Solatlah..






Pernah dengar tak kata-kata.."Solatlah kamu sekalian manusia, sebelum kamu disolatkan"..pentingnya kita sebagai hamba Allah yang masih lagi diberi peluang untuk hidup dan beramal ini menunaikan solat..kerana solatlah yang membezakan orang Islam dengan agama yang lain..indahnya solat itu kan..!!



Solat merupakan suatu hal yang sudah tidak asing lagi bagi kita umat Islam secara keseluruhannya. Namun, sejauh manakah penghayatan dan pengiktibaran serta pengamatan terhadap solat dilaksanakan? Adakah solat yang kita kerjakan selama ini sudah memenuhi syarat dan cukup sifatnya? Atau sekadar melaksanakan rukun yang tersedia? Kita sering kali berkata, "Aku sudah solat, soal sah atau tidak, diterima atau tidak itu urusan ALLAH SWT". Ya, hal tersebut sememangnya benar dan sudah tidak syak lagi bahawa hanya ALLAH SWT yang menentukan sama ada solat itu diterima oleh-Nya atau tidak. Namun, pernakah kita terfikir bahawa adakah solat yang kita tunaikan selama ini layak untuk dinilai ALLAH SWT? Inikan pula untuk diterimanya. Hendaklah kita sedar dan ingat bahawa ALLAH SWT itu Maha Sempurna, justeru jika solat kita hanya sekadar melepaskan batuk di tangga atau dengan kata lainnya hanya melepaskan diri dari tanggunngjawab, adakah ia layak untuk diterima?

Hendaklah kita renungi kembali. Solat, bukan sekadar melaksanakan 13 rukun yang termaktub baik rukun Fi'li, Qauli, mahupun Qalbi, bahkan lebih daripada itu. Solat mengandungi seribu satu penceritaan disebalik setiap rukun yang dijalankan. Bermula dari Takbir hinggalah Salam, semuanya mempunyi kisah di sebaliknya. Sebagai satu kaedah dalam mencapai kesempurnaan solat dan kekhusyukan solat, kita hendaklah tahu serta dapat menghayati setiap penceritaan kisah tersebut supaya setiap pengajaran darinya mampu untuk kita kutip sekaligus menjadikan solat kita lebih sempurna dan khusyuk. 

Firman ALLAH SWT, "Sesungguhnya penolong kamu ialah ALLAH dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk." (al-Maidah : 55). Jelas diterangkan bahawa orang-orang yang beriman adalah mereka yang bersolat dan menunaikan zakat. Justeru, mereka yang sering mengabaikan solat, adakah mereka itu beriman? Ya, lidah pasti mampu berkata apa-apa di dunia ini, namun di akhirat kelak, ialah yang bakal menjadi musuh kita. Banyak lagi firman ALLAH SWT yang menceritakan tentang kewajipan dan keberuntungan mereka yang bersolat ini. Dan tidak kurang juga firman ALLAH SWT yang menceritakan tentang azab yang bakal menimpa orang-orang yang mengabaikan solat sehinggakan orang yang bersolat turut dihumbang ke dalam api neraka. Na'uzubillah (Minta dijauhkan).

Untuk bercerita perihal solat ini, pasti sudah ramai yang tahu tentang hikmahnya, faedahnya dan pelbagai lagi. Cuma di sini, penulis ingin mengajak sahabat sekalian untuk lebih mendalami perihal solat ini supaya kita mampu mencapai bukan sekadar solat orang awam, tetapi mampu mencapai solat seorang muhsin, atau para wali ALLAH, Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul. Untuk itu, marilah kita dalami sebuah kitab lama yang memperihalkan soal solat dengan lengkap mengikut Mazhab As-Syafie iaitu Kitab Muniyatul Musolli yang telah ditulis oleh Syeikh Daud Fathani. Moga dengan mempelajari ilmu yang terdapat di dalamnya, maka kualiti solat kita akan bertambah dari hari ke hari.

Di sini terdapat satu kisah yang ingin penulis kongsikan dengan sahabat semua.
Bermulanya kisah adalah apabila seorang sahabat di ajak keluar mencari sedikit keperluan sebagai persiapan untuk ke luar negara. Tanpa diduga, apabila sampai di sebuah pasar raya, waktu sudah menunjukkan jam 12.30 tengah hari yang mana dalam masa sekita 30 minit lagi, Solat Jumaat akan bertandang. Hal ini telah mula menimbulkan kerisauan kepada sahabat tadi. Namun sebagai menghormati orang lain, sahabat tersebut terus sahaja mengikuti perjalanan sahabatnya yang lain. Dalam sedar dan tidak, waktu sudah menunjukkan jam 12.50 tengah hari. Kemudian, dia meminta pemandu van untuk pergi menunaikan solat Jumaat. Ya, memang tidak syak lagi, dalam masa pencarian masjid yang terdekat, waktu terus sahaja berjalan dan waktu Solat jumaat juga telah masuk dan semakin melewati. Hal ini benar-benar menimbulkan keresahan di dalam dirinya. Namun, pencarian itu tidak kesampaian kerana sehingga jam 2.00 petang, masjid masih belum ditemui. Dan sahabat tersebut telah tertinggal Solat Jumaat tersebut. Jadi, apabila pulang kembali ke pasar raya tadi, dia dan sahabat yang lain menunaikan solat Zohor di suaru berdekatan. Jadi, apakah pandangan anda?

Sahabat tadi merasakan bahawa keputusannya untuk mengikuti sahabatnya yang lain ke pasar raya tadi cukup membazir dan membuang masanya. Alangkah ruginya dan berdosanya rasa kerana telah mengabaikan perintah ALLAH yang sungguh tinggi hikmahnya itu.
karya Muhammad Syahir Al-'Assya

Sumber dipetik daripada : http://penassya.blogspot.com/2010/12/solat-bukan-sekadar-satu-kewajipan.html 



 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..