Pertengahan..
Huihhh..lamer betul amba tak mengupdate blog..agak-agak heder tak yang tunggu entri-entri baru dari amba..rasanyer heder la kuttt..hihihi..oleh kerana sejak dua menjak nie amba tengah menyibukkan diri, jadi tak sempat lah nak update new story mory nie kat blog nieyhh..tapi oleh kerana hari nie jugak hari Isnin 24 Jun 2012 adalah bersamaan dengan 15 Syaaban, maka rasa nak catat satu entry la pulak kat...bila amba tengok tarikh bulan Islam rinieh..amba rasa sumer perkara sekarang dalam pertengahan..yang pertama-tamanya sudah pastinya hari nie ialah pertengahan bulan Syaaban, yang mana hanya tinggal lima belas hari saja lagi seluruh umat Islam di dunia akan menyambut tibanya bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak..(dah tak sabar dah..), harini pasti ramai umat-umat Islam yang berpuasa dan melakukan amalan-amalan kebaikan kerana hari ini juga dalam Islam disebut sebagai "Nisfu Syaaban"..di mana, mengikut pengetahuan tuan amba yang masih cetek nie.."Nisfu Syaaban" nie bermaksud 'pertengahan bulan Syaaban" di mana umat Islam mempercayai yang pada masuknya hari Nisfu Syaaban nie..semua buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun di angkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru..dan malam Nisfu Syaaban juga merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar..jadi..kepada sesiapa yang berpuasa pada hari ni dan diikuti pada malam hari dengan mambaca Yaasin sebanyak tiga kali..moga kita semua memdapat keberkatan daripada Allah S.W.T... selagi kita masih diberikan kudrat daripada Allah S.W.T..gunakanlah sebaik-baik kesempatan itu untuk beribadah kepada-Nya..moga kita semua mendapat keberkatan dunia dan akhirat.^_^
Pertengahan yang kedua pulak ialah pertengahan tahun..yang mana hanya tinggal 6 bulan jer lagi nak bergerak ke tahun 2014 kalau mengikut kelendar omputeh lah..huhhh..maknanya kta semua nie dah di pertengahan tahun lah ya!!..cepat betul waktu berlaluh ya..kalau zaman budak-budak duluw..dah tak sabar-sabar suh waktu nie bergerak cepat-cepat sebab dah tak sabar nak jadi orang dewasa..tapi bila dah jadi dewasa nie...tak tekejar waktunya..rasa macam cepat jer tiap-tiap hari..nampak sangat dah nak tua..takder lah pulak rasa diri amba nie nak mintak jadi orang tua cepat-cepat..duluw masa kecik-kecik kemain nak mintak waktu berlalu dengan cepat..choiii la kan..muahaha..^_^ yang pastinya..amba doakan sangat segala yang telah dirancangkan untuk tahun 2013 nie berjalan mengikut yang seperti yang dirancangkan..tapi semua tuh ketentuan Allah..kita sebagai hamba Allah nie..hanya mampu merancang dab berdoa..segala ketentuan semua-Nya datang daripada Allah S.W.T..
Ketiga..yang pasti pasal amba dengan tesis amba..hmmm..pom sedang berada dipertengahan..haiiihh!!makin risau amba bila sebut pasal tesis nie..banyak bena pekara nak kena pikir pasal adik tesis nieyhhh..walaupun berada kat pertengahan pom..masih lagi tak lepas nak bernyawa..mohon doa sahabat-sahabat semua agar amba mampu menyiapkan tesis amba dengan cemerlang ya dan menghadapi perbentangan v.i.v.a yang tak tahu bilanya tuh InsyaAllah dengan jayanya ya!!Aminnn...mohon doa kalian semua..terima kasih..hihihi..
Dann...pertengahan keempatnya ialah pasal 'umur'..ya..'umur'..bila tengok 'umur' sekarang..memang dah dipertengahan..kalau tubuh syarikat tuh dah boleh sambut jubli perak dah semperna penubuhan syarikat tuh..hihih..tu lah..makin bertambah usia..makin banyak nak kena pikiw kan??nie baru hidup sorang diri, belum ada anak suami agg..tambah pulak dengan kerja pasnie..huhhh..mahu pening kut..tapi moga semua dipermudahkan segalanya oleh Allah..bercakap pasal umur sedikit sebanyak buat amba rasa sebak..ya lah..bertapa bersyukurnya sangat buat diri amba sendiri sebab masih diberi kesempatan untuk hidup, masih dapat merasa kasih sayang mak ayah..bila amba bayangkan arwah kawan-kawan yang telah pergi buat selama-lamanya (al-fatihah)..buat amba lagi rasa bersyukur pada Allah kerana masih di beri peluang yang mungkin tak sama dengan peluang-peluang yang diterimaoleh orang lain..TERIMA KASIH YA ALLAH..sesungguhnya, hamba-Mu ini sangat-sangat bersyukur..
Bantulah hambu-Mu ini Ya Allah dalam menempuh liku-liku perjalanan..Amin Ya Rabb
Dah cukup pasal pertengahan yang amba rasa berkait..berkait dengan diri amba je kut..hihihi..lepasnie bolehla kut gelarkan diri dengan golongan pertengahan..muahaha..k, lah..moga semua yang berpuasa rinieh mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. selamat berbuka ya!!tunggu azan magrib duluw hokeyyy..!!
Wassalam..
Ulasan
Catat Ulasan