Ku Petik

 

Ku petik kata-kata nie daripada blog i luv Islam tentang cabaran yang hadir dalam hidup:

Hidup ini cukup indah. Penuh dengan misteri. Kata orang warna-warni. Adakalanya kita berduka, ada juga masanya kita gembira. Yang penting, dalam apa jua keadaan sekalipun, sentiasa ingat kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t. Syukur dan sabar; itulah  rahsia kejayaan.

Semakin matang kita semakin besar cabarannya.Allah tidak akan memberikan sesuatu di luar kemampuan kita.

Cabaran itu akan sentiasa hadir. Dan itulah gunanya kita, manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir. Namun harus diingat, kata Hamka, hujung akal adalah pangkal agama. Akal ini ada hadnya.

Setelah aku baca..aku terfikir bahawa tiada manusia yang tidak pernah mempunyai masalah atau tidak dihadirkan dengan cabaran yang hebat dalam hidupnya..tapi apa yang penting, setiap masalah, cabaran, dugaan yang datang menimpa,hadapilah cabaran dengan hati yang tenang,gunakanlah akal dengan bijaksana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi berlandaskan agama Islam. Dugaan atau cabaran yang datang sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa dan matang untuk meneruskan kehidupan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..