Cerpen nukilan saya
Cerpen: Antara Kasih dengan Cinta Panas cuaca pada hari itu membuatkan Syafiqa merasa sedikit keletihan, pening dan kehausan. Namun disebabkan kakinya sudah tidak larat lagi untuk menjengah ke dapur untuk mendapatkan minuman bagi menghilangkan hausnya itu, Syafiqa hanya membiarkannya sahaja kerongkongnya yang yang haus sedari tadi itu terus haus. Langkahnya terus dimatikan sahaja dikerusi sofa di ruang tamu rumahnya, beg tangan dan kunci keretanya diletakkan sekaligus di atas meja. Syafiqa yang baru sahaja pulang dari bandar atas urusan kerjanya terus sahaja melabuhkan badannya yang keletihan itu ke atas sofa sambil memejamkan matanya. Baru beberapa minit Syafiqa ingin menghilangkan rasa penatnya, masa itu terus sahaja dicuri. Kelihatan ibu Syafiqa yang baru sahaja keluar dari biliknya menuju ke dapur sambil melihat kearah Syafiqa yang masih lagi tidak perasan dengan kehadiran ibu...