Baca

 

Baru beberapa minit tadi aku terbaca blog seorang pensyarah kat fakulti aku yang juga merangkap penyelia projek ilmiahku iaitu Dr. Kamariah. rasa nak marah dengan perangai mahasiswa yang tak pandai nak menghormati penyarah yang telah memberikan ilmu kepada kita.
Wahai mahsiswa semua..belajarlah menghormati orang yang lebih tua daripada kita,tambahan pula orang itu ialah para guru dan pensyarah kita..nilai ilmu yang diajarkan kepada kita tidak terbayar.Adab sopan dalam bertutur dengan pensyarah sepatutnya diketahui oleh semua mahasiswa. 

Jangan kerana markah yang diperoleh rendah,kita sebagai pelajar terus menyalahkan pensyarah. Nilailah dulu prestasi,kehadiran serta kewajipan kita sebagai seorang pelajar sepanjang kita mengikuti kelas semesta ini..kalau kahadiran pun sentiasa turun naik,macamana mahu memperoleh markah yang baik.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..