19 Mei 2012


Ada apa sebenarnya dengan 19 Mei nie..yang pastinya yang tuan tuan amba tunggu-tunggu ialah Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala FA..iaitu negeri kelahiran dan kebanggaan tuan amba iaitu Kelantan Darul Naim yang akan menentang pasukan kelab iaitu Sime Darby FC.Maaflah, tuan amba kalau bab-bab bola Kelantan, semangat sikit..al-maklumlah, dah terjangkit berjangkit perangai ni dengan adik-adik lelaki..mereka semua fanatik bola..hehehe...tengok kat facebook hari ini anak-anak perantauan Tanah Merah dapat tiket free tuk pergi tengok perlawanan akhir nie..tak caya???meh tengok nieyyy...hihihi

Tiket Tajaan dari Dato' Ikmal,,Ahli Parlimen Tanah Merah..

Hmm...bertuah anak-anak Tanah Merah nie, tapi tuan amba tulun post jer, tuan amba tak boleh pergi..bahaya perempuan nak pergi tempat final bola nieyhh..kang tak pasal-pasal kena baling kang..hihhi

Tapii..itu hanya sekadar peberitahuan, sebenarnya ada perkara yang lebih penting pada hari, tarikh dan waktu 19 hb tu..sampai ada kawan tuan amba berdoa biarlah 19 hb Mei ini berlalu macam air jer, maner taknya..tuan amba sendiri pon dah tak senang duduk dah nie..

Sebenarnya, 19/6/12 nie bukan hanya sekadar adanya perlawanan bola sepak yang tuan amba tunggu-tunggu, tapi juga adanya sesi perbentangan Proposal Tesis tuan amba...atau dengan nama lain Seminar Perbentangan Proposal..penting sangat nie, masa seminar nielah proposal yang telah kita hasilkan akan dikritik dan diperbaiki oleh para pensyarah..orang kata seminar ini ibarat Pra VIVA. 

Sebab idea tak datang-datang lagi nak betulkan proposal, tu lah yang kena berleter kat blog nie dulu..hhiihi..
Buat yang baca entri blog saya nie..saya mohon doa kalian..doakan saya mampu buat yang terbaik dan berjaya dalam membentangkan proposal saya nanti selain berdoa untuk kejayaan pasukan Kelantan untuk membawa pulang Piala FA yang pertama ke bumi Kelantan buat pertama kalinya..

InsyaAllah..saya mohon doa dari semua..:-)

Dahlah Cik Hidayati oiii berleter kat sini..pergi siapkan penyataan masalah kamuuuu!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Mak We koiii..