Selamat Hari Ibu Buatmu Ibu..
Dengar kat radio, ramai sangat yang hulurkan salam ucapan untuk ibu mereka...maklumlah hari ini hari ibu, memang tak dinafikan jugak, ramai pendapat yang menyatakan tentang haramnya masyarakat Islam menyambut hari ibu, kerana bagi kita..tiap-tiap hari adalah hari ibu, tidak ada hari yang khusus untuk menyatakan rasa dan kasih sayang kita kepada kedua ibu bapa kita. Kewajipan kita sebagai seorang anak ialah harus mentaati dan sentiasa menyanyangi kedua ibu bapa hingga ke akhir hayat kita.
Untuk lebih sahih kenapa haramnya orang Islam haram untuk sambut hari ibu..boleh rujuk kat blog nie..http://warkahworldpeace.blogspot.com/2011/05/sebab-haram-sambut-hari-ibu.html saya pun baru mengetahuinya..
Dah, semua dah baca..??baru tahu kan..??terima kasih, sekurang-kurangnya..hari ini kita semua sudah dapat satu ilmu..
Tapi apa yang saya ingin nyatakan, ucapan yang di zahirkan oleh anak-anak pada hari ini sebenarnya bukan semperna meraikan hari ibu, tetapi ucapan yang istimewa buwat ibu-ibu yang mana anak-anak boleh menzahirkan rasa cinta dan kasih-sayang mereka terhadap ibu mereka. Jadi, hanya sekadar ucapan bertujuan mengembirakan dan menghargai hati ibu, saya kira tidaklah salah..kerana jika setiap hari kita ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" juga tidak salah, malahan itu tersangatlah baiknya..tapi jika difikirkan, anak-anak yang berada jauh daripada kedua ibu bapa mereka yang tidak dapat selalu berhubung dengan kedua ibu bapanya..sudah tentunya meluahkan rasa hati mereka kepada kedua ibu bapanya melalui hari yang khusus begini adalah menjadi satu penghargaan kepada ibu mereka, bagi ibu ia merupakan satu ingatan yang penuh bermakna daripada anak-anak mereka, dengan ucapan tersebut bukan bermaksud ingin memuja hari tersebut..tetapi sekadar menghargai dan mengenang jasa-jasa ibu yang telah mengandungkan, melahirkan, mendidik kita hanya melalui seulas ucapan..ucapan yang diluahkan oleh anak-anak kepada ibu-ibu mereka bagi saya merupakan ucapan yang sangat dirindui oleh ibu-ibu sebagai tanda bahawa anak-anak mereka tidak pernah sekalipun melupakan jasa dan pengorbanan ibu.
Jadii.. we not celebrate Mother Day, just a moment to appreciate our mothers..;-)
Hmmm..saya pun bukan menyambut hari ibu, tetapi hanya ingin menyampaikan rasa cinta dan kasih sayang saya kepada ibu saya sahaja..:-)
Buat ibuku, Che Halimah Binti Yaacob...
Engkaulah ratu hatiku..
segala jasa dan pengorbananmu..
tiada dapat kami balas..
terima kasih ibu kerna..
melahirkan, menyanyangi, mengasihi, mendidik kami..
dengan penuh sabar..
tanpa kesabaranmu..
diriku dan permatamu yang lain..
tidak mungkin seberjaya ini..
sesunguhnya..
ketulusanmu ibu menjaga kami tiada tandingannya..
hadirmu ibu tiada penggantinya..
yang kukasihi sampai hakiki..
buat mu ibu,,
Che Halimah Binti Yaacob..
ku sangat menyanyangi dirimu buat selama-lamanya..
Ucapan ikhlas ini daripada anakmu..
Zahari Ismail, Hapiza Ismail, Nor Azilah Ismail, Hairul Hisyam Ismail, Khairul Nizam Ismail, Norhidayati Ismail, Mohd Faiz Ismail, Mohd Aliff Afzan Ismail dan juga daripada anak bongsu ibu, Mohd Al-Bhaihaqi Ismail..
Terima kasih buatmu ibu kerana sudi mengandung, melahirkan, mendidik, memberikan kasih sayangmu serta atas segala pengorbananmu ibu....tiada mampu kami balas..:-)
Ulasan
Catat Ulasan