Cerpen nukilan saya

Cerpen: Antara Kasih dengan Cinta

Panas cuaca pada hari itu membuatkan Syafiqa merasa sedikit keletihan, pening dan kehausan. Namun disebabkan kakinya sudah tidak larat lagi untuk menjengah ke dapur untuk mendapatkan minuman bagi menghilangkan hausnya itu, Syafiqa hanya membiarkannya sahaja kerongkongnya yang yang haus sedari tadi itu terus haus. Langkahnya terus dimatikan sahaja dikerusi sofa di ruang tamu rumahnya, beg tangan dan kunci keretanya diletakkan sekaligus di atas meja. Syafiqa yang baru sahaja pulang dari bandar atas urusan kerjanya terus sahaja melabuhkan badannya yang keletihan itu ke atas sofa sambil memejamkan matanya. Baru beberapa minit Syafiqa ingin menghilangkan rasa penatnya, masa itu terus sahaja dicuri.
            Kelihatan ibu Syafiqa yang baru sahaja keluar dari biliknya menuju ke dapur sambil melihat kearah Syafiqa yang masih lagi tidak perasan dengan  kehadiran ibunya itu.
            “Dah balik Fiqa..?” sapa ibu Syafiqa apabila melihat Syafiqa yang kepenatan melelapkan mata di sofa itu.
            “Ya mak, penat sangat hari ini, dah la jalan sesak  masa pulang tadi, penat betul.” Rungut Syafiqa.
            “Fiqa nak air..?, biar  ibu ambilkan Fiqa air ya”
            “Boleh juga bu, lagipun Fiqa memang haus ni, Cuma penat je tadi nak jalan ke dapur untuk ambil minuman.” Jelas Fiqa sambil bibirnya menguntum senyuman.
            Sambil tersenyum, ibu terus sahaja berlalu ke dapur. Syafiqa pula terus sahaja bangkit dari sofa dan mengapai alat kawalan jauh televisyen. Sambil memilih saluran televisyen yang sesuai, sekilas Syafiqa terpandang ke atas meja tempat dia meletakkan tas tangannya tadi, terdapat satu kotak yang berbentuk dan berwarna merah hati disebelahnya. Hati Syafiqa begitu tertarik untuk mengambil dan membukanya.
“Cantiknya..” bisik hati kecil Fiqa setelah melihat sebentuk cincin emas bertatahkan belian kecil mengelilingi berlian sederhana besar yang bersinar-sinar di tengahnya. Mesti ibu punya ni, lagipun ibu memang suka membeli barang kemas daripada Kak Kiah Kecoh yang memang terkenal dengan jolokan nama demikian di kampungnya. Kak Kiah memang pandai mengayat pembeli-pembelinya terutamanya penduduk kampung yang memang menjadi pembeli setianya. Tersenyum sendiri Syafiqa terkenangkan Kak Kiah Kecoh. Namun, lamunan Syafiqa hanya seketika, Syafiqa tersentak dengan sapaan ibunya yang datang membawa minuman kepadanya.
“Fiqa suka cincin tu..?” Tanya ibu setelah melihat cincin yang dihantar rombongan meminang keluarga penghulu siang tadi sedang di pegang oleh Syafiqa.
“Ehh, kenapa ibu tanya Fiqa camtu, kalau ibu nak bagi Fiqa cincin ni, mestilah Fiqa nak, lawa cincin ni ibu..ibu beli daripada Kak Kiah ya?.”
“Fiqa ni, cincin tu memang milik Fiqa pun”
“Milik Fiqa..? apa maksud ibu..? Fiqa tak faham.” Berkerut dahi Fiqa menunggu jawapan dari ibunya.
“Ibu terima rombongan  meminang daripada keluarga penghulu siang tadi. Hafiz yang menghantar lamaran mahu meminang Fiqa.”
“Habis tu ibu terima..? soal Fiqa kepada ibunya.
“Ibu terimalah Fiqa, tu cincin yang Fiqa pegang tu sebagai tandanya, lagipun ibu berkenan sangat dengan budak Hafiz tu, baik budaknya, hormat orang tua, rajin,..susah nak cari lelaki macam budak Hafiz zaman sekarang ni. Fiqa sepatutnya gembira orang macam Hafiz tu melamar Fiqa.”
“Tapi ibu, kenapa ibu tak Tanya pendapat Fiqa dulu. Ibu kan tahu Fiqa takkan kahwin dengan sesiapa kecuali dengan abang Azman.” Nada suara Fiqa sedikit kecewa berbaur marah dengan kenyataaan ibunya yang langsung tidak menghormati dirinya sebagai seorang anak dalam membuat keputusan.
“Sudahlah Fiqa, ibu tak nak bertengkar pasal hal ni. Berapa lama lagi Fiqa mahu tunggu Azman tu, kalau betullah dia tu sayangkan Fiqa, dia takkan biarkan Fiqa tanpa ada apa-apa ikatan macam ni, sekurang-kurangnya dia ikat Fiqa dulu sebagai tanda Fiqa ni milik dia. Ni tidak, biarkan Fiqa macam tunggul je, suruh tunggu dia. Sampai Bila? Sampai Fiqa tu dah beruban, dah tak ada gigi baru nak kahwin!”.  Leter  ibu Fiqa panjang lebar.
“Ibu, hati Fiqa hanya pada abang Azman, lagipun abang Azman dah berjanji akan kahwin dengan Fiqa bila mak dia dah sihat nanti, sekarang kan mak dia sedang sakit, dia pun tak sempat nak fikirkan soal perkahwinan, tapi abang Azman dah janji akan kahwin bila maknya dah sihat nanti. Ibu pulangkanlah cincin ni balik pada Hafiz.”
“ Ibu dah lama bersabar dengan perangai Fiqa ni tahu, kenapalah Fiqa tak nampak-nampak yang Azman sekarang sedang tipu Fiqa. Kalau betullah dia nak kahwin dengan Fiqa, apa salahnya kalau dia kahwin dengan Fiqa sambil  jaga maknya yang sakit, bukan ke memberi kelebihan kepada dia, boleh Fiqa sama-sama jaga maknya yang sakit tu. Sebab tu lah mak kata Azman tu hanya bagi alasan semata-mata pada Fiqa, Fiqa tu  yang tak nampak-nampak. Ingat Fiqa!, umur Fiqa tu bukannya makin lama makin muda, tapi makin tua. Dua tahun lagi dah nak masuk 30 tahun. Fiqa tak malu ke orang gelar Fiqa andartu?”.
“Biarlah ibu orang nak kata apa, yang penting Fiqa takkan kahwin dengan Hafiz! Fiqa tetap dengan keputusan Fiqa untuk tunggu abang Azman”. Fiqa bangun berdiri untuk menuju kebiliknya.
“Baiklah, ibu dah lama bersabar dengan sikap kamu ni, Fiqa buatlah keputusan, kalau Fiqa pilih Azman, maknanya Fiqa dah buang ibu dan keluarga ni, begini ke balasan Fiqa pada ibu setelah banyak yang telah ibu korbankan sehingga Fiqa menjadi orang berjaya hari ini”.
“Ibu..”. luluh hati Fiqa mendengar ucap kalimat ibunya itu.
“Kasih-sayang ibu tidak dapat ditukar ganti ibu”..bisik hati Fiqa yang seakan menangis ketika itu.
                                                      ***
Sekejap Fiqa mengiring ke kanan, sekejap ke kiri. Hatinya sangat resah dan buntu memikirkan tentang  kejadian yang berlaku petang tadi benar-benar menggangu tidur dan  benak fikirannya. Hal yang terjadi membuatkan dirinya berada dalam dilema. Azman pula tak dapat dihubungi Fiqa sejak dari tadi kerana Azman  bertugas di luar Negara. Fiqa sendiri buntu memikirkan jalan penyelesaiannya.
 Fiqa bangun dan melanggkah lemah menuju kebilik air terus sahaja menjamah wuduk dan menunaikan solat sunat Istiqarah bagi menenangkan hatinya yang sangat tidak tenteram. Mana mungkin Fiqa boleh gembira setelah dirinya terpaksa membuat pilihan terhadap kedua-dua orang yang disayangi. Namum, disebalik kesucian solat yang menyucikan jiwa manusia yang benar-benar mengharapkan pertolongan daripada-Nya ternyata benar-benar membantu Fiqa.
Pagi itu, Fiqa bangun seperti biasa, namun tujuan dan hala tujunya selepas sarapan sahaja yang berbeza. Jika hari biasa begini, selepas sarapan Fiqa akan terus memandu menuju ke pejabat, tetapi berbeza arah tujuannya pada hari ini. Setelah lama Fiqa berfikir, akhirnya Fiqa nekad untuk berkunjung kerumah Azman disamping untuk melawat emak Azman yang telah lama sakit. Selama ini pun, bukan Fiqa tidak mahu pergi melawat, tetapi setiap kali Fiqa meluahkan hajatnya itu kepada Azman, pelbagai alasan diberikan. Fiqa sudah tidak mampu untuk menunggu sehingga Azman pulang kerana Fiqa ingin membuktikan sendiri kepada ibunya bahawa Azman sememangnya jujur dan tulus mencintainya. Sebolehnya, pertemuan Fiqa dengan emak Azman juga untuk memohon restu terhadap perhubungan mereka. Namun, apa yang diharapkan oleh Fiqa jauh sama sekali tersasar daripada anggapannya.
Fiqa tiba di halaman rumah Azman, kelihatan seorang wanita dalam lingkungan umur 50-an sedang menyapu halaman rumah tersebut. Ternyata wajah perempuan itu pernah dilihat Fiqa dalam telefon Azman dan Azman sendiri memperkenalkannya sebagai ibu kepadanya. Pelbagai persoalan mula menerjah masuk ke rawang fikirannya. Fiqa keluar dari keretanya dan menghampiri wanita yang dilihatnya tadi.
“Assalamualaikum mak cik,” sapa Fiqa sambil menghulur tangan sambil bibirnya menguntum senyuman.
“Waalaikumussalam” sambut kembali wanita tersebut.
“Kalau tak menggangu, saya nak tahu ni rumah Azman ke”. Tanya Fiqa dengan penuh santun.
“Ya, ya..betullah ni rumah Azman, Azman anak mak cik, tapi sekarang Azman tak ada kat sini. Kena bertugas kat luar. Anak ni siapa? Kawan Azman ke…?”.
Tersirat darah Fiqa menyelubungi seluruh badannya selepas mendengar pengakuan telus daripada wanita itu. Fiqa sendiri hampir rebah mendengar kenyataan itu. Sungguh tegar Azman memperlakukan dirinya seperti itu. Segala kata-kata kasih dan cinta yang disemai selama ini hanyalah mainan sahaja. Bukan sahaja cinta dan kasih-sayang, bahkan segalanya yang seharusnya dijaga seorang wanita untuk dihadiahi kepada seorang lelaki yang bergelar suami turut sama tergadai. Namun penyesalan Fiqa hanya tinggal sesalan sahaja. Bukan sahaja dirinya dikejutkan dengan keadaan emak Azman yang masih sihat, malahan ditambah pula tentang Azman yang bakal berkahwin dengan gadis pilihan hatinya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hancur luluhnya hati Fiqa dalam menghadapi kenyataan ini.
                                                      ***  
Fiqa dan Hafiz duduk di kerusi panjang yang muatnya untuk dua orang itu menghadap pantai membiru. Angin pantai yang sungguh tenang  mengelus lembut badan kedua-keduanya yang duduk membisu dibangku itu. Kaki Fiqa menguis-menguis pasir pantai, hafiz pula hanya mampu memandang perbuatan Fiqa itu.
            Fiqa mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Hafiz hari ini kerana ingin berterus-terang dengan Hafiz sebelum mereka disatukan menjadi suami-isteri seminggu lagi. Selagi Fiqa tidak memberitahu hal yang sebenarnya kepada Hafiz, Fiqa bimbang jika perkara ini diketahui daripada orang lain akan menimbulkan masalah yang lebih besar di kemudian hari nanti. Fiqa juga tidak sanggup untuk menipu Hafiz yang sangat baik terhadap dirinya  dan betul-betul ikhlas ingin mengahwininya.
            “Fiz, Fiqa akan terima apa sahaja keputusan Fiz samaada nak marah atau benci Fiqa sekalipun selepas apa yang Fiqa akan beritahu nanti pasti akan mengecewakan Fiz. Tapi Fiqa fikir lebih baik Fiqa beritahu perkara ni sebelum kita diijabkabulkan menjadi suami-isteri. Fiqa tak mahu Fiz fikir yang Fiqa hanya mempergunakan Fiz demi kepentingan diri Fiqa”.
            “Apa dia Fiqa, cakaplah..InsyaAllah Fiz dapat menerimanya, semuanya sudah tersurat di tangan yang Maha Pencipta sudah tiada sesiapa yang dapat mengubahnya”. Tenang sahaja Hafiz mengucapkannya.
            “Sebenarnya, Fiqa dah tak sama dengan gadis lain Fiz, Fiqa dah tak suci lagi, Fiqa pernah terlanjur semasa bersama dengan kekasih dahulu. Tak ada sesiapa pun yang tahu tentang hal ni, termasuklah ibu Fiqa sendiri. Sebab itu, Fiqa terima jika Fiz ingin batalkan perkahwinan kita sekalipun”.
            “Astagfirullah hal Azim..”..sayup keluar kalimah suci itu dari bibir Hafiz sambil kedua belah tangannya meraup mukanya seakan-akan menenangkan diri sendiri. Keadaan terus berlalu sepi.
                                                                 ***
Suasana sungguh meriah sekali didalam masjid setelah semua saudara-mara yang datang dari jauh mahu menyaksikan hari bersejarah dan bermakna bagi Fiqa. Dengan sekali lafaz sahaja, Fiqa sah menjadi isteri Hafiz. Gugur mutiara jernih laju di pipi gebu Fiqa tanda kegembiraan. Cincin disarungkan ke jari manis kedua-dua mempelai. Sungguh cantik Fiqa bergaun putih labuh dan bertudung ayu disamping Hafiz disisinya. Fiqa menyalami dan memeluk ibunya dengan erat, kerana tanpa sikap ibunya pada hari itu yang menyuruh Fiqa memilih antara Azman dengan keluarga telah membuka mata Fiqa untuk mencari kebenaran yang sebenar untuk dirinya.
“Terima kasih ibu”, ucap Fiqa perlahan sambil memeluk ibunya sambil  berderaian air mata berguguran jatuh.
“Sudahlah Fiqa, hari ni kan hari bahagia Fiqa, tak elok menangis. Emak cuma mahu Fiqa tahu yang  kasih-sayang ibu memang tiada penghujungnya. Tiada ibu yang mahu anaknya menjadi cacian masyarakat dan seorang ibu sudah pastinya mahu melihat anaknya bahagia dan sentiasa mendoakan kebahagiaan anaknya sehingga akhir hayat”.
Kini barulah Fiqa mengerti apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan cinta dan kasih-sayang.

"Terima Kasih kepada yang sudi membaca hasil karya cerpen saya ini, masih banyak lagi kekurangan saya untuk berkarya..diharap dapat sama memberi tunjuk ajar."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..