Ayahku Terbaik...
Tiada anugerah yang lebih berharga daripada Allah (swt) kat dunia kepada makhluknya selain daripada memiliki ayah dan ibu..sesungguhnya merekalah anugerah yang tidak ada nilainya untuk dijadikan tukaran dengan apa sekalipun yang berharga kat dunia kita ni..bagi sesiapa yang masih memiliki ayah..hargailah ayah kita selagi kita masih diberikan peluang dan waktu untuk menghargai mereka..jika dikenang kembali, sesungguhnya telah banyak jasa dan kudrat ayah kita yang telah dihabiskan demi membesarkan anak-anak mereka..sungguh segala penat lelah yang dikorbankan tidak pernah sekali diungkit oleh ayah..saya sangat sayang ayah saya...
Bukan besemperna meraikan hari bapa hari ini, tapi setiap hari dan dalam setiap hembusan nafas yang masih diberikan sehingga hari ini...saya sangat mengasihi, menyanyangi dan mencintai seorang lelaki yang sangat kuat dan tabah ini iaitu ayah saya "En. Ismail Bin Yusof"..
Ya..ni lah ayah tuan amba...En. Ismail bin Yusof..
Ya Allah..Engkau Panjangkanlah Usia Kedua Ibu Bapaku Ya Allah..Berikanlah Aku Peluang Untuk Membahagiakan Kedua Ibu Bapaku..Aminnn..
Bila baca status rakan-rakan kat facebook, ada ayah-ayah mereka yang telah pergi menghadap Yang Maha Esa..amba pun turut sama rasa sedih..apapun..pada mereka yang ayahnya telah pergi, sentiasalah mendoakan dan menyedekahkan al-Fatihah buat mereka..dan pada kita yang masih lagi diberikan peluang untuk menghargai ayah-ayah kita..hargailah mereka seupaya dan sedaya yang mungkin ya..
Untuk temui seorang lelaki yang macam ayah kita tentu susah kan..sebab tu lah tuan amba kata, ayah dan ibu kita memang tiada galang ganti dan tandingannya dengan saper..setuju tak??..
Ayahku..orang yang sangat kuat, gigih, sentiasa menasihati anak-anak dengan lembut..cakap pasal ayah..buat tuan amba terkenang-kenang sikap ayah tuan amba nie..law penat, tak pernah pom sekali bersungut..
Kalau ayah...
ada rasa sakit-sakit pada badan sebab penat bekerja..tak pernah minta anak-anak urutkan..
ada masalah yang difikirkan..tak pernah sekali nak bebankan anak-anak tuk pikir sama..
dengar anak ada masalah, cepat-cepat nak selesaikan walau sebagaimana sulit sekalipun..
dengar anak-anaknya sakit, dah mula tak senang duduk..
dengar anaknya nak makan tak cukup uwang..lekas-lekas masukkan anak uwang..
dan banyak lagilah sikap ayah yang tak pernah kita anak-anak pikirkan..
Tapi..
kita sebagai anak patutnya fikirkan semua tu..
ayah kita memang tak pernah minta balasan daripada semua pengorbanan,,tapi sebagai anak kita seharusnya sedar tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang anak..sepatutnya..masa tengok ayah ngah urut-urut badan sendiri..kita yang patut tanyakan mana yang patut diurut yaa..!!!
yang lain-lain tu fikir sendirilah yaa..rasa mana yang berkaitan, ubahlah sebelum terlambat..
Sesungguhnya diri kita semua tidak sempurna, tapi kita mampu untuk memperbaiki segala kesilapan diri kita untuk menjadi sempurna...jadilah anak yang Soleh dan Solehah...ingatlah setiap pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapa kita walaupun setinggi mana kedudukan kita...kedudukan yang kita miliki atau kecapi hari ini tentu tidak akan wujud dan menjadi kenyataan kalau tidak datang dari pengorbanan dan kasih sayang daripada kedua ibu bapa kita...hargailah kedua Ibu Bapa kita ya kawan-kawan!!!
Terima Kasih Ayah...Ayahku memang TERBAIK!!!
Lagu kat bawah nie saya tujukan khas buat semua insan yang bergelar ayah..sesungguhnya..engkaulah insan yang sangat kamii anak-anak sayangi dan hormati...dengar dan hayati lagu kat bawah nie..law tak boleh nak dengar kat video bawah nie...beleh link kat cinie yaa..terus ke U-Tube...http://www.youtube.com/watch?v=65eAr6amMWw
Ayah...oleh kump. Aeman..
SayangAyahIbuKuSelamanya...^_^...LOVE U SO MUCH....
Ulasan
Catat Ulasan