Catatan

Cerpen nukilan saya (2)

Imej
  Cerpen: Bukan Begitu Adikku                                               Pada pagi itu, kami sekeluarga menuju ke stesen bas untuk menyambut kepulangan Ina iaitu adik bongsuku yang hampir 3 bulan telah menyertai Program Latihan Khidmad Negara (PLKN) di Kulim, Kedah. Tepat jam 11.00 pagi, aku sekeluarga sampai di stesen bas Tanah Merah untuk menjemput Ina yang dijangka tiba jam 12.00 tengahari. Ketika sampai di stesen bas itu, aku dapat melihat ramai lagi ahli keluarga para pelatih PLKN yang lain tiba lebih awal dari keluargaku yang sungguh setia menunggu permata hati masing-masing yang sudah lama tidak ditemui tiba. Begitu juga dengan  ibu dan ayahku, melihat kepada riak wajah emak dan ayah, mereka sangat gembira...

Cerpen nukilan saya

Imej
Cerpen: Antara Kasih dengan Cinta Panas cuaca pada hari itu membuatkan Syafiqa merasa sedikit keletihan, pening dan kehausan. Namun disebabkan kakinya sudah tidak larat lagi untuk menjengah ke dapur untuk mendapatkan minuman bagi menghilangkan hausnya itu, Syafiqa hanya membiarkannya sahaja kerongkongnya yang yang haus sedari tadi itu terus haus. Langkahnya terus dimatikan sahaja dikerusi sofa di ruang tamu rumahnya, beg tangan dan kunci keretanya diletakkan sekaligus di atas meja. Syafiqa yang baru sahaja pulang dari bandar atas urusan kerjanya terus sahaja melabuhkan badannya yang keletihan itu ke atas sofa sambil memejamkan matanya. Baru beberapa minit Syafiqa ingin menghilangkan rasa penatnya, masa itu terus sahaja dicuri.             Kelihatan ibu Syafiqa yang baru sahaja keluar dari biliknya menuju ke dapur sambil melihat kearah Syafiqa yang masih lagi tidak perasan dengan  kehadiran ibu...

Nak Sambung Master

Imej
   Assalamualaikum..salam buat semua.. Sebenarnya dah banyak hari saya fikir..ye lah,sekarang dah pun penhujung bulan 3,buka mata, tutup mata..tak lama lagi..InsyaAllah kalau di izinkan Tuhan,akan tamatlah pengajian saya dalam peringkat Ijazah B.A Kesusasteraan Melayu di (UPM). Tapi yang masih lagi pening sekarang nie, saya niat dihati nak meneruskan pengajian saya ni diperingkat yang lebih tinggi iaitu ke peringkat Ijazah Sarjana..tapi masih lagi pening dan keliru memikirkan samaada nak sambung Master ni bersama tesis atau tanpa tesis. Apa agaknya kelebihan kalau sambung master dengan tesis dengan sambung master tanpa tesis nie agaknya..saya masih lagi keliru nak buat keputusan.:-(

Hikayat Merong Mahawangsa

Imej
  Semalan ada masa sikit sayer ngan kawan-kawan kuar jap tuk hiburkan hati ckit..maklumlah dah lama tak keluar cerup udara kat luar..sibuk la katakan.."pasan betul"hhehe..tapi sebelum keluar tu memang dah bermotif nak pergi tengok citer Hakayat Meronh Mahawangsa (HMM) nieyh..sebab kami memang ada balajar sejarah HMM nieyh..nak tengok sama ada sama tak ngan sejarah yang betul-betul kami kaji..ternyataaaa....----------> Wooowww.. wwww...Filem nie memang ternyata sangat best..bolehlah sayer nak kata HMM nie best story of the year yang paling sayer suka..orang laen tak tahu..memang leh salute habis kat KRU sebab berjaya hasilkan filem yang begitu hebat,yang paling bangganya sebab dihasilkan oleh anak-anak muda Melayu Malaysia..memang gempak habis dengan kos hampir mencecah 8juta setanding ngan filem yang mereka adik-beradik nie hasilkan..tapi sayer tak pernah ragu-ragu ngan filem kalau KRU hasilkan..sebab sebelum nie pun memang  filem diorang tak pernah mengecewakan..memang ...

Harap-Harap

Imej
  Alhamdulillah rasa syukur sangat-sangat rasanya..minggu lepas dah hantar analisis kajian untuk fyp kat penyelia, rasa ringan sikit beban yang lama tergantung di kepala..bukannya apa,beban takut tak sempat siapkan fyp ni..tapi tu baru je first draf..harap sangat-sangat apa yang telah sayer buat tu betul..law penyelia bagi balik lepas nie untuk betulkan pun, harap-harap juga tak banyak yang salah yang hendak diperbetulkan tu..  Sekarang yang tinggal lagi kesimpulan kajian,kesimpulan masih lagi tak boleh nak buat sebab kena tunggu dulu samada hasil analisis kajian yang saya buat tu betul atau salah..law salah..kenalah betulkan balik..harap-harap semuanya berjalan ngan baik dan lancar semuanya hanya dengan izin dari-Nya..Aminnn..Sebab ingat nak graduate tahun nie dengan result yang terbaik dan cemerlang ..sebab sayer nak hadiahkan sepenuh kejayaan sayer nie kat ayah dan ibu tercinta..

Dah Lama..

Imej
  Dah lama sangat tak mencoret rasa kat blog nie..sem nie banyak perkara sangat nak kena fokus,sampai tak sempat nak menjengah blog,,huhuhu..bila buka blog,lama sangat upernya dah tak update blog nie..jadi tu yang ubah mood sikit..hehhe..cantik tak blog baru sayer ni..??letak ijau-ijau ckit tuk bagi mud segar bila tengok blog sayer nie..:-)..dengar lak lagu Aizat-Sungai Lui..rasanya macam sedondon sangat dah..huhhu

Projek Ilmiah Tahun Akhir

Imej
  Ku akui memang susah dalam menyiapkan projek ilmiah tahun akhirku, banyak cabarannya..lebih-lebih lagi tajuk yang aku pilih sebagai projek ilmiah agak mencabar sedikit berbanding tajuk-tajuk yang lain,tapi kawan-kawanku yang  lain pun sama juga. Daku benar-banar berharap agar diriku mampu menyiapkan projek ilmiah tahun akhirku dengan baik dan cemerlang,daku benar-benar memerlukan sepenuh kekuatan dari segi mental dan fizikal,manakan tidak..kadang-kadang bahan-bahan rujukan yang diperlukan untuk menyiapkan projek ilmiahku di perpustakaan Sultan Abdul Samad (UPM) sahaja tidak mencukupi, daku bersama kawan-kawan juga mesti ke perpustakaan lain juga untuk mencari sumber-sumber rujukan, termasuklah di perpustakaan UKM, UM dan juga DBP...tidak ketinggalan juga kedai-kedai buka yang berhampiran..aku sangat bimbang ngan projek ilmiahku ini...kadang-kadang aku mengeluh juga,macamanalah nak sambung Master ke Phd law nak siapkan projek ilmiah pun daku dah lintang-pukang macamnie... A...