Salam Takziah..



Petang tadi kami dikhabarkan dengan berita yang menyedihkan apabila ayah kepada Safuan iaitu kawan kami dan juga merupakan cousemate kami telah kembali ke Rahmatullah..mari sama-sama kita semua sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah Wan.."Al-Fatihah..."


Diharap Wan tabah dan kuat dalam menghadapi ujian dan dugaan yang diberikan Allah (SWT) ini..bersabar ya Wan..tuan amba tahu sesiapa pasti akan merasa sedih akan kehilangan orang paling disayangi dan dicintai..inilah sebahagian daripada dugaan yang maha berat yang terpaksa ditempuhi..

Setiap yang hidup pasti akan pergi meniggalkan dunia sementara ke dunia yang kekal abadi, cuma yang membezakan antara kita semua ialah cepat atau lambat kita akan dipanggil untuk menghadap-Nya, terdahulu atau terkemudian, bila dan di mana sahaja yang membezakan setiap kematian itu..kerana "Daripadanya kita datang, dan kepada-Nya jualah kita akan kembali"..dan sudah pastinya, yang mengetahui akan perkara yang ghaib ini sudah tentunya Maha Kaya lagi Maha Mengetahui iaitu Allah (SWT)..apa yang pasti, kita yang masih diberikan peluang seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran daripada setiap pemergian itu..ALLAHUAKBAR!!!

Kepada yang telah merasa kehilangan ayah atau ibu atau kedua-duanya sekali yang telah pun dijemput pulang kepada-Nya pasti akan lebih merasa kesedihan yang dialami oleh Wan ini, harap Wan sentiasa tabah pada hari-hari mendatang ya..kami kawan-kawan di sini melafazkan salam takziah buat Safuan dan keluarga.. tiada doa yang tulus ikhlas dari kami kepada Engkau Ya Allah.. "Ya Allah, Engkau tempatkan mereka yang telah pergi ke dalam golongan orang-orang yang beriman dan yang beramal solah kepada-Mu Ya Allah.."Aminnn..Aminn Ya Rabbal Allaminn..

Salam takziah kepada Wan dan keluarga..

Innalillahiwainnailaihirajiun..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Mak We koiii..