Berakhir Pemerintahan Tok Guru


Sebenarnya dua tiga kali jugak amba nak tulis entri nieyh..sejak daripada hari isnin rituh lagi..tapi asik tertangguh, rini rasanya dah ada kudrat balik nak menulis, dan kisah yang amba nak tulis hari ini ialah pasal seorang tokoh yang sangat amba kagumi..jangan salah faham ya, sebab entri nie amba tulis bukan untuk berpolitik dan bukan jugak nak tunjukkan diri amba nie seorang muslimat yang solehah..tapi niat ke arah menjadi wanita yang lebih solehah tu tetap ada..amba sekadar ingin berkongsi rasa kagum amba dengan pemerintahan yang telah dilaksanakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..selama 22 tahun pemerintahannya, sungguh beliau telah melaksanakan tugas beliau dengan sebaik-sebaik pemimpin, berakhir pemerintahan beliau di negeri Kelantan, bukan bermakna berakhirnya perjuangan beliau dalam memperjuang dan menegakkan agama Islam..beliau tetap meneruskan menyampaikan dan memberikan ceramah-ceramah, mengadakan majlis-majlis agama untuk rakyat-rakyatnya..menitis air mata amba bila dengar Tok Guru meletak jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan setelah memegang jawatan tersebut hampir 22 tahun kerana masalah kesihatan. Sesungguhnya Tok Guru seorang tokoh ulamak yang sangat amba hormati, sepanjang pemerintahannya di negeri Kelantan, telah banyak sekali perubahan yang telah beliau laksanakan bukan sahaja dari aspek pembangunan lahiriah, bahkan juga yang paling penting dari aspek pembangunan insan..walaupun negeri Kelantan sering dipandang rendah oleh segelintir masyarakat yang tidak senang hati dengan kepimpinan tok guru, namun bagi amba..tiada negeri-negeri lain yang dapat menandingi kepimpinan seperti yang dilaksanakan oleh Tok Guru..keutuhan dan semangat yang dimiliki oleh rakyat-rakyat Kelantan pulak pun tak der tanding taranya..


Beliau..Tuan Guru Nik Abdul Aziz seorang Menteri Besar yang hidup dalam penuh kesederhanaan, separuh gajinya dipotong sebagai derma atau sumbangannya kepada mereka yang memerlukan, bukan sekadar itu..aspek penjagaan aurat dan maruah diri wanita diangkat tinggi sehingga papan-papan iklan di Kelantan mestilah menutup aurat..bila amba kata Tok Guru orang yang besederhana..semestinya semua telah sedia maklum bahawa..beliau (Tok Guru) tidak tinggal dikediaman menteri besar bahkan beliau tinggal di rumah kediamannya sendiri yang mana bumbung rumah beliau bersambungan dengan masjid Pulau Melaka..sesungguhnya dasar kerajaan yang dibangunkan oleh Tok Guru "Membangun Bersama Islam"  telah dilaksanakan oleh beliau dengan sebaiknya, sesuai dengan jolokan negeri Kelantan sebagai negeri "Serambi Mekah"..terserah kepada pembaca untuk menilainya, tetapi pemerintahan yang dilaksanakan oleh Tok Guru tidak mampu untuk ditandingi oleh mana-mana pemimpin..pastikan pada yang sering mengata Kelantan mundur dan tak maju tuh tengok video kat link nie ya..100 Fakta Kelantan Menerajui Perubahan , maju mundur sesebuah kerajaan tuh jangan kita pandang dari aspek tinggi rendah bangunan, banyak sikit pusat beli belah dan panggung wayang jer ya, pada yang berfikiran begitu, silalah bersihkan fikiran anda..kalau pembangunan diukur pada tahap itu, memang rendah betul pembangunan pada tahap fikiran kita-kita ya!!!


Alang-alang dah berbicara pasal Tok Guru nieyhh..amba paling sedih bila orang Melayu Islam kita sendiri sering melemparkan kata-kata buruk dan kesat kepada Tok Guru..apa salah beliau kepada mereka..adakah salah perjuangan beliau dalam menegakkan agama Allah..mungkin hari ini kita semua tidak sedar bahawa pentingnya kepimpinan Islam dalam hidup manusia kerana harta dunia telah menutup segalanya, tapi amba berharap suatu hari saat kita semua sudah sedar akan penting kepimpinan Islam, manusia pada ketika itu tidak akan terlambat kerana menyesal pada ketika tu dah tiada gunanya..jangan sekali-kali mengata keji kepada ulamak,ingatlah bahawa ada Allah yang Maha Melihat dan Maha Mendengar..hidup kita sebagai hamba bukan untuk selamanya, sampai waktu dan masa kita akan pergi bersama membawa bekal amalan hidup kita di dunia..amba sentiasa doakan, orang yang sering mengeji, mencaci, menghina Tok Guru akan dibukakan pintu mata dan pintu hatinya untuk melihat seribu macam kebaikan yang ada pada kepimpinan Tok Guru..

TUAN GURU  DATO' BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT



Maaf ya pada pembaca yang rasa tak nak atau terbeban baca entri nieyyhh..benda benar dan nyata tak leh sembunyi-sembunyi..hihihi..

Amba sentiasa doakan Tok Guru sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu dan terus berjuang dalam menegakkan agama Islam yang suci di muka bumi Allah ini..Aminnnn..Hidup Tok Guru..

Nie ada sedikit pesanan ikhlas dari penaja:
"Mundur tak mundur lah ya, kalau  negeri Kelantan nie mundur lagi dan kome-kome rasa duk kat Kelantan tak der kemajuan..silalah dan pindahlah ke tempat yang anda rasa sangat membangun ituhhh yaa!!!"

KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Mak We koiii..