Sajak Nukilan Saya


 
WAYANG KULIT SENI WARISAN
                                            
Suasana meriah
Sebelum bermula
Tua muda datang bertandang
Memenuhi sejenak ceruk isi panggung
Kedengaran riuh rendah di sana sini
Mengerumuni si kelir
Yang setia bercahaya
Yang bakal menyingkap
Nilai tradisi Hikayat Ramayana
Menyulam seni warisan bangsa.

Suasana bertukar seketika sepi
Melihat bebayang hanuman
Menjengah kelir
Petanda panggung memohon beraksi
Petanda bermula sebuah pengembaraan
Hikayat  Ramayana menjadi ceritanya
Beriringan muzik bersama hanuman
Beriringan hanuman bersama dalangnya
Hanuman berseni dari belulang
Ke kiri ke kanan dibawa dalang
Pendukung watak penuh setia
Sesetia Sita Dewi menunggu Seri Rama
Menyelamat diri dari Rawana
Membawa aksi penuh mendebarkan
Peperangan dasyat
Sungguh luar biasanya
Memukau hati isi panggung
Menghibur hati hingga kepenghujungnya
Melengkapkan kisah sebuah epik
Menjulang tradisi gilang-gemilang.




PETIKAN AKUSTIKMU MENGHIBUR JALANAN

Tersenyum diriku..
Melihat dirimu..
Berdiri engkau ditepian jalanan
Dibarisi dengan lautan manusia
Yang tidak diketahui arah tujuannya
Yang tidak diketahui didalam benak fikirnya
Tetapi engkau tetap setia
Memetik akustikmu
Mengalun suaramu
Menghibur jalanan
Gemersik alunanmu
Menujah sukmaku.        

Tersenyum diriku
Melihat dirimu
Berdiri bersama akustikmu
Memetik mesra tali akustikmu
Tersurat indah
Irama nan syahdu
Menjadi penghibur jiwa
Menoktah segala duka
Yang tersirat dihati
Hilanglah kesepian
Hilanglah kesedihan
Hilanglah penderitaan
Dibaluti oleh petikan akustikmu.

Aku tersenyum lagi
Sambil berfikir
Sungguh setia engkau
Menghibur jalanan
Walau hanya sekupang dua
Engkau perolehi
Tetap setia bersama akustikmu
Menghibur jalanan
Selagi hayat dikandung badan
Tanpa ada hujung sempadannya.




BUNGA SUNTI

Katanya…
Aku ibarat
Bunga sunti
Yang masih mencari arah matahari
Yang mahu disirami kasih sayang
Yang mahu dibajai ilmu berguna
Untukku
Tumbuh subur  membesar
Harum kembang mewangi.

Katanya…
Aku ibarat
Bunga sunti
Yang masih tidak tahu
Melindungi diri
Walaupun aku penuh berduri
Mestilah aku berhati-hati
Kerana aku
Menjadi perhatian dimata
Si kumbang hitam
Yang penuh tipu muslihatnya.

Katanya lagi..
Hidup bunga sunti
Masih jauh dalam perjalanan
Masih penuh jalan berliku
Tidak akan sentiasanya senang
Tidak akan selalunya payah
Janganlah tewas kepada keadaan
Pilihlah baja yang sesuai
Andai dirimu tidak mahu
Menjadi bunga sunti
Yang terbuang layu
Dicemuh masyarakat.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Mak We koiii..