Tok Guru Sentiasa Dalam Ingatan..Al-Fatihah



Al-Fatihah buat Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  


Bismillahirahmanirahimm..dengan lafaz yang mulia amba mulakan sebelum mencoret entri ini..af-fatihah buat insan mulia yang disayangi oleh rakyat Kelantan..Tok Guru Nik Aziz..

Walaupun sudah lama blog ini tidak dicoret pelbagai rasa..hari ini amba mulakan coretannya dengan satu kisah pemergiaan insan yang mulia seorang ummat Nabi Muhammad S.A.W iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Air mata jernih tidak putus rini membasahi alur mata dan pipi amba mengenangkan pemergiaan Tok Guru. Sungguh perginya satu kehilangan yang mungkin tiada galang ganti. Walaupun hanya sekadar ikatan sesama kaum muslimin di bumi Allah ini,walaupun pernah diriku menatapnya dari jauh, namun pemergian Tok Guru ibarat seperti kehilangan seorang bapa, ketua, pemimpin dan juga khalifah Islam yang tiada gantinya.Seperti suatu kebesaran yang dianugerahkan oleh Allah kepada insan mulia arwah Tok guru apabila dirinya telah dijemput menghadap Ilahi yang mana pemergiaan dijemput pada malam Jumaat yang mulia 12/2/15 pada jam 09:40 malam dikediaman beliau di Pulau Melaka disusuli pula dengan pengebumiannnya di pagi hari Jumaat yang mulia, cuaca nan cerah, awan mendung berarak yang diikuti bersama kalimah Allah dan Muhammad Nabi ku dilangit turut sama mengiringi pemergian Almarhum Tok Guru Nik Aziz serta puluhan ribu manusia menyedekahkan al-fatihah kepada armarhum suatu petanda bahawa Tok Guru insan mulia. Kehilangannya satu kehilangan yang besar, terutamanya kepada rakyat Kelantan juga ummat Islam. 

Allahuakbar!!!..Allah Maha Besar!!!..kalimah Agung Allah muncul di langit saat pengebumiaan Almarhum Tok Guru..
Moga Dirimu ditempatkan dalam kalangan orang Yang Beriman dan Bertaqwa di sisi Allah..
Pemergiannya mu akan kami kenang sepanjang hayat..moga dirimu ditempatkan di Syurga Allah..al-fatihah..

Bersedih dan berduka kami ummat Islam Ya Allah bukan tidak meredhai pemergian dirimu wahai Tok Guru, namum...mampukah kami menggalas segala tugas sebagai seorang Islam tanpa ada khalifah yang mulia yang mampu memimpin kami seperti dirimu, moga dirimu tenang di sana..ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, bertaqwa di sisi Allah S.W.T serta dikalangan para syuhada..berada dalam mereka yang syahid di jalan Allah serta pergimu dengan iringan doa moga dirimu dalam Husnul Qhatimah..Al-Fatihah buat dirimu Tok Guru. Moga segala amanah yang engkau tinggalkan kepada kami dapat diteruskan perjuangannya oleh kami. 

Saya pernah mencoret satu entri tidak lama dahulu khusus untuk Tok Guru Berakhir Pemerintahan Tok Guru..kenapa saya sangat mengangumi beliau, jasa dan sumbangannya kepada negeri Kelantan khususnya memang tidak terbalas, sikap rendah diri serta berjiwa rakyat dan segala ciri seorang pemimpin yang baik ada pada nya. Jika sikapnya sebagai seorang pemimpim amat disegani...apatah lagi sebagai seorang ilmuwan agama yang memang tidak dapat semua orang nafikan kehebatannya. Beliaulah ulama, pemimpin yang saya pasti tidak akan dapat kita cari penggantinya. Paling akan dikenang seumur hidup buat mereka yang tahu akan pengorbanan dan jasa Almarhum Tok Guru sudah pasti sumbangannya dalam membangunkan kerajaan Islam dan Kelantan di bawah kerajaan ulama..Allahuakbar!!!

Video berikut mengakhiri entri ini, marilah sama-sama kita kenang jasa tokoh ulama Islam ini, al-fatihah buat Almarhum Tok Guru, moga aman dan tenanglah dirimu bersemadi di sana..Al-Fatihah hanya mampu daku yang fakir ini kirimkan dari kejauhan..moga perjuanganmu dapat kami teruskan..Allahuakbar!!!.

                                       
Kelantan di bawah Kepimpinan  Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat


#AlFatihahbuatAlmarhumTokGuru
#YaAllahTempatkanlahbeliauditempatyang muliadisisi-MuYaAllah
#Bimbinglahkamimenujujalan-Mu
#SubhanallahAlhamdulillahAllahuakbar!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..