967-1972). Selepas tamat sekolah menengah sehingga tingkatan 5,
Leo meneruskan pengajian pula di tingkatan enam pada tahun 1973 hingga tahun
1974 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra / SMIP di Kota Bharu,
Kelantan. Seterusnya, ilmu terus dijejak
Leo sehinggalah ke menara gading dalam bidang Pengajian Sejarah di Univerisiti
Melaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian Pengajian Sejarah) dan
Diploma Pendidikan di Universiti Malaya iaitu antara tahun 1975 hingga 1979.Leo A.W.S. merupakan seorang penyair yang sangat giat dalam menghasilkan karya-karya puisi khususnya sajak. setiap tahun pasti ada sahaja kumpulan sajak yang akan diterbitkan oleh penerbitan beliau sendiri iaitu (Pdp). beliau merupakan salah seorang penyair yang memperjuangkan sendiri hasil karya yang ditulis melalui penerbitan sendiri. berikut antara karya-karya Leo A.W.S.:
Begitulah sedikit latar belakang
pengarang atau sasterawan tanah air Leo A.W.S..untuk lebih mengetahui tentang
Leo A.W.S ini, akan saya uploadkan sesi temuramah yang telah saya lakukan pada 14
April lalu di kediaman beliau sendiri di Kampung Dewan Beta, Kota Bharu,
Kelantan.
cikgu saya ni...saya bangga...
BalasPadammasih giat berkarya guru saya ini....
BalasPadamhoh..ya ke Kembara Hayat..memang cikgu Leo masih giat bekarya..cikgu memang seorang yang baik..memang membanggakan..:-)
BalasPadamAlhamdulillah...
PadamSaya sebagai bekas murid pun tidak berkesempatan bercerita ke dalam ruang usahanya yang luas itu. Cuma pernah bercerita di pinggir tasik ilmu beliau.
Tahniah saudari
BalasPadamkerana nampak sebutir permata hijau dunia sajak tanah air ini
Bagaimana nak gi ke rumah beliau (alamat). Nak dapatkan semua buku, karya beliau.
BalasPadam