Hargai Selagi Diberi Peluang


Semalan terbaca blog seorang pelajar nie, yang sedih bila dia selalu rindukan arwah ibunya yang telah pulang menghadap Ilahi. Tak dapat nak bayangkan bila orang yang paling penting, paling rapat, tempat meluah segala perasaan sedih, suka gembira, tempat kita melontar masalah pergi meninggalkan kita untuk selamanya. Itulah janji Tuhan, setiap yang hidup pasti akan mati, cuma yang membezakannya adalah bila dan dimana semua dah tersurat ditangan Allah (SWT). Kita yang masih lagi diberi kesempatan untuk menyanyangi dan menghargai ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Tiad kasih yang lebih agung selain kasih kepada Allah, namun tiada kasih yang lebih mulia dan suci selain kasih terhadap ibu bapa. 

Dalam al-Quran juga ada menyebut tentang pentingnya kita sebagai anak seharusnya berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
 (surah al-Ahqaaf, ayat-15).
Anak beriman sudah tentu tidak mengabaikan ibu bapa, terutama yang sudah lanjut usia. Menjaga ibu bapa adalah lebih utama berbanding pergi berjihad di medan perang. Ketetapan ini dapat difahami daripada kisah di mana Rasulullah menolak permintaan seorang anak mudah ingin turut sama berjihad di medan perang, sedangkan dia masih ada kedua ibu bapa yang telah uzur dan memerlukan jagaannya.
Kemuliaan peribadi seseorang dapat diukur berdasarkan kepada bagaimana dia melayan ibu bapanya sendiri. Tidak menghormati ibu bapa adalah tanda kekufuran yang dilakukan oleh orang tidak beriman. 


Jadi, hargailah ibu bapa selagi kita diberi peluang dan kesempatan untuk berbuat demikian, tapi pada yang telah tiada, tiada yang lebih baik untuk dikirimkan kepada mereka di alam sana melainkan doa-doa daripada anak-anak yang soleh dan beriman..doaku pada mereka yang telah pergi, "Semoga roh mereka ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu"...Aminnn Ya Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Mak We koiii..