Tengok Gerhana Bulan..


Hmmm...Keajaiban dan Kekuasaan Tuhan memang tiada tandingnya..sesekali menginsafi diri juga bila tengok kejadian alam yang jarang-jarang berlaku...masa keluar Putrajaya tadi ngan kawan-kawan berkebetulan dengan malam berlakunya Gerhana Bulan betul-betul tepat kul 10.00 sampai kat Putrajaya..bulan pom berubah....

Info pasal kejadian gerhana bulan:


Kita memulakan 2010 dengan Gerhana Bulan Separa. Gerhana Bulan Separa berlaku pada jam 1.00 – 5.00 am pagi Jumaat. Selang 15 hari pada petang Jumaat akan berlaku pula Gerhana Matahari Cincin dari jam 3.01 – 5.38 pm. Aku pernah terbaca sekiranya berlaku Gerhana Bulan DanGerhana Matahari pada hari jumaat dalam bulan yang sama adalah pertanda akan berlaku bencana besar. Maaflah puas aku selongkar untuk cari sumber cerita ini tapi masih belum terjumpa.

Pada 12/01/2010 jam 4.53 pm waktu Malaysia telah berlaku gempa yang sangat hebat di Haiti yang membunuh ratusan ribu jiwa. Aku ada terbaca satu pesanan diTwitter yang menyatakan bahawa jumlah korban di Haiti mungkin mencecah 500,000 orang. Kalau mengikut tanda Gerhana ini Kita tunggu apalagi bencana besar akan menimpa manusia yang semakin jauh dengan Allah sehingga kalimah Allah pun manusia politik dan rebutkan.

Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut, hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada pandangan” – (HR. Bukhari dari Abi Barkah)

Apabila terjadi gerhana matahari, umat Islam disunatkan mengerjakan solat sunat gerhana matahari atau solat kusuf sebanyak dua rakaat, dan sunat pula dikerjakan secara berjemaah. Waktu mengerjakan solat kusuf adalah sejak matahari mula gerhana sehingga terang semula sepenuhnya. Sekiranya matahari terbenam dalam keadaan masih gerhana, masa solat kusuf habis dengan terbenamnya itu.

upernyer gitukan kejadian gerhana bulan nie,barulah faham..aper lagi..jom solat sunat kusuf dulu..:-)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..