Takziah..

  
 
Rasa sedih bila baca berita tentang kemalangan yang berlaku kat Pasir Mas semalan..boleh baca berita kat kosmo harini..Tiga sahabat mati selepas terlanggar pacuan empat roda takziah buat keluarga semua yang terbabit..sama-sama kita semua sedekahkan al-fatihah  buat mereka yang telah pergi menhadap Yang Maha Esa, moga mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa disisi Allah S.W.T. Aminnnnn Ya Allah...perit mata dan hati kita yang melihat, mesti lagi perit buat mereka yang merasa kehilangan insan tersayang..bila ada kemalangan maut macamni, terus mengingatkan amba dekat insan-insan tersayang yang telah pergi mengadap Ilahi..dalam kita teruja menanti tibanya syawal..kisah-kisah kemalangan yang menyanyat hati pasti tidak akan dielakkan..wanaazubillah..moga kita semua dijemput oleh Sang Pencipta dalam Husnul Khatimah..Aminnn..namun jika sudah tersurat, kita sebagai manusia yang hanya insan lemah harus sentiasa redha dengan ketentuan daripada Allah S.W.T kerana daripada-Nya kita semua datang..dan kepada-Nya jualah kita semua akan kembali..ajal maut, jodoh dan pertemuan semua datang daripada Allah..

Namun demikian, tidak salah jika kita semua sama-sama sentiasa berhati-hati ketika memandu atau berada di jalan raya..kurangkan laju mungkin boleh mengelakkan sebarang kemungkinan..biar lambat asal selamat..dan kita sebagai hamba Allah yang hina ini sepatutnya memanjatkan rasa penuh kesyukuran kerana masih lagi diberi peluang untuk terus bernyawa di buminya..terutamanya masih diberikan peluang menikmati bulan ramadhan sekali lagi pada tahun ini, jika masih dipanjangkan umur daripada-Nya dapat pula kita semua menikmati hari kemenangannya nanti..sedar tidak sedar, hari ini kita semua telah selamat menunaikan ibadah puasa selama  15 hari..maknanya sudah dipertengahan bulan Ramadhan al-Mubarak..Alhamdulillah..syukur Ya Allah..

Sesungguhnya amba sangat merindukan arwah pak sepupu amba yang telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 2011 akibat kemalangan..Innalillahiwainnailaihirajiun...sampai hari ini, kalau amba tertengok jer kemalangan dan juga mereka yang menungggang motosikal besar..amba jadi sebak dan teringat kat arwah..moga sentiasa mencucuri rahmatnya..memang kematian dan kepergian seseorang ke alam lain tidak harus ditangisi, namum itulah perasaan yang tidak dapat diselindung jika kehilangan orang tersayang..moga kita semua sentiasa dibawah rahmat dan keberkatan Allah serta sentiasa dilindungi oleh-Nya..Aminnn...

Moga kita semua mendapat beribu keberkatan di bulan yang mulia ini..sama-sama kita mengucap syukur kepada Allah dan menigkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini..

Selamat menunaikan ibadah puasa dengan penuh kesyukuran..

Mahu atau tidak..kita semua akan menuju ke destinasi yang sama..Allahuakbar..!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..