Hargai..

Semalan rasanya ramai yang dah bagi ucapan kat mek, mak, ummi, mama, emak, ma mahupun apa jua gelaran yang kita semua berikan ibu kita..tak kisah apa jua gelarannya, yang pasti orang yang mendapat gelaran itu menduduki tingkat yang paling tinggi dalam hati kita..kerana semalan adalah dianggap sebagai hari meraikan para ibu di dunia atau disebut juga sebagai 'hari ibu', memang ada pendapat yang mengatakan orang Islam tak wajar sama sekali sambut hari ibu, kerana ianya dikatakan disambut oleh orang-orang kristian sebagai mengingati hari mother aper ntah, amba malas nak ambik port sangat..sebab apa yang penting, bagi kita umat Islam, mengingati ibu bapa bukan hanya pada hari-hari tertentu sahaja, tetapi menjadi kewajipan seseorang anak untuk mengingati kedua ibu bapanya pada setiap detik dalam hidupnya..kerana tanpa ibu bapa, takkan jejak diri kita ke dunia pada hari ini...paling kurang lah orang kata kita kena ingat kat mak ayah kita sekurang-kurang 5 kali setiap hari, sebagai anak harus mendoakan ibu bapa kita..haa..bak kata Ustaz Azhar Idrus nie lah...

 Betuiii..betuiii..betuiii..!!!^_^

Lepas solat, wajib baca doa nie tawww...

Tapi pada amba, takda salahnya kalau seseorang anak itu ingin menyatakan rasa cinta dan kasihnya dia pada ibu mereka, sekadar tanda anak-anak menghargai dan mengingati segala jasa dan pengorbanan yang telah ibu curahkan, memang tidak terbandingkan..amba sedih bila lihat kawan-kawan yang tidak dapat lagi merasai kasih sayang daripada ibu, tapi kenapa kita yang masih diberi peluang untuk menghargai ibu kita tidak menjalan kewajipan yang sepatutnya kita jalankan..kalau nak sebut pengorbanan ibu kita dari hari pertama mengandungkan kita sampailah saat kita besar dan pandai berdikari nie, alamaknya memang tak cukup dakwat dan kertas lah untuk ditulis dan disenaraikan...yang paling penting, segala pengorbanan ibu memang tiada galang ganti, biar harta bertimbun tapi tanpa restu dari ibu, harta bertimbun pun takda gunanya..inilah namonyer REDHA ibu..kerana di mana terletaknya redha seorang ibu, di situlah terletaknya redha Allah (SWT).



Diriku sangat menyanyangi kedua ibu bapaku..Ayah dan Ibu yang sangat ku sayangi En. Ismail bin Yusof & Pn.Che Halimah binti Yaacob

"Sesungguhnya, pengorbanan mu ibu tiada terbalas dan engkau juga tiada galang gantinya buat diriku, InsyaAllah..sebagaimana dirimu kuat sewaktu ingin melahirkan diriku, begitu juga aku memohon kekuatan kepada-Mu Ya Allah, engkau berilah kekuatan kepada diriku untuk membahagiakan kedua ibu bapaku, kasihilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi dan menyanyangi diriku Ya Allah..Ya Allah, Engkau berikanlah diriku kesempatan untuk membuat kedua ibu bapaku tersenyum bahagia..Aminnnn Ya Rabbal A'laminnn.." 

HaRgAiLaH KeDuA IbU BaPa KiTa...
kerana mereka insan terbaik yang dikurniakan oleh Allah untuk kita semua...^_^



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..