Citer Piala Malaysia 2010

 

Ermmm...tengok tv sekarang kat channel 801 ada siaran ulangan bola sepak semalan..apa lagi,tengok sekali lagi..hehe,suka aku tengok balik sebab Stadium Bukit Jalil menjadi lautan merah dipenuhi oleh penyokong Kelantan..memang fanatik,law aku tak balik kampung,agaknya aku dah jadi salah sorang yang fanatik kat dalam stadium tu kut..:-)sebanarnya aku bangga dengan penyokong-penyokong Kelantan ni..sanggup mereka datang dari jauh semata-mata nak bagi sokongan tuk  tak kira tua muda, laki dan perempuan...memang terbaik..(termasuklah ngan si dia...hati-hati ya balik nanti)

Tu bahagian penyokong...ni nak citer pulak bahagian pemain Kelantan..aku memang bangga betul dengan penjaga gol Kelantan iaitu Khairul Fahmi..umur baru 21 tahun..tapi disebabkan sumbangan dialah jugak N9 agak susah sikit nak menjaringkan gol..kiri kanan, atas bawah bola datang..Alhamdulillah dapat dia tepis..muka dia macam cina gitu..memang bagus sangat dia jaga gawang gol tu..tapi semua pemain Kelantan memang main dengan baik semalan tapi masuk separuh masa kedua baru nampak macam ada semangat sikit diorang main dan nampak dah mula jumpa rentak permainan..law nak banding dengan separuh masa pertama,tak senang duduk dah aku yang nengok nie..tak tahula..lebih dari jurulatih pulak aku nie..risau bebb..hehe. Timer kasih jugak buat penjaring gol semalan iaitu Badri dan Hairudin Omar (Hai-O)..

Apapunn..semua dah tahu keputusannya kan...Kelantan menang ke atas Negeri Sembilan dengan mata 2-1,
Tahniah dan syabas buat semua terutamanya jurulatih dan pemain serta yang pasti penyokong-penyokong setia The Red Warrior..

Info:Sempena dengan kejayaan Kelantan memenangi Piala Malaysia 2010 musim ini, seluruh  rakyat negeri Kelantan diberikan cuti peristiwa.."Kelantan memang Terbaik.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..