Tidak Redha..
Semalan tuan amba dikejutkan dengan kejadian bunuh diri daripada teman rapat tuan amba..sedih dengan apa yang terjadi lebih-lebih lagi kepada mereka yang beragama Islam...tapi pastinya yang lebih sedih bila berlaku kejadian macam ni sudah tentunya ibu dan ayah...bukan hanya sedih, malah sudah tentu akan mendapat aib dan malu..Wanauzubillahhh!!!
Tuan amba tidak mahu menulis entri ni sebagai "bunuh diri" kerana lebih tepat rasanya adalah "sifat tidak redha" dengan ketentuan Allah..perkara bunuh diri sering berlaku kepada umat Islam khususnya adalah kerana lemah iman dan berfikiran sempit dalam mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah..berfikir tidak berpaksikan kepada Allah..sifat tidak redha manusia itu sendiri kepada ketentuan qada' dan qadar Tuhan merupakan penyebab utama kejadian bunuh diri berlaku... Jika sekiranya wujud
imam terhadap Allah Ta`ala dan yakin terhadap ketentuan-Nya pasti dia
akan mengharapkan pahala dan balasan baik ketika diuji dengan musibah,
dia takut membunuh diri dengan perbuatan demikian ibarat menempah azab
Allah di akhirat kelak, tetapi kebanyakan manusia tidakberfikir dan memahaminya."Ya Allah..moga Engkau ampunkanlah segala dosa-dosa hamba-Mu Ya Allah"..
Kenapa lah remaja sekarang suka mengambil jalan singkat..??bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah, dan sesuatu masalah atau musibah yang ditimpakan oleh Allah (SWT) kepada hamba-hambanya sudah pasti ada jalan penyelasaiannya.. hanya perlu bersabar dan berserah hanya kepada Allah..
Sabda Nabi (SAW) ada menyebut bahawa:
Ertinya: "Ada seorang lelaki sebelum dari kamu telah luka, lalu dia tidak sabar menanggungnya, dia mengambil pisau lalu memotong tangannnya, maka keluarlah darah tidak berhenti-henti sehinggalah dia meninggal dunia. Allah Azzawajallah befirman bahawa, "Hamba Ku telah bertindak tergesa-gesa terhadap dirinya..maka Aku haramkan kepadanya memasuki syurga".
Dalam hadith tersebut dengan jelas menyatakan "Aku Haramkan keatasnya Syurga" bererti dia (mereka yang membunuh diri) kekal dalam kemurkaan Allah..
Petikan ini tuan amba petik dari laman blog..http://masjidassyakirin.wordpress.com/2011/12/15/hukum-membunuh-diri-dalam-islam/ bahawa :dalam hadith juga jelas menyatakan haram membunuh diri, kerana diri kita bukanlah milik kita sendiri malah ianya adalah milik Allah yang menjadikannya, tidak boleh kita menguruskan diri kita menurut kehendak sendiri melainkan menurut ketentuan yang diizinkan oleh Allah seperti mengubatinya ketika sakit, makan ketika lapar dengan sesuatu yang halal dan sebagainya menurut syariat Allah.
Jadi, renung-renungkanlah bersama tentang kekuasaan Allah..jangan bertindak mengikut nafsu, ingatlah kepada Yang Maha Pencipta Yang Satu..Jadiklah hamba yang sentiasa redha dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada hamba-hambanya..tidak semua yang keinginan nafsu mampu dituruti..berbaliklah kembali kepada Yang Maha Esa..hanya kepada-Nya lah tempat hamba-hambanya mengadu...
HiduP&MaTiKu HaNyA pAdA-MU..
Ulasan
Catat Ulasan