Projek Ilmiah Tahun Akhir
Ku akui memang susah dalam menyiapkan projek ilmiah tahun akhirku, banyak cabarannya..lebih-lebih lagi tajuk yang aku pilih sebagai projek ilmiah agak mencabar sedikit berbanding tajuk-tajuk yang lain,tapi kawan-kawanku yang lain pun sama juga. Daku benar-banar berharap agar diriku mampu menyiapkan projek ilmiah tahun akhirku dengan baik dan cemerlang,daku benar-benar memerlukan sepenuh kekuatan dari segi mental dan fizikal,manakan tidak..kadang-kadang bahan-bahan rujukan yang diperlukan untuk menyiapkan projek ilmiahku di perpustakaan Sultan Abdul Samad (UPM) sahaja tidak mencukupi, daku bersama kawan-kawan juga mesti ke perpustakaan lain juga untuk mencari sumber-sumber rujukan, termasuklah di perpustakaan UKM, UM dan juga DBP...tidak ketinggalan juga kedai-kedai buka yang berhampiran..aku sangat bimbang ngan projek ilmiahku ini...kadang-kadang aku mengeluh juga,macamanalah nak sambung Master ke Phd law nak siapkan projek ilmiah pun daku dah lintang-pukang macamnie...
Apapun.daku benar-benar memohon doa daripada semua agar daku mampu menyiapkan projek ilmiah tahun akhirku ini dengan cemerlang...sesunggunya daku sangat kagum dengan tajuk kajianku,cuma mungkin daku masih cetek dengan ilmu yang masih memerlukan sepenuhnya bimbingan daripada para pensyarahku.Akan daku berusaha sebaik mungkin dalam menyiapkan projek ilmiah ku ini..
Ulasan
Catat Ulasan