Sekadar Renungan..


imej ku ambik dari goOgle..^_^

Tuan amba yang masih lagi cetek ilmu hanya sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu..buat renungan kita bersama..

Alam kubur merupakan destinasi kedua manusia selepas meninggalkan dunia yang fana untuk kembali mengadap yang Maha Pencipta kita semua iaitu Allah (SWT)..

Sudah pasti  kita semua ingin menikmati kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat..begitulah jua di alam kubur..oleh itu, meh kiter samer-samer baca nasihat kubur untuk sekalian manusia yang telah tuan amba petik daripasa fb..samer-samer kita renungkan bersama ya..^_^..

1) Aku adalah tempat yang paling GELAP di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD.


2) Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.

3) Aku adalah tempat yang paling sepi, maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyakkan membaca AL_QURAN.


4) Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikkan, maka racunilah ia dengan AMAL SEDEKAH.


5) Aku ialah tempat yang akan menyempitkanmu hingga hancur bilamana TIDAK SOLAT, bebaskanlah sempitan itu dengan SOLAT.

6) Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman dengan PUASA.

7) Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyakkan mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...



Kubur telah memberi nasihat dan peringatan kepada manusia, yang tinggal hanya diri manusia itu sendiri untuk mebuat pilihan untuk dirinya..sama-sama kita renungkan kedudukan diri kita semua..kerana dalam al-Quran ada menyebutkan bahawa:

" Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185)

SeLaMatBeRaMaLsOleH..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kuatkan Hatiku Ya Allah..

Sejenak bersama penyair Leo A.W.S.

Mak We koiii..