Rezeki di tangan Tuhan


Sesungguhnya jodoh pertemuan, ajal dan maut semua ditangan Tuhan Yang Satu. Begitulah juga dengan rezeki, jika Allah berkata "Kunfayakun" maka akan jadilah..maka jadilah setiap-setiap perkara itu, ini kerana Allah Maha Kaya lagi Maha Mengetahui akan segalanya. 

Sehingga hari ini, tuan amba bersyukur sangat diangurahkan rezeki yang mencurah-curah dari Allah, semua rezeki yang diberikan tiada tolok-bandingnya, sudah pasti rezeki pertama dilahirkan dalam keluarga Islam dan beragama Islam, sujud dan berdoa hanya pada Tuhan yang Satu, Nabi Muhamad (SAW) sebagai penunjuk jalan, al-Quran sebagai panduan hidup..lagi rezeki nikmat yang tidak ternilai sudah pastinya dianugerahi emak dan ayah serta keluarga yang sangat bahagia. Sesunguhnya kita semua harus sentiasa bermuhasabah diri bagi yang sentiasa mengisi nasib diri yang sentiasa tidak dimurahkan rezekinya oleh Allah..mungkin hari ini Allah menarik sesuatu nikmat kesenangan daripada kita untuk Dia gantikan nikmat yang lebih bahagia pada hari kemudian..

Jadi, bukan merujuk kepada sesiapa..tapi untuk muhasabah diri tuan hamba sendiri juga..saat kita rasa rezeki jauh daripada kita, seharusnya kita sedar dan mensyukuri bahawa telah banyak kenikmatan yang telah kita perolehi daripada rezeki yang telah Allah berikan pada kita..cuma lumrah diri manusia yang tidak sedar akan rezeki yang diperoleh sehinggalah kita kehilangannya..

p/s: buat sahabat-sahabatku yang tidak berjaya dalam permohonan menjadi G**, harap banyak-banyakkan bersabar..sesingguhnya ada ganjaran yang lebih besar daripada-Nya untuk diri kita, sebagai hamba Allah yang kerdil lagi hina..kita jangan mudah berputus asa dan sentiasa berdoa dan bertawakan kepada-Nya..Nescaya, Allah sentiasa menolong orang-orang yang  sabar..tuan hamba akan sentiasa berdoa agar kita semua sentiasa dipermudahkan rezeki oleh Allah (SWT).  Aminnnn:-)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..