Mamai..

Hari Ahad yang best..hari ni lah hari ahad yang bebas daripada sebarang gangguan sepanjang mula sem baru ni..kalau tak, ada je aktiviti yang kena buat.

Nak di jadikan cerita, pagi tadi aku sedikit lewat bangun sembahyang subuh..bila aku tersedar macam terkena renjatan eletrik, aku terus bangun dan tengok jam. Lepas tu aku dengar suara orang berceramah datang dari laktop aku atas meja dekat ngan aku tidur. Terkejut jugak, sedangkan laktop aku tutup..mula-mula seram jugak..terus je aku bangun dan belek-belek laktop aku tu kiri dan kanan..(dalam hati, kenapa ni laktop kau boleh bunyi..aku tak on kan kau pun, ke semalan aku tak shut down...)

Rupanya-rupanya suara orang ceramah tu datang daripada bawah, bila aku jenguk-jenguk kat luar jendela, seorang Pegawai PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) sedang bagi ceramah kat palapes-palapes baru. Laaaa....aku garu-garu kepala aku yang tak gatal dengan muka mamai lagi..

Macam manalah aku boleh kata suara tu datang dari laktop aku sedangkan dah sah-sah suara tu dari luar bilik aku...betul-betul mamaila aku ni..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..