Kisah Sebelum Raya


Ini entri kisah-kisah yang berlaku sebelum raya..terutama sekali yang paling membuatkan amba terkejut ialah kebakaran banglo pekerja milik vida beuty empat hari sebelum kita sedang gembira menanti tibanya syawal..yang membuatkan amba lagi sedih apabila dua orang kanak-kanak yang terlibat dan menjadi mangsa dalam kebakaran tersebut adalah sepupu rapat kepada rakan baik amba yang baru berusia 10&11 tahun..semoga Allah memberi kekuatan kepada rakan amba, mak saudaranya dan keluarga mangsa yang terlibat..Allah lebih menyanyangi mereka..semoga Allah juga mencucuri rahmat ke atas roh arwah edy & edry dan menempatkan mereka di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa kepada-Nya..moga kita yang masih hidup ini juga mampu mengambil iktibar daripada setiap kejadian yang berlaku..hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Beberapa hari sebelum kajadian tu jugak, anak jiran amba juga turut sama dipanggil pulang menghadap Ilahi di kala usia baru 17 tahun..arwah jugak seorang anak dan juga jiran yang baik..kepergiannya dikatakan akibat daripada masalah jantung yang telah lama dihidapi semejak kecil lagi..moga Allah mencucuri rahmat ke atas arwahnya..serta pada pertengahan Ramadhan pulak, kepergian adik kepada pensyarah amba akibat kemalangan di Terengganu..bagi yang mebaca entri nie..sama-sama kita semua iringkan al-fatihah untuk mereka yang telah pergi menghadap yang Esa..sesungguhnya, Allah jua pernah mengingatkan manusia bahawa 'setiap yang hidup, pasti akan merasai mati'...takziah buat keluarga mereka yang terlibat..

Ramadhan yang berlalu meninggalkan seribu satu makna buat diri amba..daripada setiap kejadian yang berlaku mengingatkan diri amba bahawa ajal maut tidak mengenal usia dan masa..hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala..mungkinkah kita semua akan bertemu lagi dengan Ramdhan yang seterusnya..moga kita semua diberi peluang untuk terus beriman dan bertaqwa kepada-Nya dan pulang menghadapnya dalam Husnul Qhatimah...Aminnn...

"Daripadanya Kita Datang..KepadaNya Jualah Kita Akan Kembali..."
Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi..


Ulasan

  1. al-fatihah..semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman..perginya di bulan penuh keberkatan. ada hikmah disebalik kejadian tu.

    BalasPadam
  2. betul tuh Zana..dan sebaik-baik umat nabi Muhammad (saw) ialah redha dengan setiap qada'dan qadar Tuhan..berat mata kita yang memandang dan telinga yang mendengar..berat lagi buat mereka yang mengalami..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Mak We koiii..