Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Citer Piala Malaysia 2010

Imej
  Ermmm...tengok tv sekarang kat channel 801 ada siaran ulangan bola sepak semalan..apa lagi,tengok sekali lagi..hehe,suka aku tengok balik sebab Stadium Bukit Jalil menjadi lautan merah dipenuhi oleh penyokong Kelantan..memang fanatik,law aku tak balik kampung,agaknya aku dah jadi salah sorang yang fanatik kat dalam stadium tu kut..:-)sebanarnya aku bangga dengan penyokong-penyokong Kelantan ni..sanggup mereka datang dari jauh semata-mata nak bagi sokongan tuk  tak kira tua muda, laki dan perempuan...memang terbaik..(termasuklah ngan si dia...hati-hati ya balik nanti) Tu bahagian penyokong...ni nak citer pulak bahagian pemain Kelantan..aku memang bangga betul dengan penjaga gol Kelantan iaitu Khairul Fahmi..umur baru 21 tahun..tapi disebabkan sumbangan dialah jugak N9 agak susah sikit nak menjaringkan gol..kiri kanan, atas bawah bola datang..Alhamdulillah dapat dia tepis..muka dia macam cina gitu..memang bagus sangat dia jaga gawang gol tu..tapi semua pemain Kelantan memang main den

Mula

Imej
Kat Kelantan ni agaknya dah mula masuk musim tengkujuh nie,hujan daripada pagi tadi sampai malam nie tak behenti-henti..dahla lebat pulak tu,aku rasa law kawasan yang mudah naik air ni mesti dah banjir..tapi kawasan rumah aku nie..Alhamdulillah...masih selamat daripada banjir.. Ermmm...bila balik rumah nie,aku memang jadi malas nak study..(macamla bila duk kat kolej aku ni rajin study..hehe,poyo je kan!!!)Tapi..siyes malas betul aku nak study...tambah-tambah pulak ngan hujan lebat camni..orang kata tidur pun sodap..hehehe.. Wahhh...bagai terdengar-dengar selimut dan katil memanggil-manggilku tidur..~~~lalalalala~~~ Buka tangan dua-dua belah sambil kira tidur ke study...tidur ke study........:-)

Air mata

Imej
  Air mata aku jatuh berguguran saat 94 minit perlawanan Kelantan menentang N9 tamat...Ya Allah..syukur sangat-sangat akhirnya kejayaan milik Kelantan..tak sia-sia korban suara malam ni sokong pasukan "The Red Warriors" ....... Cayalah...memang yang terbaik pasukan klate kito..Tahniah buat semua...Expecially semua penyokong Klate yang menjadikan Stadium Bukit Jalil gamat male nie...memang terbaik.. 

Anda Semakin Matang Bila...

Imej
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung. Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain. Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu. Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam p

Kebesaran Hari Jumaat

Imej
Oleh Idris Musa idris@hmetro.com.my JIKA orang Yahudi selalu bermegah dengan hari Sabtu sebagai hari kebesaran mingguan mereka, orang Islam pula dengan hari Jumaat yang disifatkan penghulu segala hari dan hari raya mingguan umat Muslimin. Jumaat mendapat penghargaan istimewa berbanding hari lain sehingga dalam al-Quran dinamakan satu surah iaitu al-Jumu'ah yang diturunkan di Madinah dengan 11 ayat. "Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (al-Jumu'ah:9) Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, ia dinamakan surah al-Jumu'ah (hari Jumaat) kerana pada ayat 9, Allah Taala memerintahkan umat Islam segera ke tempat solat Jumaat sebaik saja mendengar seruan azan serta meninggalkan urusan kerj

Malam ni

Imej
Malam ni nak balik kampung...dah rindu sangat-sangat pada ibu dan ayahku nie dan jugak umahku...tapi yang sedihnya..huhuhuh..kena pergi stesen putra sorang-sorang dan naik bas sorang-sorang...ada saper-saper yang volentier nak temankan aku tak..???heehe Harap-harap dapat sampai ke rumah dengan selamat..Aminnn:-)

Excited

Imej
  Huhhh...tak sabar rasanya nak tengok perlwanan akhir Piala Malaysia...negeri kebanggaanku Kelantan akan menentang juara musim lepas iaitu Negeri Sembilan..Tapi..harap-harap pasukan The Red Warriors akan menang malam esok...aku dah excited nie,yang lebih excited aku boleh sorak sepuas hati sebab aku boleh tengok tv kat rumah...haaa...apa lagi,bergoncanglah umah aku malam sabtu nie..heheh Tapi law boleh pegi tengok live kat stadium Bukit Jalil kan best..tapi ada orang tak bagi..dia cakap "orang pompuan tengok-tengok kat umah jea.."hehehe..so,aku ikut je..:-) Apapunn...aku memang dah excited dah nie...harap The Red Warriors akan menang.."Gomo Kelate Gomo"hahaaha...

Bila Waktu Tlah Berakhir

Imej
  Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick Bagaimana kau merasa bangga Akan dunia yg sementara Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi Meninggalkan dirimu Bagaimanakah bila saatnya Waktu terhenti tak kau sadari Masikah ada jalan bagimu untuk kembali Mengulangkan masa lalu Dunia dipenuhi dengan hiasan Semua dan segala yg ada akan Kembali padaNya Bila waktu tlah memenggil Teman sejati hanyalah amal Bila waktu telah terhenti Teman sejati tingallah sepi Jika benar-benar dihayati algu nie,rasa sayu datang menerjah dengan tiba-tiba jea...

Sekejap Je

Imej
Hari ni akhir kuliah untuk semesta pertama 2010/2011...sekejap je waktu nie,rasa macam baru-baru je buka sem...aku pulak dah nak habis semesta lima dah..cepat betul masa berlalu...pejam celik-pejam-celik, insyaAllah tahun depan law ada rezeki dan panjang umur dah boleh graduate.. Arap-arap aku mampu buat yang terbaik dengan izin dari-Nya..aku bermohon agar dapat grad dalam ijazah kelas pertama...Aminnnn,sama-sama doakan ya...

Kalendar setahun 2011

Imej
  Sebelum ni mesti ada yang dah tengok kalendar mengikut bulan yang aku buat..yang ni lain sikit sebab ni kalendar untuk setahun yang baru aku buat..tengok ya... Haaa...ni lah yang terbaru...apa macam...hehehe,ada berani nak tengok kalendar nie...:-)

Harap

Imej
Aku harap dia akan berubah sebelum terlambat....kerana hari ni mungkin dia tak merasa kesan perbuatannya hari ni, tapi suatu masa nanti bila sampai waktunya pasti akan hadir kesan yang menyakitkan...aku tak mahu melihat dia sedih kerana aku pasti akan turut merasa sedihnya bila orang sekeliling nanti tidak mahu mempedulikannya...kerana itu aku berharap dia akan berubah...:-(

Teguran

Imej
Kadangkala teguran boleh disalahtafsir bagi orang yang menerima teguran. Setiap orang mempunyai sikap dan keperibadian yang tersendiri..tetapi kadangkala teguran yang diberi oleh rakan kepada kita seharusnya mana yang baik kita ambil untuk memperbaiki diri kita dan mana yang kurang baik kita buang terus ke tepi..Tapi..kenapa kita susah untuk menerima teguran orang lain pada diri kita sedangkan kita suka memberi teguran pada orang lain.. Ermmm...betul-betul tak faham dengan sikap orang-orang nie..

Teruja

Imej
  Aku sangat teruja ngan laman blog aku sekarang "Pesona Dunia"..law sehari tak buka blog rasa lain macam..sama macam mula-mula aku kenal facebook dulu jugak..:-) Semenjak dah tahu macamana cara nak tambahkan gadjet baru kat blog, aku kadang-kadang boleh habiskan masa sehari suntuk mengadap laktop dengan menghias blog jea..memang teruja sangat..dulu masa tak tahu, nak buka blog pun tak da mood..tapi sekarang dah lain...rupanya banyak lagi perkara yang kita boleh ubah suai untuk menjadikan blog kita tampak lebih menarik..bukan sahaja menarik untuk orang lain baca,bahkan diri sendiri.. Bangganya ada blog ni ya...Heehhe:-)

Selepas..

Imej
  Selepas minggu ke-14 iaitu minggu terakhir kuliah nie dan semua asigment dah setle lepas ni, nampaknya aku kena syukur banyak-banyak...sebab semesta ni, asigment dan kelas betul-betul padat sampai ke hujung hari kuliah..memang memenatkan.. Tapi sekarang kena bersabar dulu lsebab ada lagi asigment fotografi yang tak selesai lagi. Tambah pulak dengan nak link kan website aku kat Dr. pun tak dapat-dapat lagi.. Dahlaa aku cuba nak memperindahkan blog aku nie dengan nak cuba masukkan lagu dalam blog pun tak dapat jugak..aduhhh..dah tiga jam aku geledah blog, tapi masih tak dapat-dapat jugak..apalah nasib...huhhuhu

Camana ni..

Imej
  Macammanalah nak link kan website kat blog nie..dah la tempoh yang Dr. bagi dah tamat dh nie..bimbang betul la.. cuba hantar kat Dr. guna email..tapi tak boleh jugak...camana ni..ada sapa-sapa boleh tolong tak..???

Alif Satar - Cukup Indah (MTV @ Muzik25)

Tajuk Lirik/Lagu: Cukup Indah Artis: Alif Satar Tak pernah aku menjauh darimu Meninggalkan cinta kita Tak pernah aku meluka hatimu Perasaan dan jiwamu Segalanya telah ku serah Hanya engkau terindah.. (Korus) Hanya kerna kau yang cukup indah Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai Ku tahu kau mahu ada di hati Untuk didampingi untuk disayangi Tiada yang lain selain dirimu Kekal tinggi di hatiku Tiada pengganti yang mampuku cari Yang secantik diri kamu Cinta ini untuk dirimu Rasa ini untukmu (Ulang Korus) (3x) Hanya kerna kau yang cukup indah Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai Syokk sangat dengar lagu nie, baper kali aku ulang dengar...meh dengar sama-sama yea..:-))

Biar Gemuk

Imej
Baruku tahu upernyer ikan saya kat sebalah kanan blog saya tu boleh bagi dia makan rupanya..nasib baik rumateku bagitaw lepas dia buka blogku tadi (thank you chah..)..law tidak harapkan aku bagi makan, mati kelaparan la ikanku yang cute lapan-lapan ekor tu..hehehe:-) Haa...lepasni, saper yang singgah baca blogku..jangan lupa murahkan rezeki dan gatak-gatalkan tangan bagi ikan-ikanku yang cute tu makan yea,biar jadi gemuk mesti tambah cute ikan-ikanku itu..:-)  Tapi ingat..baca blog jugak taw,jangan bagi makan ikan jea...hehehe

MAYA

Imej
  Assalamualaikum w.b.t..dan salam sejahtera... Pertama-tamanya sudah tentu saya dedikasikan apa yang termuat dalam ruangan ni merupakan luahan pengalaman saya setelah hampir 14 minggu  saya mengambil subjek BBK 3408 Sastera Dalam Multimedia. Jika ditanya tentang perasaan mengambil kursus ini, sudah pasti tiada gambaran perasaan lain yang dapat saya ungkapkan melainkan perasaan seronok dan teruja kerana pelbagai perkara baru telah saya perolehi sepanjang mengambil kursus ini. Perasaan teruja mencuba banyak perkara baru, seronok dapat menghasilkan video klip sendiri terutamanya dapat masuk youtube merupakan kenangan yang paling saya takkan dapat lupakan. Sebelum mengambil subjek nie,jujur dan ikhlas pengakuan daripada hati saya saya memang seorang yang buta IT,namun selepas daripada saya belajar dalam kursus ni memang banyak sangat perkara baru yang saya telah saya pelajari. Memang tidak dinafikan bahawa banyak cabaran terutamanya dari segi tugasan yang yang diberikan kadang-kalanya b

Doakan

Imej
  Esok kena berucap untuk asigmnet terakhir kelas ketrampilan..minta doakan agar dapat buat yang terbaik yea.. Huuhh...nak tido pun tak lena pikirkan hari esok..:-) *********Gud Luck Hidayati**********

Aku dan Sekitar Pemeran Bahasa Dalam Multimedia

Imej
  Alhamdulillah...akhirnya berjaya jugak pameran bagi subjek bahasa dalam multimedia,walaupun sederhana tapi meriah dengan sokongan daripada semua..tapi yang sedihnya,hasil fotografi aku tak masuk pun dalam pemeran tu..hampeh betul la bab-bab ambik-ambik gambor nie..:-) Mari kita sama-sama tengok apa yang berlaku sekitar hari Pameran Bahasa Dalam Multimedia sepanjang 21-22 oktober yang lalu... Bersama dengan pensyarah Dr. Normahdiah Sheik Said dan pelajar-pelajar kursus BBM 3410

Finishing School

Imej
  Uhmmm...aku tengok kawan-kawan aku semua dah tulis pasal finishing school yang mula ari ni sampai esok..huuuhh...boring betul program nie..nasib baikla sekali kelas ngan kawan-kawan aku yang lain..cuma Zue ngan Hanna saja berlainan kelas...tapi tak sama kumpulann... Apapunnn...bila campur ngan pelajar-pelajar kos lain aku kureng suka..huhuhu Aku memang tak minat program macamni sebab aku memang tak suka bersosial dan satu lagi xminat ngan public speaking.. Ermmm...esok ada lagi..:-(

1 Malaysia 1 Integrasi

Imej
  Haa...mari sama-sama tengok video 1 Malaysia 1 Integrasi yang kumpulan kitorang buat bersama (Aku, Zatie dan Ila).. video ni untuk asigmnt Bahasa Dalam Multimedia.. Sampai tak tidur satu malam setengah hari buat video nie..hehe:-)ku berdoa dan berharap akan dapat markah yang terbaik..InsyaAllah..Aminn Jom Tengok!!! INGAT...1 Malaysia, 1 Integrasi taw...:-) Video ni sebenarnya mengisahkan tentang sambutan hari raya Aidilfitri yang disambut baru-baru ini yang mana bukan sahaja diraikan oleh ummat Islam sahaja, bahkan seluruh kaum di Malysia. Pelbagai kebudayaan terangkum kerana kita 1 Malaysia, 1 Integrasi. Hehhh..lupa pulak nak beritahu sekali nama production kami ialah AAI  Production..AAI tu ialah sempena nama ayah kami bertiga yang mana kami bertiga nie berbintikan Ismail...so, sebab tu la nama production kami..Anak-Anak Ismail Production...hehehehe

Tak Boleh

Imej
  Ermmm...lepas buat asignment,ingat nak tido..tapi tak boleh pulak..jam dah nak kul3 pagi,esok lak ada kelas kul 8.. hummm,kenapa tak boleh tido ni erkkkk..mungkin ke sebab... **** I miss someone..??????**** Who i miss...?????huhuuhu

Pecah

Imej
  Ermmm...petang tadi dalam waktu maghrib cuci kain..agak banyakla jugak..tapi bukan nak cakap pasal kain yang banyak tu, nak cakapnya..baldi aku telah menolak jatuh baldi kawan aku hingga jatuh pecah beterabur atas lantai.. Haaa..itu saja ceritaku..Sekian.. Heiii..aku ni memang cemerkap betulla..huhu (lain kali semayang maghrib dulu baru cuci baju taw..) Habis tu Hidayati..tak reti-reti nak ganti..????huhu

Bilik Tv

Imej
  Malam ni penuh je aku tengok bilik tv kat blok aku ni...musykil nie, Aku masuk bilik dan tengok apa intisari rancangan harini kat akhbar utusan online... Uhmmm...patutla,ramai-ramai budak tu nak tengok persandingan angkasawan negara Datuk Dr. Syiekh Muzaphar dengan pasangannya Dr. Halina .. Tema persandingan angkasawan negara ni ialah persandingan kayangan... Wowww...Hebat tuuu...

Maghrib

Imej
  Ada satu kisah yang aku tiba-tiba teringat bila masuk waktu maghrib..iaitu kisah aku tersalah baca doa qunut.. Tapi kisah ni hanya aku dan rumate aku sem lepas je tahu..maklumlah,tidur petang..sedar-sedar dah gelap.. Ingatkan subuh,rupa-rupanya maghrib...:-) Rumate aku si Syikin ni, pelik je pandang aku yang ngah solat sebelah dia,heran aku yang tengah semayang dan menghayati doa qunut tu..dalam hati aku "apasal ngan syikin nie,tenung aku gitu..baru perasan aku lawa ke?"hehe,..PERASAN TUL MINAH NI!!!:-) Ermm,tapi dalam hati aku..(biasa orang yang pandang aku pelik tu sebab dalah tu yang tak kena pada badan aku) lepastu,sambil-sambil aku solat tu,aku periksa diri aku sendiri tempat mana yang tak betul..Ya!tepat..memang ada suis yang tak betul pada badan aku masa tu..hehe..barulah aku perasan kenapa Syikin pandang aku lain macam tu..rupa-rupanya dia heran kenapa aku tadah tangan baca doa qunut waktu maghrib... Ya Allah... Lepas tu..Apa lagi..kitorang ketawa penuh perasaa

Kawad Konvo

Imej
  Awal-awal pagi lagi budak-budak palapes kolej aku ni dah riuh untuk turun ke markas ambik senapang tuk pembarisan kawad konvokesyen pada hari sabtu aritu, (tapi aku dah biasa dengan keriuhan mereka ni..) tak ketinggalan lah dengan rumate aku ni.Rumate aku ni palapes army... Bila aku tengok gambar-gambar diorang kat dewan besar berbaris menyambut ketibaan Canselor UPM, aku  bangga dengan diorang ni,rasa teringin dan menyesal keluar palapes pun ada...huhu Majlis Konvokesyen UPM kali ke-34 telah berlangsung bermula 9 sehinggalah 13 Oktober ini. Gambar-gambar yang aku upload bawah ni antara pelajar-pelajar kolej KOSASS atau lebih dikenali sebagai pelajar daripada kolej palapes UPM yang telah mengambil bahagian dalam upacara pembukaan majlis konvokesyen pagi sabtu lepas. Memang kemas dan bergaya la aku tengok diorang nie,semua dah macam leftenan muda selepas mendapat pentaulihan dah..Tahniah buat semua!! Bergaya Terbaik Tuanku Canselor, Sultan Sharafuddin Idris Syah Tegap dan Pe

Mendung

Imej
  Pandang kat luar...nampak mendung..bila sebut mendung ni..banyak benda pulak aku teringat... 1. Ermmm..sedapnya tidur... 2. Perutku terasa lapar.. 3. Kain di jemuran belum ku angkat.. 4. Teringat kat kampung.. Lagiii...nanti nak fikir...hehehe..

Blog Aku Suka Baca

Imej
  Bila aku buka blog..pasti pertama aku baca blog ni http://www.aammwa.blogspot.com untuk baca kisah-kisah Dr. Aku suka untuk tahu perkembangan Dr. kat luar negara sana..:-) Kedua pulak, aku suka juga dengan satu blog ni iaitu iluvislam.com ,kat dalam blog ni banyak sangat motivasi yang berguna untuk diguna dan disebarkan... Ketiga,haa..ni dah pastila blog kawan-kawan aku. .Ila amila , ntah ape-ape ntah dan yang lain... Yang pasti, aku seronok baca blog-blog nie,boleh buat hilang tension baca kisah-kisah orang nie..hehhe:-)

Board

Imej
  Aku suka hias board bilik aku ni, law meriah tu makin semangat aku nak study..tapi yang paling penting sekali kat board tu mestilah kalendar akedemik untuk setiap sem tu..maklumlah,senang sikit nak semak bila cuti..hehe Tapi sem ni aku dah jadi sedikit malas nak hias board ni sebab setiap sem kena tukar bilik..jadi sem ni aku hias gitu-gitu je tak sama macam sem-sem sebelum ni  Jom tengok apa yang ada kat board aku ni... Mungkin akan senget sikit kepala tengok gambar nie coz dah cuba perbetulkan,bila upload jadi  balik gini..pandai-pandai centerkan sendiri erkkk...ni keseluruhan board..:-) Haa...ni la kalendar akedemik aku tu,dah nak penuh dah higlight merah tu,maknanya.... (makananya...dah tak lamala nak cuti...)hehe,semua kat kalendar ni ada aku catit  tarikh test,tarikh tugasan yang perlu dihantar,tarikh peperiksaan final dan paling penting... tarikh balik kampung... Ermmm..yang ni pulak kad yang aku kena buat, gantung dan pakai masa minggu orientasi blok kat KOSASS, setia

Alamak!!

Imej
  Alamak! harini kantoi ngan seseorangla pulak,habis bocor segala isi hati bila dia buka blog aku nie,malu pun ada..huhuhu.. Harap dia tak makan hati ngan salah satu bahagian yang aku tulis tu,memang betul aku tuju buat dia..tapi niat aku untuk dia ikhlas..aku cuma nak dia faham tentang apa yang aku rasa masa tu je, tak lebih daripada tu..dan tak pernah sekali aku benci pada orang yang aku maksudkan tu..(sayang lagi adalaaa...)ahakkkss:-)

Suka

Imej
   Macam kata Ila Amila, aku memang suka makan biskut oat krunch dark chocolate..memang stok biskut ni tak pernah putus dalam bilik aku,bila-bila rasa je lapar, buleh terus buka dan makan. Biasa aku buat alas perut sebelum pergi kelas dan jugak makan tengahari masa hari minggu sebab malas nak kuar makan...:-).."hampeh!!memang pemalas betul"huhu.. Mari tengok stok biskut oat kat bilik aku: Haa..tu dia biskur kegemaran aku,  "oat krunch" Sekali ngan roti, roti tu pulak stok bekalan makan malam. Yang aku paling suka makan dan paling cepat habis yang   dark chocolate tu, sebab rasa dia macam chipmore..tapi lebih sedap   Jangan lupa cuba...mesti sedap...:-)  

Maaf

Imej
Mengapa orang suka mengucap kata maaf,sedangkan perkara yang sama tetap diulanginya..Perlukah kita memaafkannya??sedangkan kata maaf tidak bermakna apa-apa baginya. Arini minta maaf,esok buat lagi..kalau macamni,baik orang tu tak payah mintak maaf daripada aku lagi.. Bosan aku dengar kata "Maaf".

Kesian

Imej
  Kesian pulak aku tengok kawan aku sorang nie,duk termenung je sambil pegang handfone dia..tak sabar dia tunggu cik abang dia telefon..maklumlah...sebelum ni tiap-tiap hari boleh dengar suara kekasih hati,ni kena berpisah seminggu tanpa boleh berhubung...mesti rindu sihhhh...sabar ya Ila Amila...

Esok Raya Lagi...

Imej
  Alhamdulillah,akhirnya..hari ni sempurna sudah aku  berpuasa sunat bulan Syawal selama 6hari..(lohhh...hampehkan,aku ni baru habis buat puasa sunat Syawal ni kan,orang lain dah lama dah sudah...hehe) Jadi..esok aku raya buat kali kedua..Yipppiiii...:-)Ada orang nak raikan raya untuk aku pulak tu..ni yang seronok nie..hehe:-)