Dah Masuk..

 

Sekejap je kan masa ni berlalu..mulai esok dah masuk bulan Ramadhan dah..mulai esok jugaklah seluruh umat Islam akan mula berpuasa meraikan bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini..jadik, silah angkat tangan anda-anda semua tu aminkan doa, panjatkan kesyukuran kita kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menunaikan kewajipan kita kepada-Nya..doakan moga bulan ramadhan yang akan kita lewati pada tahun ini menjadi seolah-olah ramadhan yang terakhir buat kita semua..penuhilah bulan yang Allah janjikan pahala yang cukup besar ini dengan perkara-perkara yang berfaedah dan tidak melalaikan kita semua ya..!!"nacihat ini buat diri amba jugak"..^_^

Biasa hari-hari first nie ramai yang buat-buat lupa puasa..siap tapau makanan lagi datang tempat kerja..hihihi..jadikanlah diri kita sebagai contph teladan yang baik kepada agama kita sendiri kerana dengan melaksanakan dan mengamalkan segala suruhan Allah terutamanya dengan bersolat dan berpuasa pada bulan Ramadhanlah yang menjadikan agama Islam berbeza dan begitu istimewa daripada agama-agama yang lain. Jadiknya..janganlah nak buat-buat lupa berpuasa,budak kecik pom boleh puasa penuh sebulan..ni kan kiter yang muda sihat tubuh badan curik-curik makan...tak malu kat orang tua, malulah kat budak-budak tu ya!!!...^_^..

Apapun..semperna dengan ketibaan bulan yang mulai ini, tuan amba ingin ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan-rakan yang follow blog "Pesona Dunia" dan juga yang pernah terklik-klik terbaca entri-entri kat blog nie..moga segala amalan yang kita semua lakukan akan mendapat pahala yang besar di sisi Allah (SWT)" Aminnnnn....

Puasa biar penuh baru boleh raya tawww!!!tak puasa takleh raya..hihihi..malam nie jangan buat-buat lupa nak pergi terawih ya!!

Selamat beramal-ibadah..

SaLaM RaMaDhaN Al-MuBaRaK untuk semuaaa...*_*




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..