Nangis..


Haa..ni post pertama tuk tahun 2012 nie, al-maklumlah..dah lamer tuan amba tak menulis kat blog nie..
sebut tang nangis nie pulak,nak citer sikit yang tuan amba nie dah dua hari beturut-beturut nangis tengok citer..aduhh..tuan amba nie memang feeling lebih sikit bila nemgok citer nye hehh..mamang dari azali lagi gitu..hehehe

Semalan tuan amba nengok citer "Hafalan Shalat Delisa"citer nie kalau tuan hamba nak bagi bintang kat citer nie ikut tuan hamba nangis semalan, tuan amba bagi 5 bintang..sebab citer nie betui-betui sedih bagi orang yang berfeeling lebih cam tuan amba nie..hehe..

Nie cover citer "Hafalan Syalat Delisa":


Hmm..bagi sape-sape yang tak pernah tengok citer nie, mari tuan amba bagi sekali round citer nie..kisah citer nie tentang Delisa yang sangat cekal walau kehilangan seluruh ahli kuarga termasuklah ummi yang sangat disanyangi dan menyanyangi dia..lepas bencana yang menimpa 26 Disember 2004 (al-Fatihah buat yang telah pergi). Keseluruhan citer nie adalah berlatarkan bencana tsunami yang menimpa bandar Acheh (Indonesia). Bencana tsunami telah menimpa kampung tempat dan Delisa dan kuarganya tinggal dan telah memusnahkan hampir keseluruhan bandar Acheh menjadi "padang jarak" di hari Delisa menghadiri ujian amali solat di sekolahnya, dalam khuyuknya Delisa menunaikan solat, pada hari itulah tsunami melanda hingga terpisahlah semuanya termasuklah ibu Delisa (Ummi Salamah). Hanya Delisa yang terselamat dari bencana tersebut, kakak-kakaknya ditemui mati berpelukan, Tiur sahabatnya juga meninggal..Delisa ditemui selepas beberapa hari dari hari bencana menimpa, tetapi kaki Delisa terpaksa dipotong kerana mengalami kecederaan semasa tsunami melanda. Namun, Delisa seorang kanak-kanak yang cekal, sentiasa tidak putus berdoa kepada Allah dan tidak pernah menangisi akan nasib dirinya, malah Delisa tidak pernah menyalahkan takdir Allah walaupun telah kehilangan sebelah kaki, dan sentiasa bersyukur dan gembira kerana masih mempunyai sebelah kaki...dalam kecacatannya, Delisa sentiasa menjadi penghibur orang disekelilingnya..doanya kepada saudara-saudarnya tidak pernah putus,kekuatan serta ajaran daripada ibunya tidak pernah sesekali dilupakan hinggalah akhirnya Delisa telah berjaya menghafaz ayat-ayat dalam solat dengan sempurna. Kisah yang boleh meruntum jiwa melihat kegigihan kanak-kanak bernama Delisa ini, kasih-sayang seorang ibu juga sama sekali telah membawa tuan hamba bersama menyelami jiwa Delisa..memang kasih ibu tiada tolok bandingnya.."Delisa sayang ummi kerana Allah, Delisa sayang Abi kerana Allah"..sungguh berkesan dan berjaya kisah yang diadaptasi daripada novel bestseller "Tere Liye" nie..cuba lah tengok citer nie, confirm tak membazir air mata punyer..hehehe

Satu lagi citer yang tuan amba tengok jugak buat tuan amba nangis dibabak akhir ialah citer "Jangan bakar mayat anakku". Citer nie pom sedih jugak, sudah tang-tang kisah citer nie mesti kisah anak yang derhaka kepada kepada ibunya..tengoklah.."Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu"..walau sekuat mana amalan, jika hati ibu disakiti dan dilukai..segala amalan tidak diterima Allah..

Sekian.

p/s: kena pegi muhasabah diri nie..huhuhuh

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..