Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

Semuanya Berbeza

Imej
  Kawan..?? Rakan..?? Teman..?? Kekasih..?? Semuanya Berbeza.. Semuanya ada keistimewaannya.. Semuanya bermula daripada satu pertemuan, Terpisah demi mengejar cita-cita dan impian hidup, Walaupun kita sentiasa berjauhan... Namun dirimu semua tetap kekal dalam ingatan selamanya.

Kalau Berpacaran with lyrics

Imej
Suka lagu nie,disamping menghibur memberi didikan terutamanya generasi muda yang asyik bercinta sekarang..dengar dan hayati liriknya baik-baik..memang bermakna..memang sesuai paduan suara Ana Rafali ngan Suhaimi Mior Hassan nie.. Saya suka lagu nie!!!!

Ingin Ku Ucapkan

Imej
  Sempena pagi hari raya Aidiladha yang mulia ni, ku ingin menyusun sepuluh jari dan ingin ku ucapkan Selamat Hari Raya buat semua expeciallynya : 1. Buat Ayah dan Bondaku yang tersayang. 2. Buat semua ahli kuargaku yang tercinta,terutamanya buat kakak ku yang dijangka bakal melahirkan anak yang keempatnya raya nie,semoga selamat bersalin dengan selamat. 3.Buat Guru-guru dan pensyarah-pensyarahku 4.Buat sahabat-sahabatku samaada yang jauh atau dekat. 5.Buat Si dia - walaupun semalan tak sempat nak ucap coz........huhuhu 6.Buat rumateku dan ex2-rumateku.. 7.Buar rakan-rakan di facebook dan juga diblog kesayanganku nie..:-)  dan...buat saper-saper yang tak tersebut tu,selamat hari raya tuk semua ya.. Maaf dipinta anadai terkasar bahasa, mengguris rasa tanpa perasan,ku juga insan biasa...(cehhh...layan perasaan dipagi raya...ahakkks)

Begini Rasanya...

Imej
  Begini rasanya yea,pagi raya yang sunyi sangat kat kolej. Patutla kan,bila hari raya semua orang balik beraya kat kampung..sebab memang sedih beraya kat negeri orang.. Law kat rumah..pagi subuh-subuh lagi dah meriah kat dapur, kat ruang tamu lak anak-anak saudara sibuk memperagakan baju raya masing-masing, dalam tv lak bergema takbir menggamit lagi suasana raya..selesai sudah mandi sunat hari raya,siap sedia nak pergi masjid pulak..kat masjid lagi teruja sambut raya bila tengok ramai yang datang menunaikan solat sunat hari raya..balik sembahyang raya kami duduk makan semeja bersama-sama,tapi....sambut raya kat sini tak ada feeling raya langsung...aku dengar takbir raya melalui online radio je...dari jauh sahut-sahut takbir dari masjid berdekatan bergema..huuuhhh...begini rasanya ya beraya kat negeri orang..pilu betul hati akuu..huhuhu Rindu sangat-sangat kat semua ahli kuargaku pagi-pagi raya nie,aku yang suka tidur pagi pun tak lalu nak tidur pagi ni..:-( Selamat Hari Raya Aidi

Ku Petik

Imej
  Ku petik kata-kata nie daripada blog i luv Islam tentang cabaran yang hadir dalam hidup: Hidup ini cukup indah. Penuh dengan misteri. Kata orang warna-warni. Adakalanya kita berduka, ada juga masanya kita gembira. Yang penting, dalam apa jua keadaan sekalipun, sentiasa ingat kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t. Syukur dan sabar; itulah  rahsia kejayaan. Semakin matang kita semakin besar cabarannya.Allah tidak akan memberikan sesuatu di luar kemampuan kita. Cabaran itu akan sentiasa hadir. Dan itulah gunanya kita, manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir. Namun harus diingat, kata Hamka, hujung akal adalah pangkal agama. Akal ini ada hadnya. Setelah aku baca..aku terfikir bahawa tiada manusia yang tidak pernah mempunyai masalah atau tidak dihadirkan dengan cabaran yang hebat dalam hidupnya..tapi apa yang penting, setiap masalah, cabaran, dugaan yang datang menimpa,hadapilah cabaran dengan hati yang tenang,gunakanlah akal dengan bijaksana untuk menyelesaikan masalah

Baca

Imej
  Baru beberapa minit tadi aku terbaca blog seorang pensyarah kat fakulti aku yang juga merangkap penyelia projek ilmiahku iaitu Dr. Kamariah. rasa nak marah dengan perangai mahasiswa yang tak pandai nak menghormati penyarah yang telah memberikan ilmu kepada kita. Wahai mahsiswa semua..belajarlah menghormati orang yang lebih tua daripada kita,tambahan pula orang itu ialah para guru dan pensyarah kita..nilai ilmu yang diajarkan kepada kita tidak terbayar.Adab sopan dalam bertutur dengan pensyarah sepatutnya diketahui oleh semua mahasiswa.  Jangan kerana markah yang diperoleh rendah,kita sebagai pelajar terus menyalahkan pensyarah. Nilailah dulu prestasi,kehadiran serta kewajipan kita sebagai seorang pelajar sepanjang kita mengikuti kelas semesta ini..kalau kahadiran pun sentiasa turun naik,macamana mahu memperoleh markah yang baik.

Raya Ketiga

Imej
Raya haji tahun nie, raya kat perantauan..(macamlah belajar kat luar negara!!!). Tak tahulah bagaimana perasaan bila tak balik raya nie,tambah-tambah lak bila dengar takbir raya..biasa hati aku ni cepat sangat tersentuh bila dengar takbir raya,tak tahulah macamana bila dengar takbir raya malam rabu nie.. Aku tak balik raya haji tahun nie sebab raya ketiga ada exam,law balik Kelantan takut tak sempat nak datang tambah-tambah lagi sekarang ni musim hujan kat Pantai Timur,jalan naik air terus tak boleh datang examla jawabnya..jadi takperlah..demi ilmu kan..??hehhe Hummm...mesti aku kang rindu ngan suasana raya haji kat umah aku tu..daging yang banyak boleh buat satay..huuuhh..bestnyer..makan satay sampai kenyang tak boleh bangun..tambah pulak nasi impit ngan kuah ibuku buat,pasti terangkat...:-) Miss u so mush my family..

Baik Bila Perlu

Imej
  Aku betul-betul tak faham dengan sikap manusia yang baik dengan orang bila perlukan sesuatu atau mahukan pertolongan,bila dah tak perlukan kita ni,cakap ngan kita pun kasar-kasar..bukanlah aku nak dihormati atau diberi pengiktirafan atas apa yang aku dah tolong..cuma aku mahu hubungan masa minta tolong ngan selepas minta tolong bialah sama saja takder beza..dunia..dunia..tak faham aku ngan umat macamni. Sungguh hairan,masa mintak tolong punya lah lembut lidah,bila dah lepas kita tolong dia cakap kasar-kasar dan buat muka pelik bila cakap ngan kita..buat aku terasa sampai ke hulu hati..tapi aku rasa dia tu tension study kut sebab tu jadi macamtu..tapi aku pun study jugak..huhuhu  Tapi aku malas nak pikir.Orang cakap kasar,aku balas macam biasa  jugak..malas aku nak layan perasaan sebabkan orang macamtu..asalkan dia bahagia sudah.

Bukan

Imej
  Menjawab exam subjek ketrampilan berbahasa tadilah yang aku rasa okey sikit berbanding ngan tiga paper yang lain..paper subjek lain aku rasa hancur..bukan nak kata aku tak baca atau tak buat pesediaan...dari minggu lepas lagi aku dah study mana yang patut, tapi tak tahulah kenapa exam sem nie aku rasa susah sangat sampai nak nangis masa jawab exam...ni lah buat aku takut nak tengok result lepasnie... Tapi..Alhamdulillah dah empat paper dah lepas,tinggal dua paper lagi pada 19 dan 20 hb nie..harap-harap  dapat jawab dengan baik..dan paper yang dah lepas tu harapnya juga aku dah jawab dengan sebetulnya.  

Saat

Imej
Hiii...rasa seram sejuk nak menghadapi peperiksaan nie..yang biasa tidur pagi pun jadi tiba-tiba tak ngantuk lak pagi nie..saat dah nak hampir-hampir nak menjengah hari pertama exam nie dah datang perasaan berdebar..harap result sem nie lebih baik daripada sem lepas jika di izinkan-Nya... Buat semua kengkawan aku,selamat menghadapi peperiksaan, sentiasa aku doakan kejayaan tuk kita semua..bia kejayaan yang kita perolehi dapat kita hadiah kepada kedua ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk kita.. Selamat maju jaya tuk semua...   Mehh kita ramai-ramai baca buku...lepasni nak pergi jawab exam lak..

Haji

Imej
Seronok aku tengok jiran kat rumah aku nak pergi menunaikan haji..moga dia akan mendapat haji yang mabrur serta pergi dan pulang dengan selamat. Aku harap lepas je graduate dan di murahkan rezeki dapat kerja yang baik..aku dan adik beradik nak hantar mak dan ayah aku pula pergi menunaikan haji..moga mak dan ayahku sentiasa dipanjangkan umur dan sihat selalu..:-)Aminnn