Catatan

Syukur

Imej
  Masa pulang kat rumah nie,macam-macam perkara mendorong aku untuk berfikir bila tengok keadaan sekeliling dan perkara yang berlaku pada diri aku sendiri..rasa diri aku ni sungguh bertuah..bertuah dengan segala pemberian-Nya. Tapi kadang-kadang sebagai seorang insan kita sentiasa lupa untuk mengungkapkan  rasa syukur kepada-Nya dengan bertuah yang telah diberikan oleh-Nya. (Sekadar coretan buat renungan untuk diri sendiri)

Alhamdulilah Selamat

Imej
Alhamdulillah...Akhirnya kakakku sudah selamat melahirkan anak,walaupun dah terlebih dari tarikh sebenar,tapi syukur kak bersalin dengan selamat...(ingat nak upload gambat baby akak nie,tapi laktop tak dapat nak bluetooth  gambar lak) huhu..Tapi ada yang special sikit ngan anak kakak aku kali ni, yang specialnya ialah anak kakak kali ni perempuan.lama dah ku tunggu-tunggu..sebelum ni anak buah sumernyer hero-hero,maklumlah..sumer anak buah sebelum nie enam-enam orang laki-laki sumer..bila balik sumua..memang tak sah law tak bergegar lantai rumah nie..:-) Ermmm...sebenarnya tak kisah lelaki ke perempuan...yang penting..aku sentiasa doakan anak-anak buah ku nie bila dah besar nanti jadi orang yang soleh,baik dan berjaya...

Semuanya Berbeza

Imej
  Kawan..?? Rakan..?? Teman..?? Kekasih..?? Semuanya Berbeza.. Semuanya ada keistimewaannya.. Semuanya bermula daripada satu pertemuan, Terpisah demi mengejar cita-cita dan impian hidup, Walaupun kita sentiasa berjauhan... Namun dirimu semua tetap kekal dalam ingatan selamanya.

Kalau Berpacaran with lyrics

Imej
Suka lagu nie,disamping menghibur memberi didikan terutamanya generasi muda yang asyik bercinta sekarang..dengar dan hayati liriknya baik-baik..memang bermakna..memang sesuai paduan suara Ana Rafali ngan Suhaimi Mior Hassan nie.. Saya suka lagu nie!!!!

Ingin Ku Ucapkan

Imej
  Sempena pagi hari raya Aidiladha yang mulia ni, ku ingin menyusun sepuluh jari dan ingin ku ucapkan Selamat Hari Raya buat semua expeciallynya : 1. Buat Ayah dan Bondaku yang tersayang. 2. Buat semua ahli kuargaku yang tercinta,terutamanya buat kakak ku yang dijangka bakal melahirkan anak yang keempatnya raya nie,semoga selamat bersalin dengan selamat. 3.Buat Guru-guru dan pensyarah-pensyarahku 4.Buat sahabat-sahabatku samaada yang jauh atau dekat. 5.Buat Si dia - walaupun semalan tak sempat nak ucap coz........huhuhu 6.Buat rumateku dan ex2-rumateku.. 7.Buar rakan-rakan di facebook dan juga diblog kesayanganku nie..:-)  dan...buat saper-saper yang tak tersebut tu,selamat hari raya tuk semua ya.. Maaf dipinta anadai terkasar bahasa, mengguris rasa tanpa perasan,ku juga insan biasa...(cehhh...layan perasaan dipagi raya...ahakkks)

Begini Rasanya...

Imej
  Begini rasanya yea,pagi raya yang sunyi sangat kat kolej. Patutla kan,bila hari raya semua orang balik beraya kat kampung..sebab memang sedih beraya kat negeri orang.. Law kat rumah..pagi subuh-subuh lagi dah meriah kat dapur, kat ruang tamu lak anak-anak saudara sibuk memperagakan baju raya masing-masing, dalam tv lak bergema takbir menggamit lagi suasana raya..selesai sudah mandi sunat hari raya,siap sedia nak pergi masjid pulak..kat masjid lagi teruja sambut raya bila tengok ramai yang datang menunaikan solat sunat hari raya..balik sembahyang raya kami duduk makan semeja bersama-sama,tapi....sambut raya kat sini tak ada feeling raya langsung...aku dengar takbir raya melalui online radio je...dari jauh sahut-sahut takbir dari masjid berdekatan bergema..huuuhhh...begini rasanya ya beraya kat negeri orang..pilu betul hati akuu..huhuhu Rindu sangat-sangat kat semua ahli kuargaku pagi-pagi raya nie,aku yang suka tidur pagi pun tak lalu nak tidur pagi ni..:-( Selamat Hari Raya ...

Ku Petik

Imej
  Ku petik kata-kata nie daripada blog i luv Islam tentang cabaran yang hadir dalam hidup: Hidup ini cukup indah. Penuh dengan misteri. Kata orang warna-warni. Adakalanya kita berduka, ada juga masanya kita gembira. Yang penting, dalam apa jua keadaan sekalipun, sentiasa ingat kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t. Syukur dan sabar; itulah  rahsia kejayaan. Semakin matang kita semakin besar cabarannya.Allah tidak akan memberikan sesuatu di luar kemampuan kita. Cabaran itu akan sentiasa hadir. Dan itulah gunanya kita, manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir. Namun harus diingat, kata Hamka, hujung akal adalah pangkal agama. Akal ini ada hadnya. Setelah aku baca..aku terfikir bahawa tiada manusia yang tidak pernah mempunyai masalah atau tidak dihadirkan dengan cabaran yang hebat dalam hidupnya..tapi apa yang penting, setiap masalah, cabaran, dugaan yang datang menimpa,hadapilah cabaran dengan hati yang tenang,gunakanlah akal dengan bijaksana untuk menyelesaika...