Tersentuh Hati


Tersentuh hati tengok rancangan nona kat tv3 nieyhh...satu slot rancangan nie semperna bulan Ramadhan nie kat negara Kemboja..tersentuh hati tuan amba pabila tengok kanak-kanak Islam kat Champa, Kemboja sangat-sangat teruja belajar agama walau dalam keadaan yang serba daif, serba daif yang amba maksudkan ialah tempat belajar yang serba kekurangan yang hanya beratapkan zink, dan berlantaikan tanah..tetapi  mereka tetap bersungguh-sungguh belajar dan bercita-cita menjadi guru agama dan guru bahasa Arab..walaupun tempat belajar mereka tidak sesempurna tempat belajar seperti dinegara kita, tapi tidak menjadi penghalangnya buat mereka..

Paling menyentuh hati dan perasaan bila tengok kanak-kanak nie sungguh teruja menikmati makanan hasil sumbangan daripada pihak nona yang membuat liputan di tempat berkenaan. Menurut pemilik tempat berkenaan, jamuan berbuka puasa atau majlis kesyukuran sedemikian hanya diadakan sekali setahun sahaja jika ada yang meberi sumbangan..hmmm..tuan amba tumpang sedih sebagai saudara sesama umat Islam..sungguh kita sangat bertuah hidup dalam negara Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Makan kita sentiasa bermewah-mewah, tambah-tambah di bulan Ramadhan nie..banyak sekali sumbangan dan jamuan makan membantu mereka yang tidak berkemampuan..Syukur dengan segala kenikmatan yang kita kecapi hari ini...

Kadang-kadang bila tengok rancangan-rancangan begini, sedikit sebanyak mengembalikan ingatan kita sebagai manusia yang kadang-kala lupa untuk mengucap syukur kepada-Nya atas segala nikmat yang telah diberikan. 


Alhamduliilah Ya Allah atas segala nikmat-Mu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..