Selamat Hari Lahir..


Untuk entri kali ni amba nak tujukan khas buat abang amba yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini iaitu Hairul Hisyam Bin Ismail..saja-saja amba tak nak ucap kat facebook, bialah amba berbicara kat blog jer..hihihi...tetiba rasa nak buat puisi lak untuk abang amba nieyhhh..jadi terhasillah puisi ini untuk abang amba yang amba kasihi nie ...^_^


Sempena ulang tahun kelahiran Hairul Hisyam Bin Ismail..
 
Dengan segala lafaz syukur harus dipanjatkan,
Buat Allah itu sudah pasti,
Kerana-Nya kita masih diberi peluang untuk  bernafas di bumi-Nya,
Moga sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh-Nya,
Diberi kesejahteraan hidup di dunia & akhirat...

Dengan segala lafaz syukur harus dipanjatkan,
Buat Allah itu sudah pasti,
Buat Ibu yang melahirkan kita jangan dilupa,
Buat Ayah yang tidak kenal lelah bekorban keringat,
Kenanglah jasa meraka selagi hayat di kandung badan,
Tidak rugi berbakti pada mereka,
 Kerana janji Allah pasti ganjaran indah menanti kita..

Dengan segala lafaz syukur harus dipanjatkan,
Buat Allah itu sudah pasti,
Semoga menjadi suami dan ayah mithali,
kewajipan jangan sekali di lupa,
Moga bahagia berkekalan hingga ke syurga,
Membentuk keluarga muslim sejati..

Tiada lafaz yang seindah  lafaz Syukur Alhamdulillah,
kerana masih diberi peluang untuk menatapi keindahan dunia sehingga hari ini,
Moga dirimu sentiasa di bawah keberkatan dan rahmat Allah S.W.T dan menjadi anak yang soleh, taat ibu dan ayah, menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk keluargamu..
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan keredhaan Allah selalu..
Aminnnn..

 
 

 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..