SYAABAN teLah datang..


Sama ada kita sedari atau tidak kita semua sedari..hari ini masuk 21 Jun 2012 bersamaan dengan 1 Syaaban 1433H telah pom menjengah kembali ke kalendar seluruh hidup kaum muslimin dan muslimat manusia..jadi, bermakna..hanya tinggal  29 hari sahaja lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut tibanya bulan yang mulia, bulan yang dinanti-nanti, bulan yang penuh rahmat dan iradatnya...iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak..

Oleh itu, seharusnya, kita sebagai makhluk ciptaan Allah yang masih lagi diberi peluang, ruang untuk bernafas dan kesempatan untuk terus hidup di bumi ciptaan-Nya ini menunjukkan rasa syukur sebagai hamba-Nya harus tunduk patuh akan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya...

Besemperna dengan tibanya bulan Syaaban ini, tuan amba ingin berkongsi tentang kelebihan bulan Syaaban ini...untuk ketahui lebih lanjut, boleh klik kat link : http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/07/15/keagungan-dan-amalan-malam-nisfu-syaaban/

Antara kelebihan bulan Sya'aban: 

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. . 

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalangdari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. 


Keagungan Syaaban adalah dengan kedatangan malam ke-15, iaitu malam Nisfu Syaaban, malam yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”     (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Kelebihan Malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu’az bin Jabal r.a; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah  SWT akan memerhatikan hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban, maka Allah akan mengampunkan penghuni dunia melainkan dua golongan manusia; musyrik (orang yang menyekutukan Allah SWT) dan musyabin (orang yang saling benci membenci).” (HR Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Syaaban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menurut Imam Asy-Syafie dalam kitabnya al-Umm telah berkata: ‘Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.’

Berikut adalah antara amal ibadah di hari NISFU SYAABAN: 
http://mysweetmiko.blogspot.com/2012/03/nisfu-syaaban.html 

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, jumaat malam) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, jumaat malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Jumaat)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan




Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan.
Oleh itu, amatlah baik bagi kita sebagai umat Islam memperbanyakkan amalan, selain menjadi satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

YaNgInDaHiTuSeSungGuHnYaIsLaM....=)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Mak We koiii..