Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Sajak Nukilan Saya

Imej
    WAYANG KULIT SENI WARISAN                                              Suasana meriah Sebelum bermula Tua muda datang bertandang Memenuhi sejenak ceruk isi panggung Kedengaran riuh rendah di sana sini Mengerumuni si kelir Yang setia bercahaya Yang bakal menyingkap Nilai tradisi Hikayat Ramayana Menyulam seni warisan bangsa. Suasana bertukar seketika sepi Melihat bebayang hanuman Menjengah kelir Petanda panggung memohon beraksi Petanda bermula sebuah pengembaraan Hikayat   Ramayana menjadi ceritanya Beriringan muzik bersama hanuman Beriringan hanuman bersama dalangnya Hanuman berseni dari belulang Ke kiri ke kanan dibawa dalang Pendukung watak penuh setia Sesetia Sita Dewi menunggu Seri Rama Menyelamat diri dari Rawana Membawa aksi penuh mendebarkan Peperangan dasyat Sungguh luar biasanya Memukau hati isi panggung Menghibur hati hingga kepenghujungnya Melengkapkan kisah sebuah epik Menjulang tradisi gilang-gemilang. PETIKAN AKUSTIKMU MENGH

Cerpen nukilan saya (3)

Imej
  Cerpen: Kejujuran Berlandaskan Kesetiaan Jasmin memandu masuk ke kawasan kafe yang memang menjadi tempat persinggahannya setiap kali pulang dari kerja. Jasmin berjanji untuk minum bersama Aisyah teman sepejabatnya, tetapi dia terpaksa berganjak terlebih dahulu menanti Aisyah di kafe  memandangkan Aisyah masih lagi mempunyai urusan yang mesti diselesaikan dan berjanji untuk berjumpa dengan Jasmin di kafe.  Kelihatan kawasan kafe sungguh sesak diasak pengunjungnya yang mungkin singgah untuk mengisi perut mahupun ada yang sekadar minum-minum santai mahu melepaskan penat seharian bekerja. Jasmin memilih meja yang hampir hujung kafe memandangkan meja dibahagian tengah dan hadapan telah pun dipenuhi. Layanan mesra yang diberikan menjadikan kafe ini sentiasa mencuri tumpuan pelangannya. Fresh oren yang dipesan oleh Jasmin telah sedia disedup oleh Jasmin penuh kenikmatan. Rasa haus yang sedari tadi terus saja hilang . Suasana panas yang melanda dunia seb

Cerpen nukilan saya (2)

Imej
  Cerpen: Bukan Begitu Adikku                                               Pada pagi itu, kami sekeluarga menuju ke stesen bas untuk menyambut kepulangan Ina iaitu adik bongsuku yang hampir 3 bulan telah menyertai Program Latihan Khidmad Negara (PLKN) di Kulim, Kedah. Tepat jam 11.00 pagi, aku sekeluarga sampai di stesen bas Tanah Merah untuk menjemput Ina yang dijangka tiba jam 12.00 tengahari. Ketika sampai di stesen bas itu, aku dapat melihat ramai lagi ahli keluarga para pelatih PLKN yang lain tiba lebih awal dari keluargaku yang sungguh setia menunggu permata hati masing-masing yang sudah lama tidak ditemui tiba. Begitu juga dengan  ibu dan ayahku, melihat kepada riak wajah emak dan ayah, mereka sangat gembira  dan tidak sabar-sabar untuk berjumpa Ina, ayah sedari tiba tadi lagi berdiri tidak pernah lepas dari tadi memandang ke arah jalanraya yang menghubungkan stesen bas Tanah Merah dengan jalan utama bandar itu untuk bas-bas masuk mengambil d