MAYA

 

Assalamualaikum w.b.t..dan salam sejahtera...
Pertama-tamanya sudah tentu saya dedikasikan apa yang termuat dalam ruangan ni merupakan luahan pengalaman saya setelah hampir 14 minggu  saya mengambil subjek BBK 3408 Sastera Dalam Multimedia. Jika ditanya tentang perasaan mengambil kursus ini, sudah pasti tiada gambaran perasaan lain yang dapat saya ungkapkan melainkan perasaan seronok dan teruja kerana pelbagai perkara baru telah saya perolehi sepanjang mengambil kursus ini. Perasaan teruja mencuba banyak perkara baru, seronok dapat menghasilkan video klip sendiri terutamanya dapat masuk youtube merupakan kenangan yang paling saya takkan dapat lupakan.

Sebelum mengambil subjek nie,jujur dan ikhlas pengakuan daripada hati saya saya memang seorang yang buta IT,namun selepas daripada saya belajar dalam kursus ni memang banyak sangat perkara baru yang saya telah saya pelajari. Memang tidak dinafikan bahawa banyak cabaran terutamanya dari segi tugasan yang yang diberikan kadang-kalanya betul-betul menguji kesabaran, tapi nama pun pelajar pasti tak lepas daripada semua tu,suka atau tidak harus kami cuba lakukan dengan sedaya mungkin.

Subjek Sastera Dalam Multimedia memang berbeza dengan subjek yang lain, sebelum nie..saya ingat orang yang mengambil bidang sastera hanya tertumpu kepada membaca sajak,syair dan cerita-cerita hikayat,tetapi sekarang baru saya sedar bahawa memang bertuah orang yang berpeluang belajar dalam bidang kesusasteraan terutamanya dalam kursus macamni. Sekarang saya sudah tahu macamana untuk menggunakan adobe photoshop terutamanya untuk menghasilkan kalendar, mic. front page untuk membuat web peribadi, mempunyai laman twitter, dan yang paling saya sayang dan menjadi tempat mencurah perasaan sekali ialah laman blog saya sendiri. Begitu banyak perkara yang saya pelajari hanya daripada satu kursus ini.Tanpa kursus nie, saya yakin semua perkara tu tidak akan saya temui.

Namun, disebalik kegembiraan tidak dinafikan juga terselit sedikit perkara yang mendukacitakan terutamanya cara pengajaran yang digunakan oleh dua orang tutor bagi subjek ini. Bukan niat saya nak memburukkan orang,lebih-lebih lagi orang yang telah mengajar dan memberi ilmu kepada saya. Mungkin coretan saya pada kali ini hanya sekadar memberi pendapat bahawa cara percakapan dan bahasa yang sedikit kasar digunakan kepada kami sebagai orang yang ingin menuntut ilmu kadang-kadang mengguris rasa. Tapi semua telah lama saya maafkan, mungkin itu merupakan pengalaman pertama mereka mengajar dan itu juga mungkin merupakan cara mereka untuk menyampaikan ilmu kepada kami. Tapi saya rasa tidak salah kita menggunakan bahasa yang halus dan lembut sebagai menghormati orang lain walaupun taraf kami lebih rendah, tapi kami juga insan yang sedang mencari dan meneguk ilmu.Apapun, saya tidak menyalahkan sesiapa,bahkan ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada tutor berdua kerana telah banyak berkongsi ilmu dengan kami.

Akhir kata saya dalam ruangan Maya yang saya tulis ini, saya sebanarnya ingin mengucapakan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kesayangan saya bagi subjek ni yang pasti orangnya jika dilihat daripada rupa paras seorang yang amat tegas dalam segala hal. Namun dengan ketegasan beliaulah yang telah banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Terima kasih buat Dr. Normaliza diatas kesudian memberikan ilmu kepada kami semua. Hasil daripada tugasan yang telah Dr. berikan terutamanya dalam menghasilkan kalendar, membuat laman web, membuat laman blog sendiri pasti akan kekal selamanya dalam ingatan saya kerana daripada kursus inilah segalanya bermula. Disinilah mulanya saya mengenali seorang pensyarah yang begitu baik hati dalam tegasnya, disinilah saya mula mengenali kehebatan dunia sastera yang sebenarnya, disinilah bermula segalanya...

Hingga itu, hanya yang dapat saya ungkapkan ialah...Terima Kasih yang tiada terhingga buat Dr. Normaliza diatas segala ilmu yang telah diberi dan dicurahkan...
Tidak lupa juga kepada dua orang tutorial yang saya kasihi juga iaitu Cik Siti Muslihah dan juga Pn. Aisyah yang juga telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat yang berguna,
buat kawan-kawan yang banyak membantu dan turut sama memberi bimbingan dan pendapat..kerana daripada subjek ini jugalah...hubungan antara  saya dan cousemate semakin terjalin mesra...dan yang pasti orang yang pasti tidak saya lupakan ialah kedua ibu bapa saya yang sentiasa menjadi sumber aspirasi saya walau dimana saya berada..sayang ayah dan ibuku selamanya..:-)

Akhir kalam...subjek Sastera Dalam Multimudia memang tiada tandingan,segala ilmu yang saya perolehi daripada kursus ini merupakan ilmu yang cukup berharga tiada nilainya tandingnya.Terimalah serangkap pantun daripada saya sebagai penutup kata:
    Dari Temasik hamba datang bertamu,
   Terima kasih Dr. atas segala ilmu.
 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..