Suara Azan..


Hari tu tuan amba terdengar lagu "suara azan" nyanyian nasyid oleh Fitri Haris, huhhh..syahdu, merdu betul..tambah pulak ngan lirik lagu tersebut tentang azan..try dengar ya!!confirm nak repeat2 dengar banyak kalih!!..sampai rumate tuan amba pom dah borink asik dengar lagu sama..hihihi..

Dengar kat link nie erkkk...http://www.youtube.com/watch?v=D9DFPTm4ZnA

Suara Azan

 Telah terdengar suara
Memanggil memuji yang Esa
Menyeru muslimin dan juga muslimat
Untuk segera bersolat
Suara Azan
Di langit tinggi
Mengagungkan-Mu
Puji juga memuja
Allahuakhbar

Oh Azan
Mendayu ingatan lima waktu
Panggilan menyembah-Mu
Tuhan yang satu
Bangun semua
Dirikan segera
Usah berlengah
Lupakan lelah
Majulah
Telah terdengar suara
Memanggil memuji yang Esa

Lepas dengar lagu nieyh, tergerak hati lak nak tahu apa sebenarnya maksud azan, mesti kita semua sebelum ni hanya tahu melafazkan perkataan dan melaungkan azan, tapi tak tahu banyak perkara di sebalik azan tu kan..??mari kita sama-sama tambahkan ilmu kita semua..sumber nie tuan amba petik kat Wikepedia..


Azan (أَذَان) adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu.

Hukum Azan - melaungkan azan adalah sunat muakkad ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu. Melaungkan azan juga adalah satu Fardhu Kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan pahala sunat akan diperolehi apabila seseorang itu melakukannya. Bagi kaum wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah apabila meninggikan suara mereka.


Sejarah Azan -  Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah.
Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r. a. “Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.
Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani (Kristian). Umar bin al-Khatab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.
Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.
Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W. pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibrail mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh  a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.


Adab dan Tertib Azan - Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tauhid hanya sekali sahaja.
 
Sebutan Bahasa Arab Transliterasi Terjemahan
4x الله اكبر Allah u Akbar Allah Maha Besar
2x اشهد ان لا اله الا الله Ash-hadu allā ilāha illallāh Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
2x اشهد ان محمدا رسول الله Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah
2x حي على الصلاة Hayya 'alas-salāt Marilah menunaikan solat
2x حي على الفلاح Hayya 'alal-falāh Marilah merebut kemenangan
2x الصلاة خير من النوم Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm Solat itu lebih baik dari tidur*
2x الله اكبر Allāhu akbar Allah Maha Besar
1x لا اله الا الله Lā ilāha illallāh Tiada Tuhan selain Allah


Doa selepas Azan - Setelah selesai azan, doa  berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan penganut Muslim lain yang mendengar azan:
اللهم رب هذه الدعوة التامة والصلاة القائمة
Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan,
آت محمداً الوسيلة و الفضيلة
Datangkanlah Nabi Muhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada Allah) dan keutamaan (bagiku),
وابعثه مقاماً محموداً الذي وعدته
Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya.
(Riwayat Iman Bukhari).


Walau panjang sedikit entri nieyhh..kena baca ya kawan-kawan!!!moga kita tahu dalam setiap perbuatan tersusun dengan penuh adab dan tertib serta mempunyai tujuan dan keindahannya..terutamanya azan yang kita dengar lima kali setiap hari, dengan kita mengetahui makna azan itu sendiri, membuatkan diri jagi lebih peka untuk menghayati Azan..

IsLamItUsaNgaTInDaH...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Mak We koiii..