Catatan

Geli

Imej
  Aku teramat geli dengan seekor binatang nie walaupun ramai orang yang kata binatang ni la paling comel..bulu roma aku ni boleh berdiri sampai sepuluh inci kalau aku tertengok gambar binatang sekor nie..haa..tu baru tertengok gambar,kalau tertengok dengan tak sengaja, mahu tercabut semua bulu roma aku nie..tu belum tengok reaksi aku kalau kawan-kawan aku yang cuba usik dengan binatang nie..boleh terangkat kaki aku lari..hehe Aku memang tak suka anak kucing...Eeeeeeee...geli sangat-sangat,sekarang pun bulu roma aku ngah terangkat habis nie.. Maaf ya anak kucing,tolong jangan datang dekat denganku..hhuhu

Canggih

Imej
  Canggih betul dunia sekarang nie,semua kerja kena pakai internet dan boleh buat secara online samaada sambil berdiri,duduk,baring ikut kemahuan kita sebab semua kerja boleh online kat rumah atau bilik.  Pendek kata kemajuan teknologi sekarang semakin canggih,kat universiti ni..nota pun boleh download daripada laman web yang telah dikhususkan untuk mengambil nota bagi subjek-subjek yang tertentu, penilaian terhadap pengajaran pensyarah pun sudah dibuat secara online,tak perlu dah susah-susah pihak fakulti lagi nak sediakan pensil untuk jawab borang penilaian macam dulu-dulu tu..kerja penilaian pun jadi cepat dan mudah dengan teknologi sekarang. Sebab tulah,kalau terputus je wireless yang disediakan oleh pihak universiti ni,mesti kecoh habis sebab masing-masing tak boleh nak online...(termasuklah diri aku sendiri)..hehehe Tapi.diharap segala kemudahan teknologi yang ada sekarang tidaklah disalahgunakan oleh pelajar mahupun masyarakat amnya.  

Manusia

Imej
 Hidup manusia di dunia ini tiada yang sempurna..setiap yang mempunyai kelebihan dalam sesuatu perkara atau aspek,pasti akan ada kekurangan dalam sesuatu perkara atau aspek yang lain.Oeh sebab itu,jika hari ini diri kita disanjung,dipuji dan dikagumi..janganlah kita leka,lupa diri dan alpa dengan pujian dan sanjungan yang diberi itu,kerana ianya tidak akan kekal lama..sebaliknya banggalah dengan diri sendiri yang sentiasa dihiasi sikap sentiasa rendah diri,InsyaAllah..hidup kita akan sentiasa diberkati. Rendah diri bukan hanya kepada manusia,bahkan yang paling utama merasa rendah diri kepada Yang Maha Pencipta kita iaitu Allah (swt),kerana setiap yang berlaku adalah ketetapan dan ketentuan Qada' dan Qadar daripada-Nya. Janganlah bersedih diatas sesuatu musibah yang datang menimpa,kerana itu adalah ujian daripada-Nya dalam mencari hamba-hambanya yang sentiasa redha dengan Qada'  dan Qadar-Nya.. Moga kita semua adalah mereka yang berada dalam golongan mereka yang sentiasa ...

Macamana??

Imej
  Macamana nak tulis cerita yang pendek,tapi sangat menarik bila dibaca..ni tak..aku rasa aku tulis je panjang..tapi cerita yang aku tulis tu tak menarik langsung...huhu Aku seronok sangat baca blog Dr. Normaliza,pensyarah aku tu..walaupun dia tulis pendek je pasal satu-satu kisah dia,tapi menarik sangat bila dibaca..sampai kadang-kadang aku boleh ketawa dan senyum sorang-sorang kat bilik aku nie..:-)(bukan bodek ya Dr..memang realiti nie..hehe) Ermm..bilalah agaknya aku nak tulis kisah yang menarik macam orang-orang lain...

Wahh..terharu!!!

Imej
  Wah..terharu sangat-sangat bila tengok nama aku tercatat dalam blog Dr. Normaliza atau nottingham..siap dapat pujian dari Dr. pulak tu..huhhu..teramat happy sangat.. Harap lepas nie aku akan jadi tambah bersemangat untuk tulis blog..sebelum ni aku dah down sikit sebab aku rasa blog aku ni menboringkan je..maybe orang yang baca blog ni dah mula naik menyampah agaknya..  huhhu..:-) Tapi..lepas ni,aku akan berusaha untuk buat yang terbaik tuk blog aku ni supaya nampak lebih menarik dan seronok untuk dibaca..

Takutkan Orang Je..

Imej
Kawan aku Zatil ni baru je berani tidur sorang-sorang kat bilik dia,aku pun bangga tengok dia dah semakin berani berbanding ngan dulu..tapi bila aku dah ceritakan pasal peristiwa seram semalan tu,terus dia jadi takut balik..kesian pulak dia nak kena naik tidur bilik aku (sebab ti ni tak berani nak tidur sorang-sorang kat bilik dia,aku nak turun teman dia pun rumate aku pun tak berani jugak nak tidur sorang-sorang,jadi..terpaksalah Ti jugak yang kena naik tidur kat bilik aku).. Tapi,serius..aku citer kat dia dan kawan-kawan lain bukan nak takutkan diaorang...cuma nak kongsi je apa yang aku tengok dan rasa tu..nanti law pendam sorang-sorang kan..lain pulak jadinya..huhu Rasa bersalah pulak aku ni macam takutkan kawan-kawan aku lak..expecially nya Zatil..huhu,maaf ya Ti..,buat sementara ni tidurla dulu bilik Yah dulu erk..hehehe

Seram

Imej
  Semalan,aku susah pulak nak tidur..biasanya kalau tak tidur petang..kul 1 pagi tu memang aku dah mengantuk habis,tapi semalan pelik sikit.. Lepas aku tutup semua lampu dan langsir bilik aku,aku baring macam biasa sambil balas mesej kawan aku dulu,tapi pandangan aku sekilas kepada pintu bilik aku..ada bayang sesuatu macam bentuk berbungkus dan diikat dibahagian bawah kaki bergerak kiri dan kanan,rumate aku memang dah tidur lama dah,nak kejut pun takut ganggu dia pulak.. Jadi aku baca apa yang patut dan aku mengiringkan badan aku mengadap dinding sebelah katil aku,lama jugak aku baca ayat Qursi..lepas tu aku nakkan kepastian,aku tengok sekali lagi kat bayang tu..ada lagi,tapi tak bergerak-gerak macam tadi dah..aku baca-baca lagi..bila aku pandang sekali lagi..bayang tu dah hilang.. Berderau bulu roma aku,dah memang lepas tu aku dah tak boleh tidur,ngan badannya rasa panas..entah kul berapa aku terlelap pun aku tak pasti.. Yang Pasti kisah yang terjadi semalan memang seramkan aku...