Mari berteka-Teki

1. Berbadan Lansing seperti wanita, Bila dipetik aku bersuara,

Menghibur di kala waktu sunyi, Cubalah teka siapakah aku?- Gitar


2. Aku kurus jika di biarkan berseorangan,
Tapi jika di ikat bersama-sama, aku amat berguna.- Lidi


3. Berdiri teguh dengan setia,
Badanku bewarna merah,kuning dan hijau,
Tanpa aku porak perandalah jalan raya.- Lampu Isyarat


4. Siapakah aku, dilihat dari jauh berwarna Merah, datang dekat rupanya Hijau?- Ubat Nyamuk


5. Sel apakah yang berada di luar badan kita?- Seluar


6. Biasanya ia di pakai di jari, di ukir pada tangan pula menjadi lebih cantik
Tapi semakin lama semakin menghilang. – Inai


7. Di bawa bergerak Ke kiri kanan, ke atas bawah,
Walaupun aku ada kaitan dengan sejenis binatang,
Tapi aku tak mengigit tangan yang memegangku,
Cubalah teka siapakah aku?- Tetikus


8. Telefon apa mempunyai tangan?- Handset


9. Aku di sayangi oleh tuanku,
Disimpan kemas di dalam dompet,
Kemana pergi sentiasa dibawa,
Pabila di cucuk, berbuah wang ringgit.- Kad Kredit


10. Diriku boleh dipanjangkan, di bulatkan, di leperkan, dan diolah menjadi pelbagai bentuk.

Tapi jika terlepas boleh termakan diri sendiri.Cuba teka apakah itu?- Getah Urat


11. Dalam banyak-banyak makanan yang boleh di simpan,
Makanan apa yang di simpan lama takkan busuk?- Madu


12. Apakah permainan yang terbang masa pergi,
Dan kena berenang masa balik..?- Terjun papan anjal


13. Perkara apa yang kita tak sedar apabila dia dah naik,
dia takkan turun balik sampai bila-bila.?- Umur Kita


14. Dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang paling di sukai orang?- Nasi Minyak/ Nasi Free


15. Dalam banyak-banyak rumah, rumah siapa yang paling banyak hantu?- Rumah Hantu


16. Dalam banyak-banyak burger kat dunia ni, satu burger je boleh jadi raja, cuba teka burger apa

yang boleh jadi raja tu?- Burger King


17. Ada beza antara lampu stadium dengan lampu bilik, kalau diri bijak bestari,
cuba jawab apa bezanya?- Lampu stadium kena buka bila ada orang nak main malam, lampu

tidur kena padam bila nak tidur


18. Dalam banyak-banyak spanar, spanar apa yang paling berjaya?- Spanar Jaya


19. Kenapa orang yang sembilih ayam tak pakai baju kaler putih?- Sebab kalau pakai baju kaler

putih, mcm mana ayam tu nak mati, kenalah guna pisau jugak


20. dalam banyak-banyak air yang kita minum, air apa yang kita minum tu...kita kena mintak lagi

lagi dan lagi...? PEPSI- Ask For More (Tagline PEPSI)


21. Kalau kucing duk dalam hutan kita panggil kucing hutan, tapi kalau kura-kura duk dalam kapal terbang

jadi apa? -Naik hairan.


22. Kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila? -Sebab lelaki buaya


23. Kucing apakah yang menpunyai sembilan kaki..? -Kucing kaki lima


24. cuba teka, Bin apa yang selalu dapat makan free saje? -Binatang peliharaan


25. Sungai apa yang sentiasa slim...? -Slim river (Perak)


26. Dalam banyak-banyak lembu, lembu apa yang orang paling suka cari?- Lembu Hilang


27. Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang pakai baju? -Ikan duyung


28. Dalam banyak-banyak bunga di dunia ni, bunga apa yang pandai menyanyi,

sedap pulak suaranya tu. -Bunga Citra Lestari (Penyanyi Indonesia)


29. Dalam banyak-banyak dunia, negara mana yang paling banyak pensil?

Amerika-negeri Pensilvenia


30. Bunga apakah apabila di siram ia akan mati? –Bunga api


31. Apakah ia rumah di bawah, tiangnya di atas? – Kubur


32. Dalam banyak-banyak benda ni, kalau di potong sampai kecil mana pun, namanya tetap sama tak

akan berubah sampai bila-bila. Apakah benda tu?- Kacang Panjang


33. Dalam banyak-banyak mangkuk, mangkuk apa yang tidak boleh diisikan makanan?

– Mangkuk Tandas


34. Apakah namanya yang diapit oleh warna merah dari atas dan bawahnya, di tengah-tengahnya

berwarna putih? - Gigi


35. Dalam banyak-banyak mata, mata apa yang boleh di makan?- Mata Kucing


Selamat berteka-teki...:-)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..