Jom Balik Mengundi..


Hari Ahad nie bersamaan dengan 5 Mei adalah merupakan hari Pilihanraya Umum Kali Ke-13 bagi negara Malaysia..jadi pada yang rasa dia tuh rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih je ya hanya layak mengundi..jangan pulak yang luar negara pom nak datang mengundi Malaysia..tunggu lah hari mengundi kat negara sendiri ya!!..hihihi..jadi, yang dah mendaftar sebagai pengundi tuh,,jangan segan-segan, malu-malu tuk turun mengundi ya..undi anda sangat berharga..cewahhh!!oleh kerana first time nak balik ngundi, jadi cik jah jadi excited...hihhiih...jadi, jom lah sumer kita balik mengundi..tunaikan tanggungjawab, tunaikan kewajipan..

Kalau pening tak tahu nak pilih pemimpin macamana..dengar ceramah-ceramah parti politik pom dah buat kalian jadi makin pening..jadi amba cadangkan sebelum nak pilih pengundi mana yang rasa sesuai dengan citarasa anda tuh..bek layan video Mat Lutfi nieyh duluw ya!!..Memilih Pemimpin untuk Noobs memang nampak isi video tuh simple, tapi mendalam kutt maksudnya..moga dengan kalian-kalian melihat dan mendengar segala yang Mat Lutfi cakap tuh dapat lagi membuat hati dan minda kalian-kalian untuk berfikir sebelum nak pangkah pemimpin dan parti mana..tapi diakhirnya..si Mat nie sempat jugak pesan..katernya.."Kita sama-sama rakyat jangan bergaduh teruk-teruk sangat. Kemungkinan besaq bila kita susah nanti kawan kita yang kita duk bermusuh tu yang akan datang tolong, bukan pemimpin" :) hihihi..A'haa betuiiii tuh..jangan disebabkan perbezaan fahaman dan parti politik,kita sesama manusia pulak bergaduh ok!! dan jangan lupa tengok tang bahagian Mat Lutfi miming lagu "Senyum" tu yaa yang nampak paling sedikit penting...cutee kuttt..hahaha..^_^

"senyum seindah suria...yang membawa cahaya..senyumlah dari hati..duniamu berseri...."

PRU-13...jom balik ngundiii ramai-ramai...

 "UNDI ANDA SANGAT BERHARGA, BUATLAH PILIHAN YANG BIJAKSANA!! ANDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA...ANDA...PENENTU MASA DEPAN...NEGARA!!!!

Selamat mengundi dan menyumbang...^_^



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..