Maghrib

 

Ada satu kisah yang aku tiba-tiba teringat bila masuk waktu maghrib..iaitu kisah aku tersalah baca doa qunut..
Tapi kisah ni hanya aku dan rumate aku sem lepas je tahu..maklumlah,tidur petang..sedar-sedar dah gelap..
Ingatkan subuh,rupa-rupanya maghrib...:-)

Rumate aku si Syikin ni, pelik je pandang aku yang ngah solat sebelah dia,heran aku yang tengah semayang dan menghayati doa qunut tu..dalam hati aku "apasal ngan syikin nie,tenung aku gitu..baru perasan aku lawa ke?"hehe,..PERASAN TUL MINAH NI!!!:-)

Ermm,tapi dalam hati aku..(biasa orang yang pandang aku pelik tu sebab dalah tu yang tak kena pada badan aku) lepastu,sambil-sambil aku solat tu,aku periksa diri aku sendiri tempat mana yang tak betul..Ya!tepat..memang ada suis yang tak betul pada badan aku masa tu..hehe..barulah aku perasan kenapa Syikin pandang aku lain macam tu..rupa-rupanya dia heran kenapa aku tadah tangan baca doa qunut waktu maghrib...

Ya Allah...

Lepas tu..Apa lagi..kitorang ketawa penuh perasaanlaa..Syikin cakap dia sendiri dah confius masa tengok aku baca qunut tu,ingatkan dia yang tersalah waktu..hahaha..

Dua-dua blurrr...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..