Banyak Hoo..


Entri ni umum untuk siapa jua..termasuklah diri sendirik yang menulis nie ya..
Manyak hoo jenis manusia yang macamni ya..jenis yang macam mana???nie..jenis yang "suka mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih"..hhihi..tapi jangan fikir yang bukan-bukan pulak..entri tak bertujuan nak tujukan buat sesiapa..tapi kalau yang "makan cili, dialah yang terasa pedas"..*_* janganla hidup kita ni sentiasa jer suka mencari aib dan kesalahan diri manusia yang lain..jika kita rasa insan yang kita sentiasa cari aib dan salah dia tu banyak sangat kelemahan dan kekurangan berbanding ngan diri kita yang serba serbi bagus..ape kater kita try bimbing orang tu atau tegur perbuatan orang yang kita rasa dia buat banyak salah dan silap tu secara slow talk..jangan pandai cakap dibelakang..benda tu tak selesaikan masalah..sebab depan cakap bukan men bagus, belakang cakap lain..sampai bila-bila tak selesai masalah..umumnya benda nie untuk semua yang bergelar ummat manusia..tetapi lebih khususnya kepada perempuan..sebab majoriti memang perempuan nie suka sangat lah kan cari koyak kain orang lain walaupun koyak kain sendiri lebih besar lubangnya..huhuhu..jadikkk!!kurang-kurangkanlah sikap dan sifat suka bercakap di belakang orang atau dengan lebih tepat digelar sebagai "pengumpat"..jangan asyik nak jadikan kesalahan dan kelemahan diri orang lain tu sebagai bahan santapan atau hidangan umpatan kamu yaa!!
Jalan penyelesaiannya mudah jer.. fikirlah..bahawa diri setiap yang bergelar insan manusia itu tiada yang sempurna..kerana yang sempurna itu hanya Ya Rabb..jangan kita rasa diri kita sudah cukup bagus walau sekalipun kita mampu menyelesaikan masalah yang bergunung dan bertimpa ekalipun..jangan rasakan diri kita sudah cukup bagus andai kita mampu memikul bebanan yang orang lain tidak mampu memikulnya..sebaliknya..rasa bersyukurlah kerana kita telah dipilih oleh Allah untuk diberikan pahala pada setiap perkara atau perbuatan yang telah kita lakukan itu dan bukannya untuk bertujuan mengungkit dan membandingkan dengan diri orang lain..buatlah sesuatu dengan hati yang ikhlas Lillahitaalaa.. 

Dan Allah (swt) telah berfirman dalam (Surah al-Hujarat:ayat  12) maksudnya:
"Dan janganl pula setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentu kamu benci memakannya. Takutlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."

#justuntukmuhasabahdirisendiri
#kernakujuainsanbiasa


Ulasan

  1. Hmm. Begitulah lumrah kehidupan?

    Positif!

    BalasPadam
  2. Lumrah kehidupan..
    Pelajar UPM ya...
    Rindu saya pada bekas kenangan-kenangan di sana....
    tahniah ya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..