Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Rindu Sangat..

Tengok-tengok kalendar dan hari kat dalam kalendar tu..banyaknya tugasan nak kena submit, seminggu tu ada lebih kurang 8 asigment yang mesti kena siap..sempat ke ni?? Masa-masa macam ni aku rasa rindu sangat-sangat kat rumah di kampung..kan best law dapat balik..rindu sangat-sangat terutama kat mak dan ayah dan dua orang adik aku tu (sorang tingkatan 5 dan sorang lagi darjah 3). Masa kat rumah cuti sem, ngan diorang la aku suka gaduh, kongsi cerita dan suka-suka mengilai.. Tengok kalendar lagi, hari ni dah masuk 20 Syaaban, tinggal 10 hari lagi nak masuk bulan yang mulia bulan Ramadhan..bestnya law dapat puasa kat rumah erk..Tapi ni lah nasib seorang pengembara... Kalau perasaan aku rasa rindu kat rumah macamni, aku tak boleh nak telefon kat rumah..sebab aku tahu, kalau aku telefon dan dengar suara mak..aku terus boleh nangis..waaa...rindu, rindu,rindu rumah...

Frustnya...

Hari jumaat macam biasa aku masuk kelas Kesusasteraan Panji..masih mengantuk sebab semalannya aku keluar pergi MPH di Mid velly. Dengan ini terang lagi bersuluh tiga kali aku keluar minggu ni sebab nak cari buku untuk projek ilmiah aku (tak pernah aku buat begini sebelum ni). Tapi akhirnya, aku jumpa jugak dengan buku yang aku nak tu, Impuls/Roh kat MPH. Kawan aku yang ternampak buku ni dulu, dia tunjuk kat aku..terus je aku peluk dia sebab aku memang dah putus asa nak cari buku ni sebab dah banyak kedai buku aku pergi cari, semuanya tak ada. Last-last dapat jugak..Ingatkan senang je nak cari buku ni, rupanya nak cari buku yang betul-betul kena dengan tajuk kajian kita ni susah jugak sebenarnya... Tapi kat kelas tu pulak, aku betul-betul frust..huhu..buku yang aku nak kaji satu lagi sama dengan budak kelas aku. Dia pun nak kaji jugak buku tu, dahla kami ni di bawah penyelia yang sama, confirm-conform aku kena tukar buku aku yang sama dengan dia tu..tapi nak buat macam mana, nampaknya k

Civilian

Bila aku tengok budak-budak Palapes kat kolej aku terkejar sana terkejar sini..aku terfikir jugak.."kenapalah diorang ni susahkan diri masuk palapes, hari minggu tak sempat nak rehat sebab ada training..penat betul", kesian aku tengok.. Teringat pulak masa awal-awal aku masuk kolej ni, dulu aku kolej lain, tapi gara-gara aku pun macam minat jugak nak jadi Palapes Army, aku pun tukar kolej tuk jadi Palapes Army. Itu pun aku sampai kolej ni kul 12 tengah malam.. Kat kolej aku sekarang (KOSASS), ada palapes navy dan juga army..yang tak jadi apa-apa tu di gelar "civilian"orang-orang biasa..aku sempat jugakla di gelar palapes navy..tapi tak lama, dua minggu je..hehe, badan tak boleh tahanla..terus je buat keputusan keluar baris and terus di gelar civilian.. Memang poyo betul aku ni, keluar kolej lama kul 12 malam gara-gara nak masuk palapes..tapi hampeh jew..sebulan pun tak sampai dalam palapes..Sebab tu lah, aku salute sangat kat kengkawan yang satu intake ngan aku yang

Mamai..

Hari Ahad yang best..hari ni lah hari ahad yang bebas daripada sebarang gangguan sepanjang mula sem baru ni..kalau tak, ada je aktiviti yang kena buat. Nak di jadikan cerita, pagi tadi aku sedikit lewat bangun sembahyang subuh..bila aku tersedar macam terkena renjatan eletrik, aku terus bangun dan tengok jam. Lepas tu aku dengar suara orang berceramah datang dari laktop aku atas meja dekat ngan aku tidur. Terkejut jugak, sedangkan laktop aku tutup..mula-mula seram jugak..terus je aku bangun dan belek-belek laktop aku tu kiri dan kanan..(dalam hati, kenapa ni laktop kau boleh bunyi..aku tak on kan kau pun, ke semalan aku tak shut down...) Rupanya-rupanya suara orang ceramah tu datang daripada bawah, bila aku jenguk-jenguk kat luar jendela, seorang Pegawai PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) sedang bagi ceramah kat palapes-palapes baru. Laaaa....aku garu-garu kepala aku yang tak gatal dengan muka mamai lagi.. Macam manalah aku boleh kata suara tu datang dari laktop aku sedangkan

Bad Moodd.....

Hari ni aku rasa bad mood sangat..sebabnya kenapa?Aku sendiri pun tak tahu..tapi memang aku tak rasa happy pun..huhu.. Maybe sebab aku penatla agaknya kut..dalam seminggu ni tak berapa cukup rehat sangat.. Apapun..esok aku nak rehat sepuas hati kejap (tu pun sampai setengah hari je) sebab sebelah petang aku ada kerja pulak nak kena di siapkan..huhu.. Jadi, baik aku wish kat diri sendiri..Happy Holiday untuk hari esok.. Hahahaha..sukanya hatikuu..:-)

Sambungan Teka-Teki 31-35

31. Apakah ia rumah di bawah, tiangnya di atas? 32. Dalam banyak-banyak benda ni, kalau di potong sampai kecik mana pun, namanya tetap sama tak akan berubah sampai bila-bila. Apakah benda tu? 33. Dalam banyak-banyak mangkuk, mangkuk apa yang tidak boleh diisikan makanan? 34. Apakah namanya yang diapit oleh warna merah dari atas dan bawahnya, di tengah-tengahnya berwarna putih? 35. Dalam banyak-banyak mata, mata apa yang boleh di makan?

Sambungan Teka-Teki 26-30

26. Dalam banyak-banyak lembu, lembu apa yang orang paling suka cari? 27. Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang pakai baju? 28. Dalam banyak-banyak bunga di dunia ni, bunga apa yang pandai menyanyi, sedap pulak suaranya tu. 29. Dalam banyak-banyak dunia, negara mana yang paling banyak pensil? 30. Bunga apakah apabila di siram ia akan mati?

Sambungan Teka-Teki 21-25

21. Kalau kucing duk dalam hutan kita panggil kucing hutan, tapi kalau kura-kura duk dalam kapal terbang jadi apa? 22. Kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila? 23. Kucing apakah yang menpunyai sembilan kaki..? 24. cuba teka, Bin apa yang selalu dapat makan free aje? 25. Sungai apa yang sentiasa slim...?

Sambungan Teka-Teki 16-20

16. Dalam banyak-banyak burger kat dunia ni, satu burger je boleh jadi raja, cuba teka burger apa yang boleh jadi raja tu? 17. Ada beza antara lampu stadium dengan lampu bilik, kalau diri bijak bestari, cuba jawab apa bezanya? 18. Dalam banyak-banyak spanar, spanar apa yang paling berjaya? 19. Kenapa orang yang sembilih ayam tak pakai baju kaler putih? 20. dalam banyak-banyak air yang kita minum, air apa yang kita minum tu...kita kena mintak lagi, lagi dan lagi...?

Sambungan Teka-teki 11-15

11. Dalam banyak-banyak makanan yang boleh di simpan, Makanan apa yang di simpan lama takkan busuk? 12. Apakah permainan yang terbang masa pergi, Dan kena berenang masa balik..? 13. Perkara apa yang kita tak sedar apabila dia dah naik, dia takkan turun balik sampai bila-bila.? 14. Dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang paling di sukai orang? 15. Dalam banyak-banyak rumah, rumah siapa yang paling banyak hantu?

Sambungan Teka Teki 4-7

4. Jika aku di cium berbau harum mewangi, Tapi diriku alah pada benda hitam. 5. Jikalau tuan bijak laksamana, Cubalah teka Sel apakah yang berada di luar badan kita? 6. Di pakai di jari sangatlah cantik, Semakain panjang kuku semakin menghilang. 7. Di bawa bergerak ke kiri kanan, ke atas bawah, Walaupun aku ada kaitan dengan sejenis binatang, Tapi aku tak mengigit tangan yang memegangku, Cubalah teka siapakah aku? 8. Dalam banyak-banyak telefon, Hanya aku yang menpunyai tangan. 9. Aku di sayangi oleh tuanku, Disimpan kemas di dalam dompet, Kemana pergi sentiasa dibawa, Pabila di cucuk, berbuah wang ringgit. 10. Diriku boleh dipanjangkan, di bulatkan, di leperkan, dan diolah menjadi pelbagai bentuk. Tapi jika terlepas boleh termakan diri sendiri. Cuba teka apakah itu?

Teka-Teki Kita..

1. Berbadan Langsing seperti wanita, Bila di petik aku bersuara, Menjadi penghibur di kala waktu sunyi. 2. Aku kurus jika di biarkan berseorangan, Tapi jika di ikat bersama-sama, aku amat berguna. 3. Berdiri teguh dengan setia, Badanku bewarna merah,kuning dan hijau, Tanpa diriku boleh jadi porak peranda.

Hari Yang Sangat Penat..

Hari ni aku dan kawan-kawan kelaur pergi ke DBP,BOODERS di Times Squire, Kedai buku Sg. Wang...memang tersangat-sangat penat..lenguh habis sendi-sendi, kaki ni pulak usah cakap,memang dah rasa nak tercabut...aduhhh..Tuhan saja yang tahu bertapa letihnya hari ni... Tapi yang paling meletihkan bila keluar ni dah sah-sah la habis duit..tapi tak kisahla law habis duit semata-mata keluar beli buku, masalahnya buku yang aku nak cari langsung tak ada bayangan..tiga-tiga tempat pergi dan cari semua tak ada..aku cari novel yang bermutu untuk dianalisis sebagai projek ilmiah aku...uhmmmm..tapi hampeh..habuk pun taraaa...yang banyaknya novel-novel jiwang, aku sangkut jugak kat novel jiwang ni, kalau beli dah confirm aku tak buat keja laa..lebih baik aku kawal tangan aku ni daripada amik novel-novel tu.. Saper-saper yang ada ternampak novel Impulse Roh karya Sri Rohayu Mohd Yusof..boleh la calling-caling iii....heheh

Kat Kelas T.....

Hari ni masuk kelas satu ni buat kepala aku sangat, hati aku pun jadi sakit jugak.. Buat apalah kasi ilmu kalau tak ikhlas... Pastu aku terdengar pulah dala sipi-sipi di telinga aku ni yang seorang tu cakap.."Kenapalah suara korang semua ni macam kucing"...Kata perempuan sorang tu.. Orang yang berpangkat Prof. pun tak pernah lagi tau aku dengar cakap kata-kata macam tu kat pelajar-pelajar dia..termasuklah yang berpangkat Dr. sekalipun.. Aku hormat dia nak beri ilmu, tapi dia juga perlu hormat perasaan aku dan kawan-kawan sekelas s aku yang lain jugak sebagai penuntut ilmu, kitorang pun ada perasaan jugak..saling menghormati kan tak rugi... Kalau lah dia tu terus berperangai camtu...aku tak tahula apa nak jadi lagi kat kelas... Kalau hati tak sakit. kepala yang sakit...kalau dua-dua tak sakit...aku rasa habis-habis aku boleh memekik je...

Sajak Nukilan Aku...

KERANA NAFSUMU Kerana nafsumu Mengatasi batas keimanan Tanpa rasa jijik seganmalu Pada Tuhanmu Zina yang haram kau bolosi. Kerana nafsumu Akhirnya mencerna benih haram. Kerana tiada yang mahu Menanggungjawabnya Engkau tegar membunuh Zuriat dari rahimmu sendiri Dengan masih bersisa darah dari badanmu Bebas engkau mencampakkannya Asalkan tiada mata yang melihat Perbuatan kutukmu itu Sememang engkau terlupa akan diri-Nya Maha Mengetahui akan segalanya. Kerana nafsumu Langsung kau biarkan ia Dimamah rakus binatang buas Dikerumuni sesemut dan lelalat Bagaikan sampah busuk Bagaikan bangkai tiada bernyawa. Tanpa kau ketahui bahawa Di kemudian hari nanti Dirinya datang menuntut nyawamu. BUNGA SUNTI Katanya… Aku ibarat Bunga sunti Yang masih mencari arah matahari Yang mahu disirami kasih sayang Yang mahu dibajai ilmu berguna Untukku Tumbuh subur membesar Harum kembang me

Broadband....Broadband

Aku tension sangat dengan broadband yang baru aku beli ni, sampai semalan masih tak boleh guna-guna lagi..dah la kat kolej tak dapat nak online sejak awal sem lagi..kerja kuliah pun makin hari makin banyak yang memerlukan line internet ni..kenapalah Uspott ni buat hal..biasa ok,ok je.. Tapi, nasib baikla ada kawan aku yang baik ni bagi aku guna laktop dan broadband dia...law tak,tak tahula..mesti aku kena bermalam kat fakulti tuk cari line internet...Thank You Ti sebab selalu bagi guna laktop and broadband you...(mengayat la ni, manalah tahu lain kali nak guna lagi)hehe.. Tengah hari ni, lepas je balik makan kat bilik ti tadi, aku naik buka laktop kat bilik aku, sebelum cucuk broadband kat laktop aku, aku baca Bismillah banyak-banyak dan pejam sebelah mata..tengok-tengok dah dapat guna dah broadband aku ni...tak sia-sia aku bomoh tadi...hehe Memang syukur sangat-sangat sekurangnya banyak kerja dah tak bertangguh gara-gara tak ada line internet dan aku tak payah menyusahkan ti lagi... H

Cross Campus..

Huuuhh...bahagianya lepas lari merentas kampus pagi tadi... Walaupun aku tak menang...tapi aku gembira sebab kolej aku dapat tempat pertama berpasukan wanita...cayalah KOSASS... Tapi kecewa sikit sebab berpasukan lelaki dapat tempat kedua je, biasanya KOSASS yang menjulang piala kedua-dua ketogori ni..tapi kali ni tak pulak..frush sangat...tapi nak buat macam mana dah nasib kan..huhu Apapun..memang Diamond KOSASS paling mantap laaa...takder kolej lain boleh lawan...Go,go,go KOSASS go...:-)

Masih Terasa..

Pemergian sahabat yang dipanggil untuk menghadap yang Maha Esa tidak di duga memang susah untuk di lupakan..kekadang terngiang-ngiang wajah dan senyumannya... Sesungguhnya aku sangat mengingati dan merinduinya... Pemergiannya menuntut aku berfikir... Mungkin hari ini dia telah pergi menghadap yang Maha Esa dan sempurnalah sudah tugasnya sebagai hamba Allah di muka bumi...Entah esok atau lusa kita tidak tahu mungkin kita juga akan di panggil untuk menghadap-Nya kerana ianya telah tersurat dengan penuh rahsia di tangan yang Maha Kuasa... Tetapi aku juga berfikir..cukupkah bekalan yang akan aku bawa ke sana?

Allah Lebih Menyayanginya...

Malam Ahad yang lalu, aku terima satu mesej daripada seorang sahabat aku yang mengatakan sahabat baik aku masa form 6,duduk sebelah, ambik gambar bersama, buat homework sekali meninggal kemalangan di Perak... Aku terkejut sangat dan tak percaya sebab aku baru buka facebook aku dan tengok dia baru upload gambar aku ngan dia..sempat jugak aku tengok dia chat dengan kawan-kawan yang lain tanpa menunjukkan sebarang tanda yang dia akan pergi untuk selamanya... Walaupun aku dan sahabat-sahabat yang lain tidak sempat untuk menziarah jenazah, tapi doa kami sentiasa untuk arwah semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan golongan para soleh dan solehin..moga rohnya aman di sana..Mungkin Allah lebih menyayanginya dan pemergiannya kami terima dengan redha.. Al-Fatihah buat Siti Munirah Othman...dan takziah buat kuarga..

Hari First Jumpa Penyelia Projek..

Ermmm...kena cari tajuk lain.. kata Dr Kamariah tajuk yang aku nak kaji tu dah ramai orang kaji... aku setuju sangat... tapi aku tak tahu la nak kaji pasal apa lagi.. tak apa-tak apa..aku nak pikir dulu.. yang penting Dr. K kata..kena banyak membaca n paham apa yang aku nak kaji sebenarnya..cari idea-idea baru yang rang lain tak pernah buat kajian lagi.. Dr. Kamariah banyak sangat bagi support... Terima Kasih Dr...