Rinduku Ingin Menjadi Tetamu-Mu Di Sana..


Membaca entri blog salah seorang pensyarahku iaitu Dr. Kamariah Kamarudin http://kamariahkamarudin.blogspot.com/2012/10/pengalaman-haji-mengusik-nubari.html tentang pengalamannya mengerjakan ibadah haji ketika usia muda semakin mendalamkan rindu diri amba yang juga terasa ingin merasai nikmat menjadi tetamu rumah Allah…pengalaman menunaikan rukun Islam yang kelima itu pasti menjadi pengalaman yang paling bermakna bagi mereka yang telah menjejakkan kaki ke sana…InsyaAllah jika diizinkan oleh Tuhan suatu hari nanti ingin sekali diri amba membawa kedua-dua orang tua amba bersama-sama menjejakkan kaki ke bumi suci Makkah al-Mukarramah itu…melihat dokumentari-dokumentari dan dengan panggilan “laibai’kallah hummalaba’ik..laibakalasyarikalakala ba’ik” melahirkan rasa sebak dalam dada tuan amba…hampir setiap kali melihat mereka yang tawaf mengelilingi kaabah juga membuatkan hati amba merasa tersentuh..moga diri tuan amba akan dikurniakan rezeki dan dipanjangkan umur untuk tuan amba ingin merasa bagaimana perasaannya menjadi tetamu Allah..masihkah amba akan diberi peluang bertamu ke rumah-Mu Ya Allah..amba tumpang gembira kepada bakal-bakal jemaah haji yang bakal pulang ke tanah air tidak lama lagi..moga mendapat haji yang mabrur (yang diterima) oleh Allah s.w.t.

Dalam beberapa sabda dan hadis mesyariatkan manusia mengerjakan atau menunaikan ibadah haji..dipetik daripada http://tayibah.com/eIslam/Hajj.htm

Dari Abu Hurairah ra, dia berkata, Rasulullah berkhutbah kepada kami dan beliau bersabda, 'Wahai manusia, Allah telah mewajibkan ibadah haji ke atas kamu, maka berhajilah.' Seorang berkata, 'Wahai Rasulullah, apakah setiap tahun ?' Maka beliau diam sampai orang itu mengajukan pertanyaannya tiga kali. Maka Rasulullah saw. bersabda, 'Jika saya mengatakan 'ya' bererti menjadi wajib, dan kalian tidak akan sanggup melakukannya.' Kemudian baginda bersabda, 'Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepada kamu. Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kamu ialah kerana mereka banyak bertanya kepada nabinya. Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, maka kerjakanlah semampu kamu dan jika aku melarang kamu melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah ia'" (HR Muslim)

Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa ingin melaksanakan haji, hendaklah segera dilakukan, kerana terkadang seorang itu akan sakit, binatang kendaraannya hilang dan ada suatu perkara yang menghalang.” (HR. Ibnu Majah dalam Shahih Ibnu Majah, no. 2331)

Dari Ibnu Abbas, dia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Bersegeralah melakukan haji (iaitu haji yang fardhu) kerana kamu tidak tahu apa yang akan menimpa diri kamu pada masa akan datang." (HR Ahmad)

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang (ke Baitullah) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai-bagai jalan dan cerok rantau yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana kurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak untuk dijadikan korban, dengan yang demikian makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.” (Al Hajj : 27 - 28)

Allah berfirman: “…Ibadah haji itu adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Sesiapa mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, tidak memerlukan sesuatu dari seluruh alam.” (Ali-Imran: 97)


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَلَك

Labbai kallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak
Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu
yang tiada sekutu bagi-Mu



Ya Allah..Engkau panjangkanlah usia kami serta murahkanlah rezeki kami..dan berikanlah peluang untuk menjadi tetamu dirumah-Mu Ya Allah..Aminnn..^_^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..