Berlarian
Bila tengok balik gambar-gambar masa pegi tasik Perdana hari minggu lepas, senyum sensorang pulak aku...
Ermm...macamana tak senyumnya, ingat balik terpaksa berlarian dalam hujan nak cari pondok tempat beteduh..habis basah...Terpaksalah tunggu hujan reda dulu baru boleh jalan balik, niat sebenat nak ambil gambar untuk fotografi pun dah terbantut..
Nampak gayanya tak lepas ngan kawasan upm jugakla jadi tempat sesi fotografinya..
Lebih kurang kul2 kami sampai kat Taman Tasik Perdana, bolehla jelajah separuh daripada kawasan situ..barula aku tahu..rupa-rupanya Taman Tasik Perdana ni luas sangat-sangat dan cantik tempatnya..
Bolehla tengok sedikit gambar-gambar candid masa aku dan kengkawan kuar minggu lepas..
Me dan Kak Ila ambil gambar guna teknik fotografi-Bawah ke atas
Me dan Zatil juga guna teknik fotografi bawah ke atas
Me kat Depan Masjid Negara Kuala Lumpur
Perjalanan Pulang Selepas Hujan,
Awass..tanda kawasan terdapat banyak monyet
Me dan Kengkawan
Kat Pameran Ular vs Ular di Muzium Negara
Ermmm..banyak lagi nak kongsi sepanjang kuar haritu..tapi letak separuh je la ya..:-). Tapi sebelum tu sajak ekspress ni aku nak dedikasikan buat sahabat-sahabat aku semua..
Hari ini kita ketawa dan berduka bersama
Tidak pernah kita semua duga dan pinta
Pertemuan antara kita semua tersurat indah
Namun apa yang pasti
Kenangan dan detik kita bersama
Kekalan terjalin hingga jasad dibawa pergi.
Ulasan
Catat Ulasan