Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون)


Sesungguhnya..Firman Allah telah menyatakan "Daripadanya-Nya kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan dikembalikan"..amba sendiri tak tahu kenapa menulis entri nie walaupun amba tidak mengenali insan yang baharu saja pagi tadi telah pergi mengadap Ilahi kerana kemalangan ketika dalam perjalanan ingin menuju ke kuliah..mungkin juga semasa amba meneliti berita tentang pemergian diri arwah, tiba-tiba tetusuk kat pikiran amba memikirkan adik-adik laki amba dan orang-orang yang amba sayangi yang jugak menunggang motor untuk ke sekolah (moga mereka sentiasa selamat dan berada di bawah lindungan-Mu Ya Allah) Aminnn..walaupun amba tidak mengenali arwah, sesungguhnya sesama Islam kita semua adalah bersaudara..doa kita semua tidak terbatas untuk seluruh umat manusia yang lain..Al-Fatihah buat arwah..kepada yang membaca entri nie, minta sama-sama kita semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Mohd Asyraf Aminuddin, sesungguhnya Allah lebih menyanyangi arwah dan memanggil untuk bertemu-Nya terlebih dahulu dari kita semua.Dari pengetahuan amba arwah yang meninggal merupakan penuntut tahun 2 di UPM, dari Fakulti Pertanian dan merupakan anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan..

Hati terasa sebak apabila melihat gambar kemalangan yang telah menimpa arwah di tambah pulak ngan status fb beliau yang seolah-olah tahu dia akan pergi untuk selama-lamanya..masa tengok gambar kemalangan arwah...terus teringat kembali kat peristiwa yang sama berlaku kat arwah pak sepupu amba dan juga rakan-rakan seperjuangan pada zaman persekolahan dulu (turut mengalami kemalangan maut) yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita semua mengbangkitkan rasa yang sangat pilu..mungkin hanya mereka yang pernah mengalami kehilangan insan yang disayangi akan lebih terkesan jika melihat kejadian ini berlaku pada sesiapun..sesungguhnya kita manusia adalah selemah-lemah dan sekerdil-kerdil hamba di muka bumi Allah ini..ajal dan maut kita semua telah tertulis di Lauhul Mahfudz..semoga mereka yang telah pergi bertemu dengan Maha Pencipta kita semua sentiasa ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh di sisi Allah S.W.T..Aminnnn...Al-Fatihah sebanyaknya buat arwah..salam penuh takziah buat keluarga arwah..moga ibu dan ayah arwah tabah dan diberi kekuatan menerima dugaan ini..

(gambar yang amba petik ini bukan atas niat ingin mengaibkan sesiapa, moga kita semua mengambil iktibar dari setiap kejadian yang telah ditentukan oleh-Nya)..

Status terakhir di laman fb arwah..al-fatihah..moga dirimu ditempatkan dalam golongan hamba-hamba yang beramal soleh..Aminnnn...

Sentiasa behati-hati ya adik-adik, kawan-kawan terutama yang menunggang motosikal mahupun yang berkereta..memang betul kalau perkara yang dah ditentukan nak jadi akan tetap terjadi, tapi bagi kita yang masih diberikan peluang harus sentiasa beringat dan berwaspada..semua yang berlaku adalah ketentuan Allah..tiada yang dapat menghalang segala kekuasaan-Nya..ALLAHUAKBAR!!!Allah Maha Besar..

Muhasabah untuk diri amba dan untuk kita semua..

Junjungan Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda: 
"Cukuplah KEMATIAN itu menjadi SATU PENGAJARAN,kerana kealpaan terhadap kematian menjadikan manusia lalai, sombong, bongkak terhadap penciptanya. Mudah-mudahan Allah akan merahmati kita dan juga merahmatinya, mengampuni dosa kita dan juga dosanya serta menempatkan kita semua dalam Syurga dan Rahmat-Nya.. 

Ulasan

  1. dayah kenal ke arwah?sedih....adik da bgtau jugak bnda..huhuhu....semoga arwah ditempatkan dikalangan yg beriman..amin

    BalasPadam
  2. tak kena yah..tp xtahu bkpo rasa sedih bila tgk brita arwah xcdent td..tringat kat arwah pok spupu ore pom mninggal keh xcdent jugak..Aminnn..samer2 kita doakan untuk arwah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Mak We koiii..