Luahan Rasaku Kat Kelas BBK3308

Hari mula-mula aku dah kecut perut masuk kelas Dr. ni..serius semacam je..tapi tu hari pertama, bila hari terakhir kat kelas Dr. ..lain pulak rasanya..rasa sedih sangat..sayu segala perasaan...

Bagi aku kursus sastera dalam multimedia ni semua lengkap, bermula dengan pensyarahnya hinggalah kepada pelajaran yang terkandung dalamnya. Tapi sedikit terkilan dengan tutorial je yang mengeluarkan kata-kata yang tak sedap didengar oleh telinga dan tak dapat diterima oleh hati. Tapi masa kat kelas kedua ngan tutorial hari tu, nampaknya diaorang dah baik sikit, dah takda sangat buat perkara yang menyakitkan hati.

Melalui kursus ni aku mula rasa tahap teknologi aku masih rendah. Tapi semua yang diajarkan dalam kursus ini memang berbaloi-baloi, rasa teruja dan seronok sangat sebab banyak perkara baru aku belajar. Dari aku tak reti tulis blog jadi reti, dari aku orang yang paling susah nak cari ayat bina pantun sekarang dalam seminit je aku boleh bina pantun, dari aku tak rapat sangat dengan budak cousemate aku sekarang buat kitorang jadi teman mesra dan banyak lagi perasaan aku yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Tapi yang paling penting sekali, perkara yang aku paling seronok ialah dapat berguru dengan pensyarah macam Dr. Normaliza, aku boleh ibaratkan nak jumpa pensyarah macam dia ni 1 dalam sejuta..semua sifat ada padanya,dialah pensyarah yang paling sempoi, spoting,lawak, tegas, cute, menghormati pelajarnya, dan yang paling penting suka bagi pelajar kerja yang paling banyak kat pelajar...bak kata Dr. "Biar berdarah biji-biji mata buat kerja aku ni"...:-)

Sebenarnya...apa yang aku luah ni mungkin sebahagian sahaja, mungkin satu masa kalau dipanjangkan umur akan ku sambung lagi luahan rasa ni..Yang penting aku nak cakap,(bukan nak bodek, tapi betul-betul ikhlas) Dr. lah pensyarah terbaik yang aku sangat kagumi dan hormati.

Buat Dr. terimalah pantun ini "Jalal keluar membeli jamu, Mintak Dr. halal segala ilmu"




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..